

Padang Terap Kedah.
Hutan Lipur Puncak Janing ni terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin. Ianya terletak lebih kurang 50km dari Alor Setar melalui jalan dari Jitra ke Kuala Nerang. Ianya kaya dengan flora dan fauna dan mempunyai air terjun dan sungai yang mengalir sepanjang kawasan rekreasi tersebut.
Sungai Janing sepanjang 1.5 km mempunyai keunikan batu batannya yang sesuai untuk bermandi manda, berkelah dan berehat. Keunikan kawasan ini diserikan dengan 4 peringkat air terjun yang menarik dengan batu-batan yang terhampar serta kehijauan alam sekitar dari pohon-pohon semulajadi.
Anda boleh bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan di sini. Admin yakin tempat seperti ini sangat nyaman kerana dihiasi dengan keindahan flora dan fauna. Anda pasti dapat lari daripada kesibukan kota dan berehat dengan tenang di sini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
WOW! HUTAN LIPUR PUNCAK JANING KAYA DENGAN FLORA DAN FAUNA
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â 06300 Kuala Nerang, Kedah.
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Hutan Lipur Puncak Janing
Aktiviti Sesuai
Aktiviti yang boleh dijalankan termasuklah mandi-manda, berkelah, bersiar-siar, mendaki gunung, berkhemah dan jungle tracking.
Kemudahan Disediakan
Antara kemudahan yang disediakan ialah dewan, surau dan padang. Ada jugak denai hutan yang menghubungkan hutan lipur ni dengan hutan lipur Bukit Wang.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Hutan Lipur Puncak Janing
Jom Lihat Review Pengunjung di Hutan Lipur Puncak Janing
Amazing waterfalls, good place for family picnic. Mohd Tarmizi Musa.
Beautiful nature reserve with cascading waterfall. However, the facilities need to be repaired and upgraded. Sansit Low.
Awesome place to be view. Cevaraj Photography and Production.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada wanajee.blogspot.my dan kedforestry0.tripod.com kerana berkongsi maklumat yang sangat menarik. Datang santai dan berkelah ke sini bersama keluarga. Anda pasti akan berpuas hati.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Hutan Lipur Puncak Janing, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Hutan Lipur Puncak Janing.