Hutan Lipur Lubuk Yu Detinasi Menarik di Maran, Pahang

Hutan Lipur Lubuk Yu di Maran tempat menarik di pahang

Assalamualaikum. Pahang memang kaya dengan destinasi pelancongan yang menarik. Antara kawasan pelancongan yang semakin mendapat tempat di hati pengunjung ialah air terjun Lubuk Yu. Lubuk Yu merupakan kawasan perkelahan yang paling ideal untuk seisi keluarga dan ianaya telah menjadi tempat menarik di Maran, Pahang. 

Namanya agak unik kerana ia mungkin diambil berikutan kesan air terjun yang berbentuk huruf U. Arusnya yang tidak begitu deras menjadikan ia air terjun yang paling digemari penduduk Maran. Kawasan yang tenang dan dipenuhi flora dan fauna yang sangat menyegarkan dan indah.

Sambil bersantai dan mandi-manda, anda dapat mendengar bunyi unggas serta kicauan burung seperti pipit, punai, merbah, enggang dan serindit. Pasti suasana seperti ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin mencari ketenangan daripada kesibukan kota dan kerja.

Untuk ke Lubuk Yu, pengunjung perlu melalui jalan kebun getah sejauh dua kilometer yang dibina Majlis Daerah Maran (MDM) berhampiran Loji Felda Hulu Jempol sehingga ke kaki Gunung Berantai. Anda yang datang ke daerah Maran perlu datang ke air terjun ini. Anda pasti berpuas hati dengan panorama di sini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

WOW! MENCARI KETENANGAN DI HUTAN LIPUR LUBUK YU MARAN PAHANG

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : .
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Hutan Lipur Lubuk Yu

Aktiviti Menarik

Anda dapat merasai kesegaran air terjun di sini. Aktiviti mandi manda di sini pasti memberi satu pengalaman yang menarik. Selain mandi, anda dapat melihat keindahan flora dan fauna di sini. Sekiranya datang bersama keluarga atau rakan-rakan aktiviti berkelah atau bbq sangat sesuai di buat. Pasti seronok dan menambahkan selera makan di tempat seperti ini.

Penggemar aktiviti lasak boleh mendaki beberapa tangga semula jadi air terjun Lubuk Yu hingga ke puncak Gunung Berantai yang menjanjikan pelbagai keistimewaan fauna dan flora di kawasan berkenaan. Aktiviti lasak seperti sukan lasak flying fox, berbasikal dan pelbagai aktiviti lain berdasarkan permintaan anda.

Bersantai Di Dalam Buaian (Hammock)

Htan Lipur Lubuk Yu merupakan tempat pelancongan berasaskan tarikan alam semulajadi dengan memberi tumpuan kepada aktiviti beristirahat di dalam buaian (hammock) bertaraf dunia. Anda boleh beristirahat di dalam buai­an yang berlatarkan kehijauan hutan sambil menikmati kicauan burung dan unggas serta tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.

Tarikan aktiviti beristirahat di dalam buaian hammock yang diperkenalkan sejak 2015 melonjakkan Taman Rimba Lubuk Yu sebagai destinasi wajib dikunju­ngi setiap tahun.

Kemudahan Yang Disediakan

Lubuk Yu mempunyai pelbagai kemudahan untuk orang ramai termasuk tempat letak kenderaan, gerai, surau, kawalan keselamatan dan tandas. Jadi jangan bimbang untuk datang berkelah di sini kerana kemudahan cukup lengkap.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Hutan Lipur Lubuk Yu

 

Hutan Lipur Lubuk Yu, simpan kisah misteri

Pemandangan memukau di Hutan Lipur Lubuk Yu sememangnya sukar diperoleh di tempat lain ditambah dengan kejernihan air sungai sudah pasti memukau pandangan namund isebalik keindahan itu hutan ini tersimpan kisah misteri, lapor Skuad Maran Nor Khalilah Gusti Hasan. by Sinar TV

Jom Lihat Review Pengunjung di Hutan Lipur Lubuk Yu

Lot changes as i visit this place like 4,5 years ago. Amazing. Irfan Farzan.

High quality natural resources with river sound and forest environment. parley arteology.

Terbaik, tapi jagalah keselamatan dan kebersihan. Di Ijah.

Tempat untuk Berlibur, Mantap Air terjun Lubuk yu. Wenks 0102.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada www.utusan.com.my kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna dan mebantu admin. Datanglah ke Hutan Lipur ini bagi merasai sendiri keindahan flora dan fauna dan juga kesegaran air terjun disini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Hutan Lipur Lubuk Yu, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Hutan Lipur Lubuk Yu.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articlePendang Lake Resort Tempat Mendamaikan di Kedah
Next articleMuzium Sultan Abu Bakar Pekan Tempat Menarik di Pahang
hutan-lipur-lubuk-yu-detinasi-menarik-di-maran-pahangSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!