

Assalamualaikum. Satu lagi tempat pelancongan menarik di Negeri Sembilan ialah Hutan Lipur Ulu Bendul yang terletak di Daerah Kuala Pilah. Ianya merupakan kolam buatan manusia yang mana airnya datang daripada sungai batang Terachi.
Kedudukan di pinggir Hutan Simpan Angsi, namun bersebelahan jalan utama iaitu di Kilometer 20 Jalan Seremban-Kuala Pilah, 18 kilometer dari bandar Seremban, menjadikannya unik kerana boleh diakses semua jenis kenderaan. Jadi anda tidak akan ada masalah untuk sampai ke hutan lipur ini.
Hutan Lipur Ulu Bendul menjadi tarikan disebabkan mempunyai sungai yang sesuai untuk aktiviti riadah pelbagai peringkat umur, selain dilengkapi kolam mandi yang sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Pastinya satu pengalaman yang menyeronokkan akan anda lalui.
Ianya juga sangat sesuai dijadikan tempat santai bersama keluarga. Anda boleh datang berkelah dengan membawa makanan ke sini. Selain itu, sudah pasti aktiviti utama adalah untuk mandi manda sambil melihat keindahan flora dan fauna. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
COOL! MANDI MANDA DI HUTAN LIPUR ULU BENDUL KUALA PILAH
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â Hutan Lipur Ulu Bendul Kuala Pilah, Ulu Bendul, Kuala Pilah, NS 72000.
- Nombor Telefon :Â 06-481 1036
- Waktu Operasi : 7:00 a.m – 6:00 p.mÂ
- Website : Ulu Bendul
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Hutan Lipur Ulu Bendul Kuala Pilah
Aktiviti Sesuai
- Mandi manda
- Perkhemahan
- Jungle Trekking
- Berkelah
- Mendaki Gunung Angsi
Sejarah Ulu Bendul
Hutan Lipur ini dibangunkan pada tahun 1971 oleh Tuan Tulis dan dijadikan sebagai tempat ibadat. Pada tahun 1920an, tempat ini dijadikan kawasan riadah iaitu rumah rehat dan lading kuda. Hutan lipur ini terletak di KM 20 jalan Seremban – Kuala Pilah di dalam Hutan Simpan Angsi. Ia mengambil masa kira-kira 20 minit dari bandar Seremban.
Terdapat Gunung Angsi setinggi lebih kurang 825 meter dari aras laut dan ia boleh didaki dengan menyusuri Sungai Batang Terachi. Landskap semulajadi di sini menjadikannya unik untuk mandi-manda dan sesuai bagi aktiviti lasak, berkelah, berkhemah dan bersiar-siar.
Tarikan Lain
– Gunung Angsi setinggi 825 meter
– Taman Ular Sawa
– Taman Herba
Kemudahan Disediakan
- Surau
- Tandas Awam
- Parking
- Gerai Makan
- Menara Tinjau
- Taman Ular
- Chalet
- Taman Permainan kanak-kanak
- Gerai Jualan
- Kolam Mandi
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Hutan Lipur Ulu Bendul


MENARIK DI KUALA PILAH : HUTAN LIPUR ULU BENDUL
Jom Lihat Review Pengunjung di Hutan Lipur Ulu Bendul Kuala Pilah
Greenery galore. Lots of trees and with a nice river too. Also good for education as the ranger there have label most of the trees. Thomas Tja.
Bring your kids together. Its safe. Amazing experience! Papa Hebat.
Food are cheap and tasty. The main area is well taken care off. Toilets are clean but are tricky to go to. Reverb Soundscape.
Nice place to spare time with family. Mohamad Hafezal.
Great place for picnic. Foc and beautiful scenery. Amril Nizam Abd Rahmid.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.bharian.com.my dan supermengmalaya.blogspot.my kerana berkongsi maklumat dan gabar yang sangat menarik. Jika anda datang ke Kuala Pilah jangan lupa untuk singgah ke sini. Pasti pengalaman yang menyeronokkan akan anda lalui.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Hutan Lipur Ulu Bendul Kuala Pilah , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Hutan Lipur Ulu Bendul Kuala Pilah.