

JPO merupakan cawangan outlet yang pertama di Malaysia. Jika anda mencari barang berjenama daripada luar negara atau dalam negara, datanglah ke sini. Anda pasti akan teruja dengan pelbagai kedai-kedai yang menawarkan barangan berjenama yang sangat berkualiti.
Susun atur kedai-kedai di JPO ialah secara deretan dalam bangunan dua tingkat. Berbeza dengan pasaraya dimana semua kedai terletak di dalam satu bangunan berhawa dingin. Di JPO anda akan berjalan dari satu kedai ke satu kedai yang lain.
Jadi kepada sesiapa yang mahu mecari bahan berjenama yang berkualiti datanglah ke JPO. Di sini sentiasa terdapat potongan harga sehingga 50 %. Bukan sahaja orang yang kaya dapat membeli di sini, semua peringkat lapisan masyarakat boleh membeli belah di JPO. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
WOW! MEMBELI BELAH BARANG BERJENAMA YANG MURAH DAN BERKUALITI DI JPO
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â Jalan Premium Outlets Indahpura, 81000 Kulai, Johor.
- Nombor Telefon : 07-661 8888
- Waktu Operasi : 10:00 a.m -10:00 p.mÂ
- Facebook : JPO
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Johor Premium Outlets
Barang Berjenama
Dalam 130 jenama yang terdapat di Johor Premium Outlet, antaranya ialah, Adidas, Calvin Klein, Victoria’s Secret, Bath & Body Works, Swatch dan banyak lagi. Memang jenama-jenama barang yang popular di seluruh dunia.
Pastikan anda ada masa yang banyak untuk diluangkan di sini. Dan yang penting, jangan pakai selipar. Bukan sebab ia kurang çlass’, tapi sebab anda tidak mahu putus urat kaki berjalan sekurang-kurangnya separuh hari masuk keluar 120 kedai di sini.
Kemudahan Yang Lengkap
Tempat yang agak besar dan luas dan dilengkapi dengan kemudahan mudah diakses seperti surau, tandas, ATM bank, dan Balai Polis. Cuba datang awal pagi untuk elakkan kesesakan.
Parking lot dikenakan RM 3.00 sekali masuk.
Tempat Makan Disediakan
Selain dari kedai-kedai pakaian, beg dan kasut, di sini juga terdapat foodcourt. Foodcourt disini boleh dikatakan agak besar. Lepas penat mencari barang, boleh rehat sebentar di Foodcourt. Minum dan makan dulu untuk refresh tenaga.
Antara restoran yang bertapak di Johor Premium Outlet ialah Absolute Thai, Dome cafe, Starbucks dan banyak lagi. Anda boleh cuba menu-menu makanan disini.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Johor Premium Outlets
Jom Lihat Review Pengunjung di Johor Premium Outlets
Shops are great, you won’t regret going. Took the kids to Dome for lunch on the ground floor. Not many eateries but we came to look for affordable buys and we got it. Adidas / Nike / all are here. Have fun people. Razman Hakimi Abdullah.
Not too bad. Been there recently and there are plenty of discounts offer from various shops. Like other outlet shops, expect limited size selections and design variations. Ayu Kia.
Super amazing. If you have money, like it’s going out of fashion! Good place for kids too, and husbands can spend all their time looking after the kids while the wives shop till kingdom come! Gurunathan Govindan.
One point center for shopping. Family oriented. Nice scenery. Muhammad Hafiz Zakaria.
Drove from singapore to the outlet. Parking lots are available and quote affordable. The outlet has many branded shops and restaurants for food. A food court is also available offering affordable dining. Kong wee Ong.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.aculnetwork.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Datanglah ke JPO bagi membeli belah barang keperluan yang berjenama dan berkualiti.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Johor Premium Outlets , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Johor Premium Outlets.