Hutan Royal Belum Tempat Menarik Di Perak Yang Belum Diterokai

Assalamualaikum. Setiap orang yang dilahirkan di muka bumi ini mempunyai minat yang berbeza dan admin memandang berat tentang perkara tersebut. Admin tahu tak semua orang minat bercuti di tempat yang santai seperti di pantai, di spa dan seumpamanya. Ada orang yang minat bercuti di tempat aktiviti lasak. Ada juga yang minat untuk bermain perkara yang meriah seperti roller coaster, rumah hantu dan roda ferries. Ada juga yang minat berkhemah di hutan-hutan belantara dan mendaki gunung. Jadi, kali ini admin ingin bercerita bagi yang sesiapa yang minat bercuti di hutan belantara. Antara tempat yang sesuai adalah di Hutan Royal Belum tempat menarik di Perak.

Hutan Royal Belum adalah kawasan yang berukuran kira-kira lebih 200 ribu hektar. Lokasi ini adalah umpama syurga buat mereka yang gemarkan alam sekitar. Sebahagian daripada Hutan Royal Belum juga telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal oleh Kerajaan Negeri Perak. Jadi, pengunjung hanya dibenarkan melawat kawasan hutan yang tidak diwartakan sebagai hutan simpan dan memerlukan permit dari pihak-pihak tertentu jika anda ingin ke kawasan yang diwartakan.

Hutan Royal Belum dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi. Bayangkan, ia dikelilingi oleh hutan yang berusia lebih 130 tahun dan merupakan hutan tertua di dunia malah lebih tua daripada usia hutan Amazon dan pastinya kunjungan anda ke hutan ini pastinya tidak akan menyesal. Hutan yang cukup terkenal kerana memiliki pemandangan tasik dan hutan yang cukup indah dan ini antara satu destinasi pelancongan yang cukup menarik untuk dikunjungi di Negeri Perak.

Untuk sampai ke kawasan Royal Belum, anda boleh memandu kenderaan terus ke Hutan Royal Belum menerusi jambatan. Untuk terus ke Hutan Royal Belum dengan memandu kenderaan, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dan kemudian ambil simpang keluar di Kuala Kangsar dan seterusnya anda hanya perlu ikut papan tanda menuju ke Pengkalan Hulu. Admin akan berkongsi peta tempat menarik ini.

COOL! HUTAN ROYAL BELUM YANG AMAT MENCABAR FIZIKAL DAN MENTAL 

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu. :  

Dapatkan Info Menarik di Hutan Royal Belum

Aktiviti Sesuai

Pertama, anda boleh jalankan aktiviti meredah hutan. Hutan Royal Belum yang menjanjikan kepuasan buat anda yang meminati aktiviti meredah hutan. Bukan sahaja treknya yang mencabar, anda juga bakal ditemukan dengan pelbagai spesis flora dan fauna yang jarang-jarang atau belum pernah anda lihat sebelum ini.

Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah melihat dan merasai sendiri gaya hidup etnik orang asli yang tinggal di sana. Banyak yang kita boleh belajar daripada cara hidup mereka yang unik dan berbeza dengan cara hidup kita yang lebih ke arah kemodenan. Mereka memasak dengan menggunakan 100% hasil dari hutan. Tanpa ada perasa-perasa seperti yang kita guna pun tetapi rasanya lebih hebat daripada masakan kita.

Jika anda seorang kaki pancing, Royal Belum adalah syuga dunia buat anda! Ramai yang mencuba nasib untuk menjinakkan ikan toman yang berkeliaran di dalam tasik Banding ini.

Di dalam Hutan Royal Belum terdapat juga air terjun yang bernama Air Terjun Sungai Kooi. Keadaannya air bukit yang sejuk seperti air batu ini bakal menyebabkan tubuh anda menggigil kesejukan, rasa segar dan nyaman sekali. Sudah pasti anda boleh bermandi-manda di kawasan tersebut dan anda dinasihat untuk sentiasa menjaga alam sekitar dengan tidak buang sampah di merata-rata. Selain daripada mandi-manda, anda juga boleh berkayak dan juga berakit.

Buat penggemar aktiviti lasak pula, anda boleh meluangkan masa di Belum Adventure Camp. Di sini anda akan disajikan dengan pelbagai aktiviti yang lasak serta mencabar.

Penginapan yang Ada

Berikut adalah senarai penginapan yang ada:

  • Royal Belum Rainforest Resort
  • Banding Lake Site
  • Chalet Mat Shah

Jom Saksikan Keindahan Panorama Di Hutan Royal Belum

Hutan Royal Belum

Hutan Royal Belum

Hutan Royal Belum

Hutan Royal Belum

Hutan Royal Belum

Jom Lihat Review Pengunjung di Hutan Royal Belum

Tempat ini amat menyeronokkan. Kepada sesiapa yang menyukai aktiviti yang mencabar, anda semua patut mencuba Hutan Royal Belum. Pergilah dengan kawan-kawan dan anda akan lihat bonding antara korang semua makin rapat. Harith, Kedah

Tempat ini belum diteroka sepenuhnya dan tak ramai tahu akan kewujudan di hutan ini. Cepat datang ke hutan ini sebelum ianya menjadi sibuk dan hilang elemen semula jadinya. Azmi, Perak

Semasa cuti semesta tu, nak kerja pon tak masyuk. Takpelah, baik meluangkan masa dengan kawan-kawan di Hutan Royal Belum. Aktivitinya mencabar dan amat seronok. Udara di sini pun lebih segar berbanding di bandar. Luqman, Pelajar UUM

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada orangperak.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata Hutan Royal Belum merupakan satu tempat pelancongan yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati. 

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Hutan Royal Belum , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Hutan Royal Belum.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleKellie’s Castle Tempat Yang Menyimpan Pelbagai Memori
Next articleRestoran Nasi Ulam Cikgu Kota Bharu Kesegaran Ulam Yang Tiada Bandingan
hutan-royal-belum-tempat-menarik-di-perak-yang-belum-diterokaiSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!