

Assalamualaikum. Hutan Lipur Serting Ulu adalah satu daripada pelbagai tempat menarik di daerah Jempol, Negeri Sembilan yang wajar dilawati. Ia terletak di bahagian Utara kira-kira 20 kilometer dari Bahau dan kawasan ini mula dimajukan pada 1986. Ianya juga telah menjadi tempat menarik di Jempol, Negeri Sembilan.
Hutan Lipur Serting ulu atau lebih dikenali sebagai Jeram Serting Ulu sering kali menjadi tumpuan penduduk setempat untuk berkelah dan mandi-manda. Jeram Serting Ulu yang terletak di hujung Kampung Serting Ulu telah dijaga dengan baik oleh penduduknya sehinggakan kehadiran pengunjung tidak pernah putus
Perjalanan ke sini menawarkan keindahan alam semula jadi dan suasana kehidupan kampung yang penuh harmoni. Kebanyakan rumah di sini dibina berasaskan seni bina Minangkabau. Anda boleh melihat keistimewaan seni bina rumah berkenaan di Teratak Za’ba atau Zainal Abidin Ahmad.
Anda pasti akan terkejut kerana kawasan sekitarnya terlalu bersih, tanpa sampah-sarap seperti di kebanyakan kawasan rekreasi lain. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keindahan di Hutan Lipur ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
WOW! HUTAN LIPUR SERTING ULU MENGASYIKKAN
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â 72300 Simpang Pertang, Negeri Sembilan.
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Hutan Lipur Serting Ulu Jempol
Menarik di Sini
Waktu pagi adalah yang paling indah. Anda dapat menghirup kesegaran udaranya. Untuk memasuki kawasan ini, anda perlu mendaki bukit sekali gus menghirup kesegaran dan kenyamanan udara di tempat ini. Yang pasti, di sinilah tempat paling sesuai merehatkan diri dan fikiran.
Perkara yang pertama sebaik sampai di sini ialah merendamkan kaki di dalam air sungai yang sedang mengalir. Urutan batu-batu kecil dan kesejukan air yang mengalir pastinya dapat menghilangkan kepenatan sepanjang memandu sebelum tiba ke tempat ini. Ada sebuah jambatan gantung yang dibina untuk menghubungkan dua bukit di sini.
Bagi penggemar sukan lasak, Hutan Rekreasi Serting Ulu menawarkan tempat untuk berkhemah atau menjalankan aktiviti mendaki. Anda boleh meneroka terowong yang ada di sini, jika benar-benar inginkan cabaran.
Nilai Sejarah
Tempat ini juga mempunyai nilai sejarah yang tidak boleh diketepikan kerana kawasan ini pernah menjadi medan pertempuran antara pihak komunis dan Jepun.
Untuk pengetahuan anda, di belakang papan tanda Hutan Lipur Serting Ulu, ada sebuah lubang kesan daripada pengeboman askar Jepun ke atas kubu komunis berpuluh tahun lalu. Selain itu, ada sebuah terowong yang juga menjadi laluan rahsia pihak komunis untuk melarikan diri.
Kajian pihak perhutanan mendapati terowong terbabit berakhir di Jeram Tengkek, Pasir Besar. Malah, beberapa perkakasan memasak seperti periuk dan pinggan serta barang lain seperti lampu, meja, mesin jahit ditemui di dalam terowong ini. Namun, pengunjung perlu mendaki beberapa buah bukit dan gunung untuk ke terowong ini.
Kemudahan Yang Ada
Sebuah blok bangunan yang mempunyai empat kedai disediakan untuk menjual makanan dan minuman sebagai satu cara memudahkan pengunjung untuk mendapatkan bekalan air dan makanan yang diperlukan.
Kemudahan lain yang disediakan di sekitar kawasan jeram ini ialah pondok berkelah, tangga untuk pendakian, surau, tandas dan bilik persalinan.
Penginapan
Ada sebuah chalet bagi memenuhi kehendak pengunjung yang ingin bermalam di kawasan ini. Chalet yang dibina itu tidak mengganggu ekologi dan merosakkan keindahan alam semula jadi serta habitat.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Hutan Lipur Serting Jempol
Kisah Kejayaan Pi1M Kampung Serting Ulu
Kejayaan JKKK Kampung Serting Ulu dalam Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia dengan kerjasama Pi1M Kampung Serting Ulu.
Jom Lihat Review Pengunjung di Hutan Lipur Serting Ulu Jempol
Nature lovers are very welcomed here. B ARUNA.
Cool and relaxing place. The picnic area is clean early morning or before visitors come to that area. Ctmariam Bidin.
Good place to bring family and relaxing. Suhan Osman.
Very good place for recreations. Md Nizam.
Nice place. Jeevaprasad Shanmugam.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada kgsertingulu.pi1m.my dan berhulucamp.blogspot.my kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna dan membantuu admin. Suasana sekeliling yang indah, damai dan tenang pasti membuatkan anda tidak sabar-sabar menikmati suasana di kawasan itu dan melakukan aktiviti masing-masing.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Hutan Lipur Serting Ulu, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Hutan Lipur Serting Ulu.