Kawah Ijen Tempat Menarik di Indonesia

125

kawah-ijen-di-indoensia

Assalamualaikum. Kawah Ijen berada di atas Gunung Ijen. Gunung Ijen merupakan gunung berapi yang aktif. Gunung ini pernah meletus pada tahun 1999. Dipuncak gunung ijen terdapat sebuah kawah yang besar dengan ketinggian 2.443 meter di atas permukaan laut, dan kawah tersebut diberi nama Kawah Ijen. Kawah Ijen ini merupakan tempat menarik di Indonesia yang wajib dikungjungi.

Kawah Ijen adalah nama sebuah danau kawah yang bersifat asam terbesar di dunia. Ianya mempunyai kedalaman danau sekitar 200 meter serta luas kawah mencapai 5.466 Ha. Suhu air boleh mencapai 200 darjah celcius. Kawah Ijen terletak didalam wilayah Cagar Alam Taman Wisata Ijen, Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur.

Terdapat satu fenomena alam yang menakjubkan di kawah Ijen iaitu Blue Fire. Fenomena ini dapat dilihat pada waktu senja atau malam. Fenomena ini menjadi tarikan utama pelancong datang ke kawah ijen ini. Percikan biru di kawah Ijen ini sebenarnya bukanlah api. Percikan biru ini merupakan hasil reaksi dari gas bumi yang bertemu dengan oksigen pada suhu tertentu.

Panorama di kawah ini sangat cantik dan luar biasa. Anda pasti akan kagum dengan keindahan ciptaan Tuhan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini untuk melihat sendiri keindahan dan keunikkan panorama di sini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Di harap bermanfaat.

WOW! KAWAH IJEN NEGERI DI ATAS AWAN DI JAWA TIMUR INDONESIA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Ijen, East Java, Indonesia.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Kawah Ijen

Fenomena Blue Fire

Percikkan api berwarna biru merupakan fenomena yang pelik dan jarang belaku. Di Dunia hanya terdapat dua tempat sahaja berlaku fenomena ini iaitu di Kawah Ijen, Jawa Timur serta di Islandia.

Kawasan Belerang

Penduduk tempatan akan mencari belerang di kawah ini. Ketika anda mendaki Gunung Ijan anda akan melihat penduduk tempatan memikul belerang untuk di bawa pulang.

Merupakan Danau Asam Terbesar Dunia

Keindahan air kawah yang berwarna biru ternyata sangat cantik. Namun jangan sesekali menyentuh air kawah kerana memiliki kandungan asam yang sangat tinggi. Air di sini boleh melarutkan semua benda. Sekiranya kita merendam logam ke dalamnya pasti logam it akan berkarat.

Sunrise Pertama Di Jawa

Disini merupakan tempat melihat sunrise pertama di Jawa Timur. Pati pemandangan ini akan memukau pandangan anda.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Kawah Ijen

Jom Lihat Review Pengunjung di Kawah Ijen

A nice travel spot for hikers. The track is a little bit steep but paid generously with fascinating views of nature. The signatures are the blue fire, sunrise and sunset views. Recommended to start the hiking at 1 PM. Dave Mangindaan.

Its beautiful creation, so amazing! Hike around 3 km to crater, find blue fire at 2am-5am . There’s no toilet on the top mountain. Nature lover must be here. Ris Delasta.

Amazing view. It took around 2 hours tracking to get this place but it was worth. Although the blue fire is not emerged obviously all the time but still this place offer us with outstanding beautiful scenery. Wesley Natanael.

Best time to visit is mid year (june – august). If you wanna see blue fire it’s better to start hiking at midnight. If you like birding, it is a nice place too. Kurnia Setyani.

Do the trekking by night (blue fire) and be sure to arrive early so you can finish among the first at the top for the best experience! Bring lights and a sweater! Kenneth Van den Berghe.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.banyuwangibagus.com, www.bromotravelagency.com dan w.yukpiknik.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang dikongsi sangat berguna.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kawah Ijen, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kawah Ijen.

Facebook Comments