Keindahan Hutan Rekreasi Sungai Udang Jadi Tarikan Tempat Berkelah

Assalamualaikum. Sudah banyak rasanya tempat menarik di Melaka yang telah pihak admin kongsikan sebelum ini. Terutamanya di negeri Melaka, memang banyak sangat tempat menarik di negeri Melaka yang anda boleh terokai.

Untuk pengetahuan semua, Hutan Rekreasi Sungai Udang yang berkeluasan 335 hektar merupakan sebahagian daripada rezab Hutan Simpan Sungai Udang. Menurut fakta, tergolong dari jenis hutan dipterokarp pamah, ia kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna serta sesuai untuk aktiviti-aktiviti rekreasi luar seperti bird watching, berkhemah dan juga merentas denai.

Suasana hutan lipur yang permai juga sesuai untuk menjalankan aktiviti santai serta berkelah bersama keluarga. Pintu masuk utama untuk ke Hutan Rekreasi Sungai Udang terletak di tepi jalanraya yang menghubungkan Sungai Udang dan Masjid Tanah.

Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi terus dari bandar Melaka atau perhentian bas Masjid Tanah. Jadi, jika anda ingin tahu lebih banyak tempat menarik disekitar, saksikan  banyak tempat menarik di kawasan sekitar yang telah kami kongsikan di Peta Tempat Menarik ini.

Trek Jogging dan Tempat Mandi yang Best di Hutan Rekreasi Sungai Udang

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Hutan Rekreasi Sungai Udang, 76300 Sungai Udang, Melaka.
  • Nombor Telefon : Tiada
  • Waktu Operasi :  7am – 6pm
  • Facebook : 
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Hutan Rekreasi Sungai Udang

Peta Sekitar Kawasan Hutan Rekreasi Sungai Udang

Hutan Rekreasi Sungai Udang

Untuk pengetahuan semua, Hutan Rekreasi Sungai Udang ini telah dibahagikan kepada 4 zon yang utama iaitu :

  • Zon 1
    Kawasan rekreasi ini lebih tertumpu kepada aktiviti utama. Persekitaran kawasan pintu masuk yang dilengkapi pusat pentadbiran, gerai makanan dan kawasan letak kereta serta kemudahan rekreasi seperti kawasan memancing, kawasan permainan kanak-kanak dan istirehat serta kawasan denai herba bagi pengunjung yang gemar menghayati khazanah tradisi herba.
  • Zon 2
    Berkhemah merupakan salah satu aktiviti yang di cadangkan di Zon 2 Hutan Rekreasi Sungai Udang ini. Ia sesuai bagi aktiviti secara berkumpulan seperti pelajar sekolah, institusi dan sebagainya. Kawasan tumpuan aktiviti ini membenarkan pengunjung bermalam dan menggunakan persekitaran kawasan bagi aktiviti yang dirancangkan.
  • Zon 3
    Pembangunan kawasan ini terbahagi kepada dua iaitu “Nature Interactive Area” dan General Public Interpretation bagi kemudahan pengunjung yang gemar menghayati dan menikmati keindahan khazanah hutan yang kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna dan menikmati pelbagai aktiviti interpretasi yang berasaskan bentuk alam semulajadi.
  • Zon 4
    Keistimewaan kawasan hutan yang kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna menjaddikan kawasan ini sesuai untuk dikekalkan bagi aktiviti berbentuk pembelajaran. Ia lebih sesuai untuk aktiviti seperti Jungle TrekkingMap ReadingCompass Marching dan sebagainya secara berkumpulan atau individu. Keadaan hutannya yang masih terpelihara sesuai bagi aktiviti yang lasak dan aktiviti berteraskan pendidikan.

Dengan kedudukannya yang strategik kawasan hutan ini amatlah sesuai dijadikan kawasan rekreasi atau riadah untuk masyarakat tempatan dan juga pelancong luar, khususnya di kawasan seluas 20 hektar di kompartmen 4 yang masih berstatus Hutan Asli.

Senarai Kemudahan yang Ada di Hutan Rekreasi Sungai Udang

Pembangunan kemudahan yang disediakan di Hutan Rekreasi Sungai Udang terbahagi kepada beberapa fasa:

Fasa I

  • Membuat kerja-kerja membersih kawasan (under brushing) dan melupuskan pokok-pokok bahaya yang menjejaskan keselamatan seluas lebih kurang 5 hektar.
  • Membina laluan siar kaki & foot trail atau laluan berjoging sejauh lebih kurang 2 km.
  • Menyediakan tempat letak kereta seluas 0.7 hektar
  • Menyediakan tandas awam, kawasan pondok rehat dan surau, kemudahan sem riang.
  • Membina (2) buah jambatan kecil merentangi sungai.
  • Menyediakan tong-tong sampah kitar semula
  • Menyediakan 2 unit Food Kiosk
  • Jalan denai sejauh 1.5 km.

Fasa II

  • Menyediakan pusat pendidikan mengenai sumber Asli Hutan seperti kawasan ‘arborentum’ hutan dan menanda nama pokok dan signage lain.
  • Membina infranstrutur seperti pusat penerangan, pintu gerbang, soft landscaping, padang permainan untuk hari keluarga.
  • Membina 2 empangan di Sg. Udang untuk meningkatkan paras air (Water Level) untuk keperluan keceriaan aktiviti-aktiviti riadah air.
  • Menyediakan tapak perkhemahan dan dewan makan dari pentas membuka minda.
  • Memagar zone keselamatan tentera atau mengadakan buffer zone dengan menggunakan papan tanda (signage) dan sebagainya.

Jom Saksikan Keindahan Panorama Hutan Rekreasi Sungai Udang

Aktiviti di hutan rekreasi sungai udang Aktiviti di hutan rekreasi sungai udang Aktiviti di hutan rekreasi sungai udang

Aktiviti di hutan rekreasi sungai udang Aktiviti di hutan rekreasi sungai udang

Jom Lihat Review Pengunjung di Hutan Rekreasi Sungai Udang

Alam sekitar bersih. Sememangnya, mereka mempunyai R & R di luar pintu masuk. Lokasi yang cukup bagus dan mudah untuk merebut sarapan pagi sebelum memukul trek. Al Mashier Lani

Tempat yang bagus untuk trekking hutan yang mudah. Tidak sukar sama sekali, namun masih boleh merasakan sifat sebenar hutan dengan beberapa bukit dan bukit kecil. Dody Ismoyo

Membantu menyegarkan tubuh badan. Abdul hakam Shahbuddin

Tempat yang tenang. Best bila bersama-sama dengan keluarga dan saudara mara. Aiman Bro88

Tempat yang sesuai untuk berjogging. Lianhong Chiah

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, banyak betul tempat menarik yang ada di Melaka. Selesai sudah satu perkongsian iaitu Hutan Rekreasi Sungai Udang yang menjadi lokasi jogging dan berkelah yang sangat sesuai untuk keluarga.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Hutan Rekreasi Sungai Udang, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Hutan Rekreasi Sungai Udang.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleMuzium Kesultanan Melayu Melaka Tempat Wajib Dikungjungi
Next articleTaman Rekreasi Bukit Serindit Melaka Jadi Tumpuan Orang Ramai Beriadah
hutan-rekreasi-sungai-udangSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!