Ikan Celup Tepung Sedap dan Rangup di Warung Pok Nong, Terengganu

ict-warung-pok-nongAssalamualaikum. Di Terengganu terdapat banyak tempat makan menarik dan sedap untuk dikungjungi. Jika bercuti ke Kuala Terengganu, jika tidak menikmati ikan celup tepung dan sotong celup tepung di Warung Pok Nong memang tidak sah. Terdapat banyak warung yang sedap dan menjadi tumpuan ramai terutamanya di waktu petang. Warung Pok Nong merupakan salah satu daripadanya.

Perniagaan Warung Pok Nong telah beroperasi selama dua puluh tahun. Sejak Warung Pok Nong disiarkan di dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, pelanggan Warung Pok Nong semakin bertambah. Warung Pok Nong yang terletak di Mengabang Telipot menerima jumlah pelanggan yang luar biasa setiap hari. Pelanggan mesti beratur untuk mendapatkan ikan dan sotong celup tepung. Waktu kemuncak apabila tibanya cuti persekolahan.

Antara menu yang disediakan ialah ikan celup tepung, udang celup tepung, sotong celup tepung, keropok lekor goreng, air batu campur, air batu jagung dan air kelapa asli. Menu ini merupakan menu istimewa dan kegemaran pelanggan kerana menu ini disediakan secara segar dan panas serta harga yang berpatutan. Dan pelanggan-pelanggan akan berpuas hati dengan menu yang tersedia kerana Warong Pok nong ini sangat menitikberatkan kualiti makanan yang dijual.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sendiri kesedapan ikan celup tepung di warung Pok Nong ini yang berada di tepi pantai. Sekali cuba pasti tidak akan kecewa. Walaupun boleh masak sendiri tetapi berbeza dengan rasa di warung Pok Nong dengan sos yang sangat sedap dan tepung yang ranggup memang membuka selera. Disini admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini untuk dijadikan panduan.

Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong Menjadi Tumpuan Pelancong

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : A1693 Jalan Pantai, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 9-612 7655
  • Waktu Operasi :  3:30 p.m hingga 8:30 p.m (selasa tutup)
  • Facebook : Warung ICT Pok Nong
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Warung Pok Nong

Aktiviti Sesuai

Makan santai seafood celup tepung dengan keindahan dan kedamaian pantai.

Harga dan Kos Terlibat

Mengikut harga semasa ketika seperti berikut.

  • 3 ekor sotong celup tepung : RM20 (berdasarkan size)
  • 4 ekor udang celup tepung : RM5
  • 2 ekor ikan selayang celup tepung : RM6 (RM3 seekor)
  • Air batu campur / air batu jagung : RM2.50 semangkuk
  • Air kelapa : RM2.50 secawan

Harga berubah-berubah mengikut harga pasaran seafood.

Jom Lihat Menu di Warung Pok Nong

Jom Lihat Review Pengunjung di Warung Pok Nong

Sotong nye besar dan segar, tepung die rangup, memang A, sedap. Minum air kelapa depan pantai, memang syok. Ummu Hazira Hani Johan.

Harga makanan berpatutan.Tapi kena beratur panjang.Dari jam 3 ptg hampir jam 5 baru dapat mkn. Hihihi kerana ict dan sotong celup tepung pok nong ku redah jua.
Yg sadis meja yg dah di booking awal 2 jam di kebas org. Nor Akmal Ahmad.

Makanan nya sedap harga berpatutan dan terpaksa beratur untuk dapatkan makanan. Mawardi Taffar.

Terbaikk.Next time if we go Kuala Terengganu sure will come again. Lina AHmad.

Ohsome, superb, marvellos. Panjang beratur puas hati. Md Fakry Hanies.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, kelazatan dan kesedapan menu di ini hanya dapat diketahui jika anda berkungjung ke sini. Marilah sama-sama kita menyokong perniagaan orang tempatan supaya lebih maju. Terima kasih diucapkan kepada denai.my kerana memaparkan maklumat mengenai warung ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Warung Pok Nong, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Warung Pok Nong.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleRestoran Yati Ayam Percik Membuka Selera Di Kota Baharu, Kelantan
Next articleKopi Mansur Paroi Seremban Tempat Makan Wajib Singgah Seremban
ikan-celup-tepung-sedap-di-warung-pok-nong-terengganuSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!