Juara Mutiara Resort Tempat Penginapan di Pulau Tioman

juara-mutiara-resortAssalamualaikum. Juara Mutiara Resort mempunyai tempat penginapan yang paling berpatutan dengan kemudahan dan suasana yang aman di kampung Juara, Pulau Tioman Pahang dengan kapasiti 120 orang pada satu masa. Kampung Juara terletak di seberang timur Pulau Tioman dan pantainya dikatakan adalah yang terbaik di pulau ini. Resort ini merupakan salah sebuah tempat menarik di Pulau Tioman.

Juara Mutiara Resort mempunyai 4 jenis chalet: Budget, Twin, Triple, dan Quad dengan pemandangan laut atau pemandangan taman. Juara Mutiara Resort sesuai untuk pakej kumpulan samada 3 hari 2 malam atau 4 hari 3 malam. Hotel ini juga mempunyai sebuah kedai runcit untuk bekalan, manakala terdapat dua pilihan restoran. Kedua-dua restoran ini menghadap pantai dan menyajikan masakan tempatan.

Kampung Juara adalah kampung yang sunyi dan tenang terletak di pantai timur Malaysia. Di sini terletak pantai yang paling panjang dan indah di pulau ini. Ia menawarkan percutian yang sempurna daripada kesibukan di bandar. Anda akan mendapati diri anda lebih menghampiri alam semula jadi dengan udara yang segar, matahari , laut , langit , pantai pasir putih segar dan pokok kelapa yang melambai-lambai

Jadi pilihlah resort ini sebagai pilihan anda bermalam di Pulau Tioman. Anda pasti akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga dapat membantu anda merancang percutian anda ke Pulau Tioman.

WOW! JUARA MUTIARA RESORT PENGINAPAN HEBAT DI PULAU TIOMAN

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Juara Mutiara Resort, Kampung Juara, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 9-419 3161 
  • Website : www.juaramutiararesort.com
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Juara Mutiara Resort

Aktiviti Utama

Resort ini adalah tempat yang ideal untuk percutian, berbulan madu atau pengembaraan dimana anda boleh menikmati aktiviti menyelam skuba, memancing, snorkeling , berenang, mendaki gunung, meredah hutan dan lawatan pulau .

Bagi mereka yang menggemari aktiviti yang lebih mencabar, anda boleh menyeberang ke Kampung Tekek di pantai barat dengan berjalan di sepanjang trek 7 km yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Kemudahan dan Aktivti Lain

  • Café/ Kedai Cenderemata
  • Peralatan snorkeling untuk sewa
  • Kayak
  • Bilik Persidangan mini
  • Bilik Wayang/ ASTRO
  • Sukan Pantai (Bola Tampar & Bola Sepak)
  • Sesi Memancing
  • Meredah Hutan
  • Karaoke

Harga Bilik

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Juara Mutiara Resort

Jom Lihat Review Pengunjung di Juara Mutiara Resort

Excellent beach with crystal clear waters, welcoming people. YouWei Chin.

Amazing view of the sea . Homely atmosphere. You also have a beach to yourself. Rajarshi Guha.

Gorgeous nature around, unusual atmosphere. Seems like the place at the end of the world. Vít Skála.

Pretty good facilities. I enjoyed the proximity to everything and a very kind staff. A basic decision and great to explore the locals lifestyle by simply waking miles down the road. Norris Wong.

Cheap, affordable and the beach is awesome. Patrick Chong Jin Hua.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada cutipulau.com dan laman web resort ini kerana telah berkongsi maklumat dan gambar menarik. Maklumat yang diberikan sangat membantu admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Juara Mutiara Resort, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Juara Mutiara Resort.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleSalang Sayang Resort Tempat Penginapan di Pulau Tioman
Next articleSun Beach Resort Penginapan Menarik di Pulau Tioman
juara-mutiara-resort-tempat-penginapan-di-pulau-tiomanSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!