

Pastinya ramai pembaca tempatmenarik.my ini berasal dari Kedah. Jadi, mungkin tempat percutian kali ini tidak asing lagi buat anda semua. Oleh sebab itu, sila take note dan pastikan anda berkongsi pengalaman dengan kami kerana kali ini kami ingin ketengahkan keindahan yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman iaitu Hutan Lipur Sungai Sedim di Kulim Kedah.
Pertamanya pasti ramai yang pernah mendengar nama Hutan Lipur Sungai Sedim di Kulim Kedah dimana ianya terkenal dengan nama Tree Top Walk. Kenapa? Tree Top Walk ini mempunyai laluan kanopi sepanjang 1.5km yang mempunyai ketinggian sehingga 36 meter dari tanah. Apabila dapat berjalan di atas kanopi ini, anda akan dapat melihat pokok-pokok dari aras yang tinggi untuk memerhati pelbagai flora dan fauna yang ada di sekitar Hutan Simpan Sungai Sedim. Teruja bukan? Selain itu, ramai yang perlu tahu bahawa Hutan Lipur Sungai Sedim ialah salah satu tempat rekreasi air seperti berkayak yang sangat hebat.
Awesome dan Terbaik! Itulah Hutam Lipur Sungai Sedim Sebagai Tempat Percutian dan Rekreasi Air
- Alamat :Â Kampung Sedim Karangan, Kedah, 09000, Kulim, Kedah.
- Nombor Telefon :Â 60 4-490 1588
- Peta Lokasi :
Dapatkan Info Menarik di Hutan Lipur Sungai Sedim
Aktiviti di Hutan Lipur Sungai Sedim ini sebenarnya ada sangat banyak. Sama ada anda nak ke Tree Top Walk untuk berjalan di kanopi untuk melihat flora dan fauna atau ingin melakukan aktiviti air. Jadi kami nak share tentang beberapa aktiviti air di Hutan Lipur Sungai Sedim iaitu:
- white water rafting full
- white water rafting extreme
- water tubing
- water confident
- water crossing
- kayak flat water
- Jungle paintball
- Hill abseiling
- Wall abseiling
- Flying fox
- Teambuilding games
- Sedim explorace
- Survival course ( basic)
- Jungle trekking
- Night walk
- Orienteering
- Blind trail
- BBQ
- Picnic
- Kursus Rekreasi
- The tree top walk ( terpanjang di dunia)
- Mountain bike
- Mendaki Gunung Bintang ( 1862m / 6110 kaki) – Gunung tertinggi di Kedah.
- Jungle trekking ke waterfall
- dan lain lain
Harga Penginapan & Aktiviti
Harga untuk segala caj disini sebenarnya sangat murah. Jika ingin kesini, boleh cuba contact
- En. Adam di 0136061652 atau 0173727965.








Jom Kita Intai Panorama Indah disini










Apa Review Para Pengunjung Hutan Lipur Sungai Sedim?
Very enjoyable for a weekend break. Rejar Raezar
Memang terbaik. Tempat aku lepak & picnic 32 tahun lepas. Syukur masih terjaga. Rindu la pula. Banyak sentimental! Ingat first girlfriend. hi!. Shahbudin Shaari
Kekalkan kehijauan keaslian kejernihan dan kecantikan kampungku ini. Ya Allah?? Mohd Syukri Wafi
Tempat menarik tetapi agak jauh dan perlukan arah jalan yang lengkap. Ku Abdul Nasir
Simply the best place. Amirul Pg
Homestay & Chalets menarik. Encik Adam
Special Thanks
Akhir Kata dari Admin TM
Alhamdulillah, kami rasa mungkin setakat ini dahulu maklumat tentang Hutan Lipur Sungai Sedim yang dapat kami di tempatmenarik.my dapat kongsikan dengan pembaca. InsyaAllah jadikan website kami sebagai rujukan WAJIB anda semua jika mahu pergi bercuti atau mencari tempat menarik untuk berhibur, makan dan menenangkan fikiran.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Hutan Lipur Sungai Sedim, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Hutan Lipur Sungai Sedim.