Ice Age Alive Tarikan Terbaru di Kuala Lumpur

Ice Age Alive Tarikan Terbaru di Kuala Lumpur

Assalamualaikum. Cuti sekolah sudah hampir tiba. Sudah pasti ibu bapa mencari tempat yang menarik untuk membawa anak-anak mereka berjalan. Admin cadangkan untuk membawa mereka di satu tempat di Kuala Lumpur. Ice Age Alive adalah tarikan terbaru di Kuala Lumpur dan menjadi tempat menarik dan wajib dikunjungi.

Ianya terletak di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). Jika anda peminat filem Ice Age, sangat sesuai untuk datag sendiri. Kini anda berpeluang melihat sendiri watak-watak filem animasi tersebut dalam saiz sebenar di Ice Age Alive 2018.

Ianya merupakan pameran replika bersaiz sebenar spesie megafauna yang hidup di zaman ice. Apa yang lebih menarik, ia boleh bergerak dan mempunyai bunyi. Pati anak-anak anda akan teruja. Selain melihat haiwan-haiwan zaman ais batu, pengunjung juga dapat merasai kesejukan dan pengalaman interaktif sepanjang pameran ini.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini. Peluang seperti ini tidak datang selalu. Ianya di buka dari Mei hingga Disember pengalaman di sini akan menjadi kenangan yang terindah. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

WOW! TEROKAI MEGAFAUNA DI ICE AGE ALIVE

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat :Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.
  • Nombor Telefon :03-2170 6333
  • Facebook: Ice Age Alive KL
  • Waktu Operasi : Selasa- Ahad & Cuti Umum (10.00 a.m-7.00 p.m)
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Ice Age Live

Aktiviti Sesuai

Anda boleh menyaksikan Pameran haiwan purba termasuk Dinosaur, Gajah Mamot, Burung Dodo dan hidupan marin zaman purba yang dihidupkan kembali melalui penggunaan teknologi bagi membawa pengunjung merasai sendiri di zaman tersebut.

Selain itu, turut dipamerkan makhluk mega fauna lain yang telah pupus seperti kucing purba, Giant Wooly Mammoths hinggalah ke Saber-Toothed Tigers. Jika bernasib baik, anda juga boleh bergambar bersama T-Rex. Sudah pasti, pameran ini dapat memberikan manfaat kepada pengunjung kerana kita dapat merasai sendiri kehadiran makhluk megafauna yang telah lama pupus dari muka bumi.

Antara aktiviti yang turut disediakan ialah Jumping Castles, Ice Skating Rink, Fossil Digging & Ice Age Crafts, Snow Pool, dokumentarai video dan banyak lagi.

Harga Tiket

Warganegara

  • Dewasa : RM29.50
  • Kanak-kanak : RM 19.50

Bukan Warganegara

  • Dewasa : RM 45.00
  • Kanak-kanak : RM 35.00

Harga Pakej (2 dewasa dan 2 kanak-kanak)

  • Warganegara : RM 85.00
  • Bukan Warganegara : RM 110.00

Jom Saksikan Pengembaraan di Ice Age Alive Kuala Lumpur

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada wowmalaysia.com.my dan facebook Ice Age Alive kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Tempat ini wajib dikungjungi kerana bukan senang untuk mengetahui mengenai haiwan yang sudah pupus.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Ice Age Alive , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Ice Age Alive.

REVIEW OVERVIEW
Lokasi
Pengalaman
Harga
Previous articlePulau Besar Tempat Menarik di Melaka
Next articleMalibest Resort Tempat Penginapan Menarik di Langkawi
ice-age-alive-tarikan-terbaru-di-kuala-lumpurSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!