

Assalamualaikum. Imago merupakan pusat membeli belah yang terkenal di Kota Kinabalu Sabah. Pusat membeli belah ini menyediakan kemudahan bertaraf dunia. Ramai pelancong di luar dan di dalam negara akan berkungjung ke sini apabila sampai di Kota Kinabalu. Imago telah menjadi tempat menarik di Sabah dan menjadi pilihan orang ramai untuk membeli belah.
Terletak di tengah-tengah ibu kota Sabah, Imago Mall menyediakan lebih 300 gedung runcit untuk memenuhi segala keperluan pengunjung. Tersergam indah dengan ruang runcit seluas 74,322 meter persegi, ia membawakan gaya, keanggunan dan kemewahan setanding dengan destinasi beli-belah global.
Imago menyediakan laluan pejalan kaki terbuka yang dibarisi kafe, bar dan restoran yang menghadap Laut Cina Selatan yang ditaburi pulau-pulau serba indah, dan menghamparkan pemandangan senjakala yang begitu menakjubkan. Persekitaran serba anggun ini ibarat syurga beli-belah yang menggabungkan keindahan alam semula jadi Kota Kinabalu dan kerancakan gaya hidup kota.
Jika anda bercadang untuk bercuti di Kota Kinabalu, jangan lupa untuk singgah membeli belah di Imago. Walaupun dimana sahaja ada pusat membeli belah tetapi suasana di Imago pasti lain daripada biasa. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
WOW! Imago Syurga Membeli Belah di Kota Kinabalu
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : KK Times Square Phase 2 Off Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
- Nombor Telefon : 088-275 888Â
- Waktu Operasi :Â 10:00 a.m – 10:00 p.m
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Imago
Aktiviti Sesuai
Sudah pasti aktiviti membeli belah merupakan aktiviti utama yang boleh dilakukan di sini. Dengan adanya pasaraya Parkson memudahkan pengunjung untuk membeli pelbagai barang keperluan. Selain itu, banyak butik-butik terkenal seperti Padini, F.O.S. Branch Outlet dan banyak lagi yang boleh dikungjungi.
Selain itu, disini terdapat panggung wayang MBO. Selepas penat membeli belah anda boleh rehatkan diri dengan menonton wayang. Anda juga boleh berhibur kerana terdapat pusat karaoke di sini. Aktiviti sukan seperti memanah juga pasti akan menarik perhatian anda.
Kedai Makan Istimewa
Bagi pengunjung yang ingin menikmati makan di Imago, terdapat banayk pilihan restaurant, antaranya ialah:
- KFC
- Burger King
- Food Court
- Restaurant Korea
- Nasi Ayam
Kemudahan
Tempat letak kereta disediakan sebanyak 2,500 petak.
- Surau
- Tandas
- Bilik Persalinan Baby
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Imago
Jom Lihat Review Pengunjung di Imago
It is well maintained. There are a lot of top brands and restaurants to choose from. They have a great cultural show in the front lobby area with amazing performers (I’m not sure if this is everyday though). Jean Montes.
There are a lot of shops available. From the most fabulous boutique till your favorite bookshop. You name it! This place’s decor is constantly updated according to the seasons so you definitely won’t feel bored looking at it. Enjoy! syifa Saffiyah.
Lots of food choices. Noodles and even the local food. Nightlife is not bad as well. Street Triple 765R.
My favourite place for hangout ! Always my first choice to spend my weekend either alone or with my friends. Lots of choices for foods and shopping also. Suitable place for window shopping or lunch or dinner. Also good for family outing. Asyfrz A.
Great environment. Tasty food. Lots of choices. What’s not to love. Ahmed Shamsul Bahri Mohamad Tuah.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada ww1.kosmo.com.my kerana berkongsi maklumat yang menarik. Sekiranya anda sampai di Kota Kinabalu datanglah ke Pusat Membeli Belah Imago yang sangat unik dan menarik ini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Imago, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Imago.