Kambing Bakar Kontena “Sedap Tentu Doh, Silap-silap Mengigau Boh” Tempat Makan di Bachok

kambing bakar kontena bachok

Assalamualaikum. Seperti yang ktia tahu terdapat banyak tempat makan yang sedap di negeri Kelantan. Kali ini kami akan membawa anda ke daerah Bachok yang berada berdekatan dengan Pasir Puteh dan Kota Bharu. Daerah Bachok ini sangat unik kerana ianya berada dipersisiran pantai dan mempunyai banyak lokasi makanan yang sedap.

Sebut sahaja makanan seperti Satay Jawa, Cha Kuew Tiaw, Meggi Ketam, Colek Ayam dan banyak lagi pastinya mudah didapati di negeri Kelantan. Kali ini anda pasti teruja kerana tempat yang kami ingin bawa anda kali ini ialah kedai makan yang viral sekarang di media sosial iaitu kedai Kambing Bakar Kontena!

Walaupun namanya Kambing Bakar Kontena tetapi anda bukanlah hanya dihidangkan dengan menu kambing bakar sahaja. Tetapi banyak lagi menu-menu yang sangat hebat dan sedap tidak kira western, atau tempatan.

Bagaimana kami boleh beritahu kedai ini sedap? Kalau tak percaya tidak mengapa tetapi nanti jangan lupa baca review ringkas yang kami sertakan nanti. Memang hebat sangat! Oleh sebab itu, lokasi kedai ini telah kami masukkan kedalam Peta Tempat Menarik ini.

Kambing Bakar Kontena Tempat Makan di Bachok yang Anda Wajib Cuba

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kedai Warna Merah, Jalan Padang Melintang BErhampiran Stesen Shell Beris Kubur Besar, Bachok Kelantan.
  • Nombor Telefon :  017-964 8870
  • Waktu Operasi :  4petang ~ 12 tengah malam
  • Facebook : Kambing Bakar Kontena
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Kambing Bakar Kontena

Masih mencari set kambing bakar, makanan Indonesia, Western dan makanan lain dari yang lain? Tak perlu beli tiket flight untuk ke INDONESIA bagi merasa set ayam penyet dan set pecal leley. Semua ada di sini.

Takkan anda tidak mahu merasai keunikan rasa kambing bakar dnegan sos marpaung?

Bila Waktu Kambing Bakar Kontena Beroperasi

Tetapkan temujanji anda, setkan hari dan masa anda datang bersama keluarga, rakan-rakan juga insan tersayang.

  • AHAD : 4 petang – 12 malam
  • ISNIN : 4 petang – 12 malam
  • SELASA : ( cuti ) untuk bulan 9 dibuka setiap hari!!
  • RABU  : 4 petang – 12 malam
  • KHAMIS : 4 petang – 12 malam
  • JUMAAT : 4 petang – 12 malam
  • SABTU : 4 petang – 12 malam

Apa lagi, start kereta anda dan terus bawa family anda ke Kedai Kambing Bakar Kontena.

Jom Saksikan Menu Viral di Kambing Bakar Kontena

kambing bakar kontena kambing bakar kontena kambing bakar kontena kambing bakar kontena kambing bakar kontena kambing bakar kontena

Jom Lihat Review Pengunjung di Kambing Bakar Kontena

Love the food, condiments and the desserts. But the Kambing Bakar can improved. Naim Amir.

Love there taste of the food there. Kim Xmin.

3 kali sudah pergi maka kalau bagitahu tak sedap lagi tak tahu lah. Memang sedap nasi kambing bakar dengan nasi ayam penyet. Sambal dia tak ada di kedai lain memang lain macam. Roslin Muhamad.

Sempat rasa ice cream bucket sahaja. Tapi memang power habis. Tak pernah lagi rasa ice cream sedap macam itu. Kombinasi yang sesuai dan meletup. Harga pun berbaloi. Lepas ini nak terjah lagi dan cuba menu lain pula. Terbaik. Are-cu Ida.

Nasi kambing bakar kontena the best. Nak pergi lagi nanti. Harga sangat berpatutan mampu semua makan. Din W M Saifuddin.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada admin Fanpages Kambing Bakar Kontena untuk gambar dan details tempat ini. Ianya sangat membantu kami untuk menulis tentang kedai ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kambing Bakar Kontena, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kambing Bakar Kontena Bachok.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleTubotel Langkawi Tempat Penginapan Dalam Silinder Simen yang Menarik
Next articleRenaissance Hotel Penginapan Bertaraf 5 Bintang di Johor Bahru yang Berkelas Tinggi dan Ekslusif
kambing-bakar-kontena-sedap-tentu-doh-silap-silap-mengigau-boh-tempat-makan-di-bachokSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!