Pertamanya, pasti ramai yang tidak tahu kewujudan Kampung Taman Sedia yang merupakan salah satu perkampungan Melayu di Cameron Highlands iaitu tempat percutian menarik di Malaysia! Lokasi Kampung Taman Sedia terletak antara pekan Tanah Rata dan Brinchang. Di sini terdapat banyak ladang Strawberi dan ladang sayur yang diusahakan oleh kaum bumiputra. Ada ladang yang boleh pengunjung petik buah Strawberi sendiri dan ada yang dijual yang telah siap ‘packed’.
Sila bertanya terlebih dahulu kepada ‘staff’ yang bertugas di kauter dan dapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum masuk ke ladang. Biasanya pengunjung akan diberi bakul dan gunting bagi ladang yang boleh petik sendiri strawberi. Buah dijual mengikut harga pasaran, biasanya buah yang siap dipacking dijual lebih murah berbanding buah yang dipetik sendiri oleh pelanggan mengikut timbangan berat buah.
Kampung Taman Sedia Tempat Percutian Menarik di Cameron Highland
- Alamat :Â Taman Sedia, Cameron Highland, Pahang, Malaysia.
- Nombor Telefon :Â 05-491 2005
- Waktu Operasi : Â Tiada ketetapan.
- Peta Lokasi :Â
Sentiasalah jujur dan pastikan apa sahaja sumber makanan yang masuk kedalam mulut kita, yang akan menjadi darah daging dari sumber yang bersih dan halal. Biasanya setiap ladang di Kampung Taman Sedia ada menjual buah Strawberi segar dan produk strawberi seperti aiskrim ‘homemade’, jem strawberi, jus serta pelbagai jenis barangan cenderamata. Di sini juga pengunjung boleh cuba ‘signature dish’ Cameron Highlands iaitu Scone yang disapu bersama homemade strawberi jam, butter dan whipped cream yang biasanya dihidangkan bersama teh panas.
Tradisi minum petang yang dibawa oleh British sejak zaman penjajahan. Menu terbaru yang patut dicuba kat sini adalah Nasi Lemak Sambal Strawberi. Bagi pengunjung yang ingin bermalam di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia banyak menyediakan Bilik, Homestay dan Chalet untuk di sewa.
Bagi mereka yang ingin berkunjung ke Cameron Highlands pada cuti sekolah dan cuti umum, anda perlu bersedia berdepan dengan kesesakan jalan raya disini. Perjalanan dari Pekan tanah Rata ke Brinchang yang mengambil masa 10-15 minit pada hari biasa, boleh memakan masa sehingga 1 -2 jam pada hari cuti sekolah dan cuti umum. Kampung Taman Sedia adalah jalan bawah atau salah satu jalan ‘alternative’ untuk ke Brinchang dari Tanah Rata.
Pastikan kenderaan anda diselenggara dan sentiasa berada dalam keadaan baik. ‘Parking’ kenderaan di tempat sesuai yang tidak menghalang kenderaan serta lalu lintas lain. ‘Respect; give it to get it’
Jangan buang sampah merata-rata! Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik dan unik di Cameron Highlands yang pengunjung luar tidak tahu. Lebih rela selamanya menjadi ‘unsung place’ kerana bukan semua antara kita yang tahu menghargai alam sekitar.
*SEMUA gambar dalam album ini diambil di Cameron Highlands .
Kredit: Zaky Mat Ali https://goo.gl/9X8P9X
Dapatkan Info Menarik di Taman Sedia Cameron Highland
Jom Lihat Aktiviti Sesuai di Lakukan di Sini
- Honeymoon
- Bercuti
- Family Day
Harga dan Kos
- Very Affordable Price
Penginapan
- Selesa dengan pilihan bilik dan harga.
Aktiviti Menarik
- Petik strawberry, sayur. Makanan-makan sedap insyaAllah
Panorama Indah di Sekitar Taman Sedia Cameron HighlandÂ










Antara Review Pengunjug Taman Sedia
Br gi tmn sedia awl thn ritu..tp cam kecik je kwsnnya..cam selorong je..kebun stoberi ada 4,5.. tp ns lmk stoberi abg mmg trbaik tekauu. Munauwarah Saamin
Terbaik weh stawberi kat taman sedia ni.. Dah bnyk kali pg cameron.. Beli stawberi balik2 je 2., 3 hari dah lecur.. Nak dijadikan cerita homestay dekat tmn. Sedia.. Konon2 tak Cofiden dgn org melayu kita punye kebun…tp nk jg Try la beli.. Tgk buah pn ok.. Murah.. Bawa balik seminggu tahan..dahlah melayu kita..kita nak makn pn mcm rasa suci bersih. Diera Abdullah
Baru jea naek cameron smlm…suhu 23C…yes…kampung Taman Sedia sgt2 awesome..very recomended…try nasi lemak sambal strawberry dekat abang cafe..yummylicious. Jaqueline Jane
Saya dah pernah pergi sana… Tahun 2013.. Layanan yg diterima… Eeeemmm… Hebat… Mesra.. (Sy dah lupa nama) pakcik yg mengusahakan sendiri… Ladang strawbery..tu…dan ada home stay. Siap bagi Aiskrim.. Jem… Dan buah strawberry… Free… Puas family sy makan.. Pakcik tu cam mamak ckit.. Insyaallah akan sampai lg kat taman sedia. Khairul Rizal Bin MusaÂ
Pergi Kg.Sedia, utk mkn malam, jgn lupa singgah De Bamboo Steamboat & Grill. Makan steamboat dlm rm25 per head,tp puas makan n banyak kali ambil pun boleh. kalau makan nasi, penuh 1 pinggan nasi dia. Memang puas la makan dkt sini. Khairul Shazril
taman sedia nie jgk berdekatan dgn sg pauh .. tmpt perkhemahan .. dijaga oleh pejabat hutan cameron highland .. bln 12 ari tu g sini tp dalam proses nak buat baru mesti lg lawa ? ade tmpt bbq , bilik mandi lelaki / perempuan , bilik air lelaki / pempuan , ade surau .. ade sungai .. malam2 sejuk gila la ? serius best gila .. bg yg nak rse suasana camping time sejuk g je kat sini .. dye dalam sikit tp jgn risau sebab ade org duduk situ and ade org g teroka dalam hutan tu. Zyraa ChachaaÂ
Kami dah kali k4 dah k ch.mesti dok d chelet pak cik ap tah ..dah lupa nama dia ni.ank brank usahakn chalet.mmg best pg2 dsediakn bekfest..rupanya ladang bumiputra lg besar2 strwberinya.ladang mashor klu x silap..klu blk dr klntan terus naik ch laly ikut lojing terus k bukit raja..tp mmg best. Wan Zaripah Wan Deraman
Penutup Kisah Taman Sedia Cameron Highland
Alhamdulillah, kami rasa mungkin setakat ini dahulu maklumat tentang Kampung Taman Sedia Cameron Highland yang dapat kami di tempatmenarik.my kongsikan dengan pembaca. InsyaAllah jadikan website kami sebagai rujukan WAJIB anda semua jika mahu pergi bercuti atau mencari tempat menarik untuk berhibur, makan dan menenangkan fikiran. Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kampung Taman Sedia Cameron Highland, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kampung Taman Sedia Cameron Highland!