Kampung Losong Tempat Makan Keropok Losong Sedap Di Kuala Terengganu

7112

Kampung Losong Tempat Makan Keropok Losong Sedap Di Kuala Terengganu

Assalamualaikum. Terengganu amat terkenal dengan keropok lekornya yang menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia. Ia kerana rasa ikannya yang pekat dan texturenya yang amat lembut. Ia pasti akan membuatkan semua orang terliur apabila bercakap tentangnya. Ramai kawan admin yang dari Kelantan juga menyukai keropok lekor Terengganu. Mereka juga bersetuju tentang kesedapan keropok lekor terengganu yang tiada tolok banding.

Keropok lekor Terengganu dapat disajikan dalam pelbagai bentuk seperti potong menjadi kepingan yang kecik lalu mamakannya dalam keadaan yang rangup ataupun rebus ia dan makan dalam keadaan yang lembut. Dan akhir sekali, yang paling kerap orang lakukan terhadap keropok lekor Terengganu adalah potong dalam 15 cm dan masak dalam minyak yang panas.

Yang menjadi persoalannya, di manakan saya boleh dapat Keropok Lekor Terengganu? Keropok Lekor ini boleh didapati di Kampung Losong. Ia terletak hanya 10 minit perjalanan dari Bandar Kuala Terengganu. Kampung ini juga terkenal sebagai lokasi untuk membeli makanan-makanan Terengganu. Tambahan pula kawasan ini diiktiraf oleh kerajaan negeri sebagai Pusat Perniagaan Kereopok Lekor di Terengganu dan menjdikan ia salah satu tempat makan sedap di Terengganu.

Begitu ramai orang memberi keropok lekor disini sehinggakan lebih kurang 500 kg keropok lekor dapat dijual dalam sehari apabila tiba cuti sekolah. Kawasan ini juga tidak jauh dari Muzium negeri Terengganu dan Taman Tamadun Islam. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWSOME! KAMPUNG LOSONG MENJUAL KEROPOK LEKOR TERENGGANU TIADA TOLOK BANDINGNYA 

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kampung Losong, Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Kampung Losong

Aktiviti Sesuai

Anda boleh melawat dan mengenal budaya Terengganu di tempat ini kerana penduduk di sini juga agak peramah dan boleh di ajak untuk bersembang. Dan pastinya aktiviti utama di Kampung Losong adalah memakan dan membeli Keropok Lekor.

Harga dan Kos Terlibat

Harga jualan bagi 25 batang keropok lekor rebus bersaiz kecil ialah RM5, manakala lima batang keropok lekor bersaiz besar dijual pada harga sama.

Selain itu, sebungkus keropok keping seberat 500 gram dijual pada harga antara RM10 hingga RM14 mengikut jenis ikan yang digunakan.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Kampung Losong

Kampung Losong Kampung Losong

Penutup & Special Thanks

Kampung Losong merupakan satu tempat yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kampung Losong, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kampung Losong.

Facebook Comments