

Assalamualaikum. Apabila anda sampai di Muar Johor,jangan lupa untuk singgah bermalam di sebuah hotel yang sangat unik dan menarik. Hotel PPT Muar merupakan tempat penginapan menarik di Johor.Sudah pasti Hotel ini merupakan pilihan yang terbaik bagi mereka yang mementingkan keselesaan.
Hotel ini memberikan anda pengalaman bermalam di dalam kontena yang selesa dan eksklusif. Anda akan dapat melihat persekitaran di kawasan hotel ini begitu cantik dan bersih. Dengan penggunaan warna dan dekorasi yang sesuai di dalam hotel menjadikannya sangat menarik dan unik.
Anda boleh jadikan penginapan ini sebagai tempat untuk singgah bermalam atas urusan pekerjaan atau perancangan untuk bersiar-siar bersama keluarga dan rakan-rakan. Ia juga lokasi yang menjadi pilihan pasangan baru berkahwin untuk membuat photoshoot gambar perkahwinan.
Jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri keindahan dan keselesaan menginap di sini. Satu kepuasan pasti akan diperolehi di sini. Bawalah keluarga atau rakan- rakan bercuti di Muar Johor dan hadikan PPT Hotel Muar sebagai tempat penginapanm Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
AWESOME! KEUNIKAN PPT HOTEL MENARIK MINAT PELANCONG
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â Jalan Bakri, Taman Orkid, 84000 Muar, Johor.
- Nombor Telefon : 06-953 9999
- Website : PPT Hotel Muar
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di PPT Hotel
Dekorasi Hotel
Hotel ini membawa konsep yang berbeza dan unik sekali kerana berkonsepkan bilik dalam kontena. Pilihan warna-warna ceria yang digunapakai pada kontena betul-betul menyerlahkan lagi keunikan hotel ini. Konsep, ciri-ciri dan susun atur hotel ini juga sangat minimalis.
Menariknya lagi, hotel ini juga bertemakan alam yang mana silingnya bercorak lukisan langit dan awan. Jadi apabila anda berada di dalam hotel ini, anda akan merasa seolah-olah berada di waktu pagi yang indah. Sangat menyegarkan!
Penggunaan cahaya lampu seperti downlight juga memberikan suasana indah di dalam kawasan hotel tersebut. Kombinasi tumbuhan, awan dan lampu ini pastinya membangkitkan mood ceria buat sesiapa yang menginap di sini.
Jumlah Bilik
Sebanyak 41 buah bilik disediakan di sini dan setiap bilik mempunyai perinciannya yang tersendiri. Cukup cantik dan selesa! Hotel ini menyediakan 6 jenis bilik iaitu single room, standard room, deluxe room, classic room, family room dan executive room.
Jom Saksikan Keindahan Panorama Di PPT Hotel
Jom Lihat Review Pengunjung di PPT Hotel
Cozy and affordable. Will repeat again. Nor Haizi Abdul Nasir.
Comfortable and a decent hotel at a very reasonable price. Facilities are at par as the rate we paid. Can’t demand more, but it’s adequate for a business trip. Nice decorations including container room and replica of Transformers. Emir Farhan.
Nice to sleep in contena box. Ashraf A.Rahsid.
OK.Clean. Good price. Novelty container decor. Eric Lim.
Room very clean and hotel is looks new with reasonable rate. Staffs are very friendly. Free parking. Mohd Azharr Abdul Ghafar.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada says.com/my/ dan sini.com.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Ternyata penginapan di sini sangat menarik dan unik.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di PPT Hotel, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke PPT Hotel.