Hutan Simpan Semenggoh Tempat Menarik di Sarawak

Hutan Simpan Semenggoh

Assalamualaikum. Anda mahuu melihat hidupan liar terutamanya orang utan secara ‘live’? Datanglah ke Hutan Simpan Semenggoh di Kuching Sarawak untuk melihat aksi orang hutan. Ianya merupakan salah satu  tempat menarik di Sarawak dan menjadi tarikan para pelancong di dalam mahupun luar negara.

Hutan ini merupakan simbolik terhadap usaha kerajaan menerusi Sarawak Forestry Corporation (SFC) memelihara flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan Sarawak. Pusat berkenaan telah dibuka sejak tahun 1975. Kini terdapat 28 ekor orang utan yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia.

Istimewa di sini anda dapat melihat orang utan secara dekat yang bebas di dalam hutan ini. Terdapat dua sesi memberi makan kepada orang utan. Rancanglah perjalanan anda di sini supaya tidak terlepas dengan sesi orang utan di beri makan. Anda pasti akan teruja melihat haiwan yang hampir pupus ini.

Menariknya orang utan di sini mempunyai nama seperti manusia. Jadi jangan terkejut bila Delima atau Salina dipanggil turun dari pokok tinggi untuk diberi makan. Pastikan anda masukkan tempat ini sebagai satu tempat untuk di lawat sekiranya bercuti ke Sarawak. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWESOME! SAKSIKAN ORANG UTAN SECARA ‘LIVE’ DI HUTAN SIMPAN SEMENGGOH

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 93250 Siburan, Sarawak.
  • Website : Semenggoh
  • Waktu Operasi : 9:00 a.m – 4:00 p.m (Hujung minggu/ cuti umum tutup)
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Hutan Simpan Semenggoh

Aktiviti Sesuai

Melihat orang utan secara dekat semasa sesi memberi makanan. Orang utan yang telah dipulihara dilepaskan ke hutan di sekitar kawasan ini dan haiwan-haiwan separa liar ini kerap kembali ke Semenggoh untuk makan dua kali sehari. Jadi ini adalah waktu terbaik untuk anda datang untuk melihat orang utan jantan yang beratnya melebihi 100kg makan di atas pokok bersama-sama orang utan betina dan bayi-bayi mereka.

Anda boleh merakam saat manis ini tanpa dikenakan bayaranm Namun anda perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan seperti tidak boleh mengambil gambar dengan flash.

Selain melihat orang utan, anda boleh merasa dingin hutan dan mendengar bunyi unggas dengan berjalan melalui 5 denai dan laluan berkayu yang disediakan di sini. Perjalanan denai ini mengambil masa 5 ke 30 minit untuk dihabiskan.

Harga Tiket

Dewasa: RM 10.00

Waktu Makan

10:00 pagi dan 3:00 Petang

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Hutan Simpan Semenggoh

 

Jom Lihat Review Pengunjung di Hutan Simpan Semenggoh

This place is amazing. To see the orangutans in the wild is just out of this world. This was our second visit to Semenggoh. Sadly we didn’t see any this time, but last time we came we saw 14 orangutans including the big male and the new baby. Andy Baldwin

Absolutely amazing. We got to see 4 orangutans out of only 15 left in the world. This included a baby orangutan too. We loved the visit and it was one of our highlights on our Borneo trip. Jabeen Tahir.

For a great wild life experience, Semenggoh is a must. Here you can observe the endangered orangutans found only in Malaysia and Indonesia as close As you can possibly get to them ever. The park has rescued orangutans that it has rehabilitated in the area. You can see the wild orangutans when they are fed twice a day. It is a once in a lifetime experience. Must visit place. Pallavi Duffy.

We saw 3 orangutans within minutes of arriving. The oldest female and one of the largest males. Both with in feet of us. People arriving later would have missed them.. good paths, informative guides and displays. valerie good.

So glad to be able to see Borneo Orang Utan Anwar. Thank you for showing us your majestic poise. Grace Lim.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.jomjalan.com.my dan yangsayanampak.wordpress.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Datanglah ke sini bagi melihat sendiri haiwan yang hampir pupus.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Hutan Simpan Semenggoh , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Hutan Simpan Semenggoh.

REVIEW OVERVIEW
Lokasi
Pengalaman
Harga
Previous articleTaman Negara Kubah Tempat Menarik di Sarawak
Next articleTaman Negara Niah Tempat Menarik di Miri Sarawak
hutan-simpan-semenggoh-tempat-menarik-di-sarawakSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!