Jasin Hot Spring Tempat Menarik di Melaka

jasin hot spring melaka

Assalamualaikum. Rehatkan diri anda di Jasin Hot Spring. Anda boleh datang bersama keluarga atau rakan-rakan untuk merasai sendiri air kolam panas semulajadi dan bukannya buatan manusia. Jasin Hot Spring ini salah satu tempat menarik di Melaka. Anda wajib singgah sekiranya bercuti di negeri Melaka.

Taman Rekreasi Air Panas Jasin atau Jasin Hot Springs Recreational Park merupakan satu destinasi istirehat yang perlu dikunjungi sekiranya berada di Kampung Ayer Panas. Kolam yang menyediakan air mineral semula jadi iaitu air mineral suam tinggi sulfur putih beralkali atau alkaline white-sulphur warm springs menyihatkan seisi keluarga kerana khasiat air mineral boleh mencantikkan kulit, menyembuhkan penyakit kulit dan menghilangkan tekanan.

Mula dibuka pada tahun 1884, pusat rekreasi ini mengetengahkan konsep Jepun Onsen di mana kolam-kolam tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Zon Kuning, Oren dan Merah mengikut suhu kepanasan air di antara 34 hingga 49 darjah celcius. Kolam-kolamnya pula dinamakan Ashi-yu (foot bath), 1884 Ofuro (bath house), Kaburi-yu , Utase & Kolam Renang Mineral (kolam terbuka).

Alami pengalaman ini sendiri bersama kelarga atau rakan-rakan. Rehatkan minda dan fizikal di sini. Anda pasti berpuas hati dan seronok. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

WOW! MANDI AIR PANAS DI JASIN HOT SPRING

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 77200 Bemban, Malacca.
  • Nombor Telefon : 06-521 0369
  • Waktu Operasi :  Isnin : 3:00 p.m – 12:00 a.m, Sel, Rab, Kha, Ahd: 9:00 a.m – 12:00 a.m, Jumaat dan Sabtu : 9:00 a.m – 2:00 a.m.
  • Facebook : Kolam Air Panas Jasin
  • Website : www.jasinhotsprings.com
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Jasin Hot Spring

Aktiviti Sesuai

  1. Mandi Air Panas
  2. BBQ
  3. Berkelah

Kemudahan

  1. Surau
  2. Parking
  3. Tandas
  4. Bilik Persalinan
  5. Kolam Air Panas
  6. Open Family Pool
  7. Water Park For Children
  8. Tempat Berkelah
  9. Tempat BBQ

Harga Tiket

Kanak-kanak : RM 3.50

Dewasa : RM 6.50

Jom Saksikan Keindahan Panorama Di Jasin Hot Spring

Jom Lihat Review Pengunjung di Jasin Hot Spring

Semuanya ok bagi saya sekeluarga. Boleh bawa maknan. Ada ruang tempat solat. Gerai jualan dengan harga standard. Kawasan luas dan puas hati berbaloi dengan bayaran. Terima kasih. Nurin Amira.

Keseluruhan baik berbanding tempat lain. Saya berpuashati dengan kemudahan yang disediakan. Samudin Hassan.

Alhamdulillah sangat baik dan memuaskan. Harap diberi perhatian pada semua yang ada dan tambahbaik. Semoga bertambah pengunjung. Suhana Abd Hamid.

Cantik, bersih, boleh bawa makanan lagi. Satu family suka. Matahari Ku.

Tempat beriadah yg terbaek untuk family yang selalu sibuk. Addyna Hanan.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada www.mphtj.gov.my, www.destinationmelaka.my, ecatir.blogspot.my, inflatableballoonz.blogspot.my dan penselpatahtunteja.blogspot.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat berguna dan membantu.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Jasin Hot Spring, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Jasin Hot Spring.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleMasbro Village Melaka Penginapan Menarik di Melaka
Next articlePantai Tanjung Bidara Tempat Peranginan Menarik Di Melaka
jasin-hot-spring-tempat-menarik-di-melakaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!