

Assalamualaikum. Terengganu amat terkenal dengan keropok lekornya yang menjadi pilihan majority rakyat Malaysia. Ia kerana rasa ikannya yang pekat dan texturenya yang amat lembut. Ia pasti akan membuatkan semua orang terliur apabila bercakap tentangnya. Ramai kawan admin yang dari Kelantan juga menyukai keropok lekor Terengganu. Mereka juga bersetuju tentang kesedapan keropok lekor terangganu yang tiada tolok banding.
Keropok lekor Terengganu dapat disajikan dalam pelbagai bentuk seperti potong menjadi kepingan yang kecik lalu mamakannya dalam keadaan yang rangup ataupun rebus ia dan makan dalam keadaan yang lembut. Dan akhir sekali, yang paling kerap orang lakukan terhadap keropok lekor Terengganu adalah potong dalam 15 cm dan masak dalam minyak yang panas.
Yang menjadi persoalannya, di manakan saya boleh dapat Keropok Lekor Terengganu? Anda boleh dapatkan keropok lekor tersebut di kampong Bukit Tok Beng. Ia terletak di Kuala Nerus dan keropok lekor di sini degelar Keropok Lekor Nombor atau keropok Lekor Beratur. Ini kerana, terlalu ramai yang dating kesini semasa musim cuti sehinggakan pelanggan perlu mangambil nombor giliran terlebih dahulu lalu menjadikan ia sebagai salah satu tempat makan sedap di Terengganu. Dasyat Bukan?
Kekuatan Keropok Lekor Nombor ini adalah pada isinya yang lain daripada lain. Mungkin kerana pihak penjual menggunakan ikan yang unik yang lain daripada penjual keropok lekor yang lain ataupun jumlah ikan yang diletakkan di dalam keropok lekor ini mengikut nisbah yang betul. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
AWSOME! KAMPUNG BUKIT TOK BENG MENYEDIAKAN KEROPOK LEKOR YANG LUAR BIASAÂ
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Kampung Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu, Terengganu.
- Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Kampung Bukit Tok Beng
Aktiviti Sesuai
Anda boleh melawat dan mengenal budaya Terengganu di tempat ini kerana penduduk di sini juga agak peramah dan boleh di ajak untuk bersembang. Dan pastinya aktiviti utama di Kampung Bukit Tok Beng adalah memakan dan membeli Keropok Lekor.
Perusahaan Yang Terlibat
- Dynar Lekor
- Keropok Lekor Warisan Bonda
- Kerook Lekor BTB 2209
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Kampung Bukit Tok Beng
Penutup & Special Thanks
Kampung Bukit Tok Beng merupakan satu tempat yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kampung Bukit Tok Beng, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kampung Bukit Tok Beng.