Jom Rasai Ketenangan Hutan Lipur Air Terjun Lata Belatan yang Menyegarkan

Assalamualaikum. Jom kali ini admin nak kongsikan satu lagi tempat menarik di Terengganu iaitu  Hutan Lipur Lata Belatan. Merupakan Hutan Simpan Kekal dibawah pengurusan Bahagian Rekreasi dan Hutan Libur Jabatan Hutan Negeri Terengganu. Merupakan Hutan Simpan Kekal dan tertakluk dibawah akta Hutan simpan dan Hutan lipur.

Mana-mana pengunjung yang memasuki kawasan ini atau beraktiviti secara bermalam perlu mendapat kebenaran Pegawai Penguasanya. Terlatak di Kampung Kuala Kubang dan 5km dari jalan utama Jertih – Kuala Terengganu (melalui Kg. Jabi. Tempat ini popular kerana ianya merupakan pintu masuk utama untuk pendakian ke Puncak Gunung Tebu (Jarak – 7088m). Puncak Gunung Tebu hanya 1,031m tetapi puncaknya merupakan hutan gunung dengan bermula hutan Dektokarpa pamah. Puncak ini juga dipanggil “Puncak Tanduk Singa Bertala”.

Terdapat dua tapak perkhemahan utama iaitu Taman Ulu dan Taman Hilir. Paling menarik bagi peminat alam semulajadi, puncak tebu dapat dijumpai pokok periuk kera yang sebesar lengan dan terdapat banyak pokok cina maki atau sering dipanggil pokok bonzai. Menarik juga terdapat pelbagai cerita mistik di gunung tebu terutama pengamal “x-file”. Tidak kurang juga penceroboh / pemusnah yang mencari batu permata dan geharu di sini. Dipuncak terdapat pelbagai formasi batu yang dipangil batu pelana, batu sejadah dan batu madrasah. Pendakian ke puncak tebu biasanya ditutup bermula 15Nov-15Jan kerana faktor risiko cuaca. Terutama lintasan sungai pertama ke Sungai Y (Sg Cakah dua). Sesiapa boleh mendaki puncak tebu dengan “day Trip” atau bermalam dipuncak.

Puncak tebu menjanjikan panorama yang indah terutama pemandangan pulau-pulau zamrud terengganu (Perhentian, Redang, ru perhentian). Cuacanya nyaman dan sejuk. Sepanjang perjalanan pendaki akan dapat melihat kejernihan air sungai limau yang mengalir dengan warna kebiruan dan kehijaun. Flora dan fauna sukar digambarkan. Terdapat 13 puncak yang perlu didaki untuk kepuncak tebu, tetapi perjalanan ini amat berbaloi. Saya bersedia untuk mendaki kesana bila-bila masa sahaja sekiranya ada yang berminat. Apapun cerita tentang gunung tebu, paling menarik sering dikaitkan dengan ramai orang sesat digunung tebu. Nasihat saya kepada pendaki; mendakilah bersama orang yang arif tentang kawasan tersebut dan untuk lebih selamat gunakan “Guide” berlesen (Kelantan / Terengganu) kerana sekiranya kemalangan berlaku, anda ada “backup” untuk dipertaruhkan. Lokasi di Besut ini telah di kongsikan di dalam Peta Tempat Menarik ini.

Air Terjun Lata Belatan Sangat Sejuk & Menyegarkan Badan, Seronok Sangat Mandi di Sini!

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kampung Jabi, Besut, 22200, Terengganu, 22020 Jerteh, Terengganu
  • Nombor Telefon :  09-695 6388
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Air Terjun Lata Belatan

Sesuai Aktiviti Perkhemahan

tapak perkhemahan lata belatan

Disini adalah pintu masuk ke tapak perkhemahan yang di khaskan. Disini ada beberapa tapak perkhemahan yang kita boleh pilih. Walaupun tidak terlalu besar, namun ianya cukup untuk menampung bilangan kumpulan yang agak ramai.

Biasanya mereka yang berkhemah di sini ialah mereka yang hendak pergi mendaki Gunung Tebu. Ya, biasanya mereka bergerak awal pagi dari tapak perkhemahan ini.

Mari Kita Mendaki Gunung Tebu yang Cantik!

Seperti yang sudah diberitahu, istimewanya Lata Belatan ini ialah kerana ianya merupakan pintu masuk atau based laluan untuk mendaki ke Gunung Tebu. Admin sendiri sudah merasa tidur di Gunung Tebu ini. Memang satu pengalaman yang sangat menyeronokkan kami.

Jika berminat untuk kesini dan mendaki gunung anda boleh hubungi pihak berwajib seperti dibawah untuk keterangan lanjut.

Unit Hutan Lipur dan Rekreasi,
Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu,
Tingkat 7, Wisma Negeri,
20200 Kuala Terengganu.

Tel. : 09-6274155
Faks : 09-6236552

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Air Terjun Lata Belatan & Gunung Tebu

Jom Lihat Review Pengunjung di Hutan Lipur Air Terjun Lata Belatan & Gunung Tebu

Saya sanagt seronok jika dapat pergi ke Air Tejun Lata Belatan ini. Dahulu inilah tempat kami bermain dan tempat kami pergi mendaki Gunung Tebu. Satu pengalaman yang sangat berharga. Diharap keindahan tempat ini dapat terus dijaga dengan sempurna. Mohd Afizi Md Ali.

Terbaik untuk budak-budak mandi. Saiful Azri Ayob.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada visit terengganu kerana membantu kami secara tidak langsung. Juga kepada blogger dan rakan-rakan yang berkongsi cerita disini & gambar-gambar yang menarik untuk kami masukkan kedalam perkongsian kali ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Lata Belatan & Gunung Tebu, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Lata Belatan & Gunung Tebu.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleRig Oil and Gas Resort Menarik untuk Menyelam Skuba Hanya di Seaventures Dive Rig, Sabah
Next articleAir Terjun 5 Tingkat di Hutan Lipur Lata Tembakah Tempat Berkelah di Besut
jom-rasai-ketenangan-hutan-lipur-air-terjun-lata-belatan-yang-menyegarkanSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!