Jonker Walk Tarikan Menarik di Melaka

7510

jonker-walk-melaka

Assalamualaikum. Kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan penuh dengan tarikan moden menjadikan negeri Melaka destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Melaka juga merupakan destinasi pilihan utama warga Ibu Kota yang mencari tempat percutian singkat untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar buat seketika. Jonker Walk merupakan salah satu  tempat menarik di Melaka.

Jonker Walk ini destinasi wajib dilawati semasa melancong ke Melaka. Jonker Walk ini terkenal sebagai tempat membeli belah yang popular di Bandar Melaka. Jonker Walk terkenal dengan galeri-galeri seni, kedai-kedai antik termasuk tukang emas, tukang jam, pembuat terompah dan pembuat kasut bermanik, kedai makanan dan banyak lagi.

Ia benar-benar merupakan satu tempat di mana budaya dan tradisi Melaka boleh dilihat di setiap ceruk kedai-kedai kecil yang membarisi jalan ini. Jika anda malas hendak bejalan anda boleh menaiki beca yang dihias penuh dengan lampu. Jika anda mencari kedai yang menjual cenderamata anda pasti menjumpainya di sini.

Jangan lupa untuk datang ke Jonker Walk bagi merasai sendiri suasana yang meriah di sana. Sangat sesuai dijadikan sebagai persinggahan untuk membeli cenderamata untuk dibawa pulang. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

WOW! JONKER WALK TARIKAN MENARIK DI MELAKA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka.
  • Nombor Telefon : 06-284 8282
  • Waktu Operasi : Jumaat – Ahad ( 5:00 a.m – 12:00 a.m )
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Jonker Walk

Aktiviti Sesuai

Jika anda pening memikirkan cenderamata apa yang patut dibawa pulang, jangan risau. Terjah sahaja Jonker Street. Keychain, magnet peti sejuk, baju-t, gelang, poskad dan pelbagai cenderamata lain bakal anda jumpai.

Sekitar Jonker Walk

  1. Berdekatan dengan tempat ini ada jalan yang dipanggil Jalan Tukang Emas atau Jalan Harmoni. Di sini, kuil Hindu, tokong Cina dan masjid orang Islam berada di satu jalan yang sama.
  2. Letih berjalan? Singgahlah Masjid Kampung Hulu untuk solat. Masjid tahun 1720an ini memang istimewa. Sebabnya senibinanya ada budaya Cina, Melayu dan Hindu. Jika anda ingin lihat mimbar berbentuk pagoda, ini adalah tempatnya.

Tips Pengunjung

1. Pasar malam Jonker Walk diadakan setiap malam pada hari Jumaat dan Sabtu. Kenderaan dihalang masuk bermula pada 6 petang.

2. Letak kereta di kawasan luar Jonker Walk. Laluan di kawasan ini sempit dan sukar untuk anda mencari tempat letak kereta.

3. Kebanyakan kafe dan warung di sini kepunyaan orang Cina. Walaupun ianya dianggap syurga makanan oleh orang Singapura, hampir semuanya tidak halal.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Jonker Walk

Jom Lihat Review Pengunjung di Jonker Walk

Great place for visiting, spending time, and shopping! Best time to visit will be weekend evenings from Friday to Sunday where the road is closed for the night market. During the rest of the day all week, there are lots of famous food to try such as the famous Chicken Rice Ball and Cendol. Stephen Abraham.

Worth a walk. Old school chinese shops selling amazing art work and stuff. Good food joints. Very historic temples on the way. Worth a visit. But most shops close down at 5pm. Except for Friday to Sunday when they have night market. Vaibhav Shah.

Good place to visit at night. A lot of stuff to buy at cheaper rates. It was amazing. Salman Ishaque.

Nice place to spend your time with your love one. If you bring your kids here, you need to take good care of your kids coz it’s crowded here. Bong Sl.

Love love love. Love this place so much. Historic. Many local artisan here. Creative trade. Antique feeling. Even the music played is from my grandma era. Highly recomended. Jessica Sobian.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.jomjalan.com.my, www.mbmb.gov.my, www.maisinggah.com, commons.wikimedia.org dan blog.malaysia-asia.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat berguna.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Jonker Walk, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Jonker Walk.

Facebook Comments
REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleSkytrex Melaka Tempat Riadah Menarik
Next articleTaman Burung Tempat Menarik di Melaka