Jom Cuba Luncur Udara Paragliding di Kota Putera yang Bertaraf Dunia

luncur udara di paragliding kota putera parkAssalamualaikum. Sebelum ini admin dah kongsikan pelbagai tempat menarik di Terengganu. Antara yang sudah kami kongsikan ialah aktiviti menaiki banana bot di Pulau Rhu, snorkeling, mendaki Bukit Kluang dan banyak lagi.

Jadi kali ini kami ingin berganjak sedikit sahaja dari kedudukan Bukit Kluang yang cantik ini. Ya, hanya terletak dibelakang Pantai Bukit Kluang disanalah terletaknya Kota Putera Paragliding Park yang dikatakan bertaraf dunia!

Bagi mereka yang tidak tahu apa itu aktiviti paragliding atau sukan luncur udara ini rasanya mudah sahaja untuk jelaskan. Paragliding ataupun Luncur Udara adalah satu cara yang paling mudah serta paling popular bagi manusia untuk melakukan penerbangan dengan menggunakan Payung Luncur dan dilancarkan menggunakan kaki. Ianya merupakan evolusi pesawat canggih yang senang dibawa, diterbangkan dan mendarat dimana-mana sahaja yang sesuai. Paragliding juga boleh membawa juruterbang ke lokasi tertentu atau melakukan perkara-perkara tidak seperti kenderaan lain.

Payung luncur yang digunakan bagi aktiviti ini diasaskan daripada Payung Terjun Kanopi dan dibina daripada fabrik Rip-stop Nilon yang berprestasi tinggi serta juruterbang (Pilot) pula akan tergantung menggunakan ikatan tali Kevlar yang kuat. Lokasi Kota Putera Paragliding Park ini juga telah dimasukkan ke dalam Peta Tempat Menarik ini.

Sukan Luncur Udara Paragliding yang Awesome!

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Bukit Bubus, 22200 Kampung Raja, Terengganu
  • Facebook : Kelab Luncur Udara Kota Putera
  • Booking & Pertanyaan : En. Asnawi- 0128151596
  • Peta Lokasi : 

Jom Cuba Sukan Paragliding

Kenapa Mesti Datang dan Mencuba Paragliding di Sini?

1. Kerana saat inilah anda boleh terbang bebas di ruang udara tanpa perlu menaiki kapal terbang.
2. Kota Putera Paragliding Park adalah satu-satunya site paragliding yang berada di pesisir pantai.
3. Anda boleh menikmati panorama yang indah di sekitar Bukit Bubus-Bukit Keluang. Setakat ni, admin tak pernah dapat feedback yang menolak statement ini, semua teruja dengan permandangannya!
4. MURAH ! Yes, kami hanya kenakan bayaran RM100 sahaja.

Datanglah ke sini untuk memenuhi perancangan cuti sekolah ini ya?

Keindahan Bukit Kluang Besut Terengganu

luncur udara paragliding kota putera besut luncur udara paragliding kota putera besut luncur udara paragliding kota putera besut luncur udara paragliding kota putera besut luncur udara paragliding kota putera besut

Jom Lihat Review Pengunjung yang Sudah Mendaki Bukit Kluang

Zero turbulance. Smooth wind. Perfect for getting peace of mind and challenge yourself to enjoy on wind riding. Siti Noor Aishah Ajus.

Fantastic! Staff Responsive, Pilot best, view cantik. Really worth trying. Aini Lim.

Buat anda yang suak cabaran boleh datang ke sini dan rasai keseronokan paragliding, dengan view laut dan bukit yang sangat cantik. Kos paragliding rm100
dengan terbang dalam 10 minit. Achmad Asharry.

Tempat yang cantik dan menarik. Agak mencabar menaiki bukit dengan kenderaan 4wd. Zulkifli Mohammad.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, sangat seronok sekali bagi admin membuat perkongsian ini. Sebelum menutup perkongsian ini admin ingin ucapkan terima kasih kepada para photographer yang sudi berkongsi gambar di google dan facebook. Begitu juga pihak admin facebook Kota Putera Paragliding yang banyak info diambil dari sana. Gambar-gambar menarik juga adalah ihsan dari fan pages ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman merasai Paragliding di Kota Putera, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Paragliding Kota Putera Park.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleMendaki Bukit Kluang di Besut Terengganu Aktiviti Riadah yang Menyeronokkan
Next articlePulau Rawa Tempat Menarik di Mersing, Johor
jom-cuba-luncur-udara-paragliding-di-kota-putera-yang-bertaraf-duniaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!