

Menu utama disini adalah lebih kepada ala western dan santai. Menu popular disini yang wajib dimakan ialah berasaskan meatball. Terdapat juga menu-menu western yang lain yang pasti akan membuka selera penggemar makanan ala western. Pelbagai jenis kek juga dijual di sini seperti peach cheese cake, carrot cake walnut, butterscoth dan banyak lagi.
Pengunjung perlu cuba datang dan makan di bahagian belakang cafe ini. Di belakang cafe ini kita dapat makan sambil menikmati pemandangan indah Masjid Zahir yang merupakan masjid yang sangat cantik (10 masjid tercantik dunia). Cafe ini telah dikungjungi oleh crew jalan-jalan cari makan terbitan tv3 dan juga krew news sStraits Time. Ini menunjukkan makanan disini memang sedap dan enak.
Jadi, datanglah ke Bite Cafe untuk merasai sendiri kenakan makanan ala western yang pasti membuka selera anda. Disini sangat sesuai untuk makan sambil snatai bersama rakan-rakan dan keluarga. Admin telah kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Pembaca boleh kongsikan kepada penggemar makanan ala western untuk mencuba makanan di Bite Cafe.
NIKMATI MAKANAN ALA WESTERN YANG MENARIK DI BITE CAFE
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : No. 139, Pekan Melayu, 05000 Alor Setar, Kedah.
- Nombor Telefon : 012-500 1714
- Waktu Operasi : 6:00 p.m – 12:00 a.m
- Facebook : Bite Cafe
- Peta Lokasi :
Dapatkan Info Menarik di Bite Cafe yang Awesome Ini
Menu Menarik di Cafe
- Bite Kafe menyediakan hidangan makanan western seperti chicken chop, fish & chip, grilled fish, grilled chicken, mushroom soup, garlic bread, french fried, potato wedges, swedish meatball dan kek.
- Terdapat minuman soda berperisa , coklat panas, kopi dan minuman sejuk.
Harga Makanan yang Berbaloi
Harga makanan mengikut jenis makanan yang dipesan. Harga makanan di sini juga dikatakan agak berpatutan.Jadi, bolehlah bawa rombongan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.
Dekorasi Restoran yang Santai
Dekorasi restoran bertemakan santai. Tiada ciri tradisional sebaliknya berkonsep kebaratan ala-ala di London. Bila malam, suasana di restoran agak romantik kerana cahaya lampunya agak suram sesuai untuk dinner romantik.
Terdapat hiasan barangan antik dan buku-buku lama yang boleh dibaca jika anda berasa bosan semasa lepak di kafe.
Jom Lihat Menu dan Dekorasi di Bite Cafe
Jom Lihat Review Pengunjung di Bite Cafe
First time sampai alor star .ank saudara ajak mkn kat #bite# memang terbaik dia punya meetball. As Ipoh.
Terbaikk anak-anak suka. Zurina Md Desa.
Best nachos in the world. Afifah Hanani Yusuf.
Love this place,very pleasant for my son. Enjoy the food & good services provided.? Su Ja.
Finally air conditioned. Love love love this place. Can’t wait to bring my family here ❤️ food and drinks are served not more than 10 minutes. Friendly workers. Delicious food (especially the Swedish Meatballs!) cozy and just perfect 🙂 tempat selfie pun syok haha. Davi-na Chin.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, restoran ini perlu dikungjungi bagi merasa sendiri pengalaman makan makanan ala western yang menarik dan sedap. Terima kasih kepada sini.com.my dan caridestinasi.com kerana telah memberi banyak maklumat kepada admin untuk membuat ulasan mengenai restoran ini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Bite Cafe, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Bite Cafe.