Hutan Lipur Sekayu Tempat Menarik di Terengganu

Air Terjun Hutan Lipur Sekayu Kuala Berang Tempat Menarik di Terengganu

Assalamualaikum. Selain daripada keindahan pantai, Terengganu juga mempunyai air terjun yang menarik. Salah sebuah air terjun yang sangat terkenal di Terengganu ialah Air Terjun Sekayu. Ianya merupakan tempat menarik di Terengganu yang terletak di dalam Hutan Simpan Hulu Terengganu.

Hutan Lipur Sekayu sememangnya terkenal dengan buminya yang kaya dengan pelbagai keunikan khazanah semulajadi. Hutan Lipur ini dihiasi indah dengan aliran sungai berair terjun yang dingin dan jernih pastinya menggamit suasana damai, nyaman lagi menyegarkan. Air terjun ini mempunyai tujuh tingkat yang membuatkan ianya sangat istimewa.

Hutan semulajadinya yang berbukit dilitupi barisan hujan tropika yang menghijau, kaya dengan pelbagai spesies pokok termasuklah yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi juga terdapat di sini. Anda juga boleh mengenali pokok-pokok yang bernilai komersial dengan mudah kerana ia ditanda dengan nama serta keterangan ringkas.

Bagi yang cintakan keriangan, di sinilah tempatnya, boleh berkelah dan bergembira sambil mandi manda serta adakan sebarang aktiviti mengisi masa ceria anda di sini. Jadi. jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keindahan flora dan fauna di sini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

AWESOME! HUTAN LIPUR SEKAYU KAYA DENGAN FLORA DAN FAUNA YANG INDAH

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Hutan Lipur Sekayu, 21700 Kuala Berang, Terengganu.
  • Nombor Telefon : 09-681 1149
  • Website : waterfallsofmalaysia.com
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Hutan Lipur Sekayu

Aktiviti Sesuai

  • Mandi manda di Air Terjun
  • Junggle trekking
  • Berkhemah
  • Sambutan majlis

Kemudahan dan Infrastruktur

Di sini juga terdapat banyak infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tempat berkhemah, jalan dalam hutan (jungle tracking) dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, kemudahan dewan turut disediakan kepada pengunjung untuk membuat aktiviti di dalam dewan contohnya sambutan hari keluarga atau lain-lain aktiviti.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Hutan Lipur Sekayu

Bercuti di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, Terengganu

Hari Raya Aidil Adha ke 2 (27/10/2012) by ahmad fares

Jom Lihat Review Pengunjung di Air Terjun Sekayu

Love this place. Fifiana Fizi.

The beautiful place. Sizuka Nobita.

Best mandi sini. Kami travel dari KL ke Kuala Terengganu. Pastu datang Sekayu memang tidak menyesal. Seronok. Duduk chalet semalaman buat unggun api dan bbq. Hari berikutnya bangun pagi dan berendam dalam air lagi. Jagdish Singh.

Alami pengalaman Alam Semulajadi di sini. Air terjun yang cantik dan sejuk. Tempat wajib dilawati jika tiba di Kuala Berang. M Fahmi.

Antara air terjun tercantik di Malaysia. Pastikan keselamatan anda dan jangan disangka tempat cetek tidak dalam. Jika waktu nak hujan, pastikan anda beredar dgn kadar segera bagi mengelakkan dari terkena Kepala Air. Malang tidak berbau! Mohd Nor Muhammad.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada berbaloiditerengganukita.blogspot.my kerana berkongsi maklumat yang berguna. Hutan lipur ini sememangnya sesuai untuk kita beristirehat, tidak kira sama ada bersama keluarga ataupun sahabat handai kerana ia bukan sahaja indah malah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas demi keselesaan kita.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Hutan Lipur Sekayu, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Hutan Lipur Sekayu.

REVIEW OVERVIEW
Harga
Previous articlePantai Teluk Cempedak Tempat Menarik di Kuantan Pahang
Next articlePantai Tok Jembal Tempat Menarik di Terengganu
hutan-lipur-sekayu-tempat-menarik-di-terengganuSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!