Jeram Linang Tempat Menarik di Machang Kelantan

Hutan Lipur Jeram LinangAssalamualaikum. Jeram Linang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat di daerah Machang, Kelantan. Jarak dari bandar Pasir Puteh ialah 20 km manakala 22 km dari bandar Machang dan perlu melalui jalan lebuhraya Machang-Pasir Puteh. Merupakan air terjun terawal dimajukan di Negeri Kelantan dan menjadi tempat menarik di Machang Kelantan.

Air terjun Jeram Linang adalah dari jenis air terjun bertingkat setinggi 12 meter dan menjadi tumpuan orang ramai dari kawasan Pasir Puteh, Machang, Kota Bharu dan Jerteh, Terengganu. Air terjun yang telah dibangunkan dengan kolam-kolam mandi yang besar dan sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Ianya merupakan tempat percutian alam semulajadi yang menarik di Kelantan.

Suasana hutan yang redup dan udara yang nyaman pasti memberi ketenangan kepada anda. Air terjun yang sejuk pasti memberi kesegaran kepada anda. Anda boleh berkelah bersama keluarga dengan membawa makanan disini. Ianya pasti menimbulkan suasana yang menyeronokkan.

Anda boleh merancang aktiviti riadah bersama keluarga sekiranya datang ke daerah Machang. Suasana aman dan damai menanti anda di Jeram Linang. Lupakan sebentar kesibukan kota dan kerja dengan beriadah disini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

WOW! MANDI MANDA DI AIR TERJUN JERAM LINANG YANG PASTI MENYERONOKKAN

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 16800 Pasir Puteh, Kelantan
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Jeram Linang

Kemudahan Disediakan

  • Kawasan tempat letak kenderaan yang luas
  • 16 unit gerai makanan dan minuman
  • Surau
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Kawasan perkelahan
  • Tandas dan bilik persalinan
  • Wakaf
  • Denai
  • Dewan terbuka dan tertutup
  • Tapak perkhemahan / chalet
  • Tapak perkelahan
  • Kolam mandi mengikut peringkat umur

Tarikan dan Aktiviti

  • Mini zoo disediakan di sini oleh pihak Pejabat Hutan Negeri Kelantan
  • Jungle Trekking
  • Persekitaran yang bersih dan nyaman
  • Mempunyai laluan untuk mendaki ke puncak air terjun

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Jeram Linang

Jom Lihat Review Pengunjung di Jeram Linang

Easy to take a bath in the flowing water stream. If you climb up the hill, there’s very amazing running water up there. tough to get a shower under throwing water it is worth trying. Aung Thu Htun.

Excellence natural view. good for outdoor picnic and bbq. Nashid Fareen.

Good for picnic with friends and family, the river is safer for childrens. HA azharmajid.

Nice and windy palace. Sathiyashri Veerapathiran.

Tempat yang wajib di lawati, best. Kaki Pukul.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada www.come2kelantan.my dan www.percutianbajet.com kerana berkongsi maklumat yang berguna dan membantu admin. Ternyata Jeram Linang sangat sesuai untuk menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Jeram Linang, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Jeram Linang.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleLata Hujan Tempat Menarik di Tanah Merah Kelantan
Next articleTaman Etno Botani Tempat Menarik di Gua Musang Kelantan
jeram-linang-tempat-menarik-di-machang-kelantanSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!