

Assalamualaikum. Di Putrajaya terdapat banyak pusat membeli belah yang terkemuka. Salah satunya ialah IOI City Mall. IOI Citi Mall ini merupakan tempat menarik di Putrajaya. Disini sangat sesuai untuk window shopping sambil beriadah bersama keluarga. Terdapat pelbagai jenis kedai seperti kedai fashion, pasar raya, wayang dan pengalaman mencuba pelbagai jenis makanan di dalam pusat membeli belah ini.
Pusat membeli belah ini mempunyai keluasan 1.5 juta kaki persegi. Wow! sangat besar dan luas. Satu hari pasti tidak cukup untuk anda menerokai IOI City Mall ini. Ianya terletak berhampiran padang golf yang menaikkan lagi suasana eksklusif di sini.
Disini terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Antaranya ialah menonton wayang, bermain ice skating, district 21 dan macam-macam lagi. Jadi, selain membeli belah anda dapat menghabiskan masa terluang dengan membuat aktiviti-aktiviti yang ada di pusat membeli belah ini.
Jadikan IOI City Mall sebagai salah satu pusat membeli belah pilihan. Tidak perlu untuk pergi ke tempat lain kerana semua sudah terdapat di IOI City Mall. Anda pasti berpuas hati dan teruja untuk membeli belah. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga Bermanfaat!
WOW! SEMUA ADA DI IOI CITY MALL PUTRJAYA
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia.
- Nombor Telefon :Â +60 3-8328 8899Â
- Waktu Operasi : 10:00 a.m – 10:00 p.m
- Facebook : IOI City Mall
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di IOI City Mall
Tarikan Utama Di Sini
- District 21
District 21 adalah Leisure Park aktif terletak di 70,000 kaki persegi atrium dalaman di dalam IOI City Mall Putrajaya. District 21 adalah pusat hiburan keluarga bertema — semua tarikan adalah berdasarkan penyertaan aktif dimana ibu bapa boleh menjadi penjaga anak mereka ataupun boleh turut sama sertai anak-anak dengan aktiviti yang disediakan.
Mengandungi 11 tarikan pengembaraan, kebanyakannya tidak pernah dilihat di Asia. District 21 menawarkan aktiviti menarik untuk semua pengunjung seperti memanjat, melompat, menunggang, gelongsor dan juga terbang.
2. Icescape
Saiz Icescape disini mengikut standar olympic. Terletak di tingkat pertama IOI City Mall, arena itu meliputi 30m x 60m permukaan ais dengan pemandangan kaca yang menakjubkan. Ianya mempunyai permukaan es terbesar di Malaysia. Ia juga sangat sesuai untuk dijadikan tempat menganjurkan persembahan dan pertandingan utama. Disini juga terdapat tenaga pengajar yang profesional untuk yang baru ingin melibatkan diri bermain skating.
Tarikan Lain
- Parkson
- GSC Cinemas
- Tesco Stores Malaysia
- Home Pro
- Index Living Mall
Kemudahan Disediakan
- Kaunter Penunjuk Arah
- Kerusi roda, Kereta bayi dan Skuter Elektronik
- Penyimpanan Barangan Membeli-belah dan Payung
- Pembalut hadiah
- Postage (Setem)
- Perkhidmatan Pembeli Peribadi
- Bantuan Kecemasan
- Pengiring ke Kenderaan untuk Pembeli Yang Tua dan Orang Kurang Upaya
Jom Saksikan Keindahan Panorama di IOI City Mall Putrajaya
Jom Lihat Review Pengunjung di IOI City Mall Putrajaya
Huge mall with lots of things to do for all ages. Food variety is amazing. Awesome for the normal crowds who are sick of super-posh malls that costs an arm and a leg to park. There’s also an ice-skating rink near the popular District 21. Zulaikha Zulkifli.
Located in Putrajaya, it’s the largest shopping mall in Malaysia currently. Then architecture on the outside like like some state-of-the-art building. It’s a quite decent place to hang out with your friends, or you can just hang out on your own. Tan Jin Yi.
The modest and full of entertainment mall,beautifully designed building. Huge range of parking. Variety of western and Asian food. At night external lighting looks very nice, all famous brands located in the mall. Clean and tidy place, tight security. Akmal Bajwa.
One of the famous shopping mall in Malaysia. It’s big and has relax areas, ice rink and game areas. There are all kinds of shops, from the exclusive ones to the more cheaper shops.My favorite thing in that’s mall is ice skating. Enjoy! Shasitharan Mc.
A great place to shop and eat. There’s a Tesco here for all your groceries need, a lot of branded retail outlets and a whole bunch of restaurants for you to try out. Shahrul Ghani.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima aksih kepada www.kuala-lumpur.ws, www.ioiproperties.com.my,
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di ioi city mall putrajaya , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke ioi city mall putrajaya.