
Idaman Suri merupakan persinggahan wajib kepada kaum hawa yang ingin membeli pinggan dan mangkuk serta barangan rumah yang lain. Disini terlalu banyak pilihan barang-barang dan harga juga sangat berpatutan. Sesiapa singgah disini pasti akan membeli pelbagai kelengkapan rumah yang banyak kerana harga sangat murah.
Sesiapa yang datang kesini kena berhati-hati kerana pasti semua benda yang ada di dalam ini akan memikat anda terutamanya kaum hawa. Rancang perbelanjaan sebelum datang ke sini bagi mengelakkan pembaziran dan terlebih beli barang. Walaupun murah tetapi jika beli terlalu banyak akan dikenakan cukai juga.
Jangan lepaskan peluang untuk membeli belah di Idaman Suri. Admin yakin anda akan berpuas hati dengan barang dan harga yang ditawarkan. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini kepada pembaca. Semoga bermanfaat.
WOW! SYURGA PINGGAN MANGKUK DI IDAMAN SURI LANGKAWI
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Bangunan Idaman Suri, No. 1, Taman Seri Berlian, Kedah, 07000 Kuah, Pulau Langkawi, Malaysia.
- Nombor Telefon : +60 4-966 6871
- Waktu Operasi : 9:30 a.m – 8:00 p.m (Jumaat cuti)
- Peta Lokasi :
Dapatkan Info Menarik di Idaman Suri Langkawi
Membeli Belah Pinggan Mangkuk
Disini merupakan syurga untuk membeli belah pinggan mangkuk dan kelengkapan rumah. Anda pasti akan berpuas hati dengan harga yang ditawarkan. Sekiranya tidak mahu membeli anda boleh cuci mata melihat pelbagai jenis kelengkapan rumah disini.
Jom Saksikan Keindahan Panorama Idaman Suri Langkawi
Jom Lihat Review Pengunjung di Idaman Suri Langkawi
Full marks to this shop. Very very cheap rates if you are looking for your own kitchen or bathroom. Santosh Ramana.
Various type of plates and cutlery, very good for those who want to buy these kind of stuffs at cheap prices. Syahir.
Lots of choices at very reasonable price. Highly recommended. Vigneshwaran Nair.
Variety kitchen goods and cutlery are sold cheaper than normal price. Virbee Karl.
A good place to shop for kitchen goods. Alex Lee.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada naturallylangkawi.my kerana berkongsi maklumat dan gambar tentang tempat ini. Banyak maklumat berguna yang diperolehi daripada laman web ini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Idaman Suri, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Idaman Suri.