Hafiz Rojak Makanan Wajib Dicuba Di Langkawi

hafiz rojakAssalamualaikum. Pada kali ini admin ingin kongsikan satu lagi tempat makan menarik di Langkawi. Tempat makan kali ini sedikit pelik kerana tidak mempunyai restoran yang tetap. Kedai ini menggunakan van sahaja untuk mengangkut barang dan makanan. Namun yang demikian rasa makanan disini sangat luar biasa.

Bagi anda yang ingin makan santai di tepi pantai boleh mencari Hafiz Rojak. Hafiz Rojak ini biasanya berada di Pantai Kuah dan Pantai Kok. Walaupun tiada restoran tetapi Hafiz Rojak ini telah menjadi pilihan Jalan-jalan Cari Makan TV3. Hebat penangan makanan oleh Hafiz Rojak.

Pelbagai makanan santai disediakan seperti rojak buah, laksa, pasembur, nasi lemak bungkus,cendol dan mee rebus. Keenakkan dan kesedapan makanan disini memang tidak dapat digambarkan. Anda perlu datang dan cuba sendiri bagi mengetahui kebenaran mengenai makanan di Hafiz Rojak yang menjadi destinasi makan wajib di Pulau Langkawi.

Hafiz Rojak ini juga telah banyak memenangi pertandingan memasak. Ini membuktikan bahawa beliau memang mahir memasak dan makanan yang disediakan sedap. Pengunjung tidak perlu ragu untuk mencuba makan di sini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini kepada pembaca.

HAFIZ ROJAK TEMPAT MAKAN SANTAI TARIKAN PELANCONG

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Pantai Kok, Kampung Kok, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 12-489 2334
  • Waktu Operasi : 2:00 p.m hingga 7:30 p.m
  • Facebook : Hafiz Rojak/ Facebook
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Hafiz Rojak Langkawi

Menu Popular

Hafiz Rojak menyediakan menu santai seperti rojak buah, laksa, pasembur, nasi lemak bungkus,cendol dan mee rebus.

Harga Makanan

Harga makanan disini sangat murah dan berbaloi. Mee rebus dan laksa hanya RM 3.50

Keistimewaan Kedai

Tidak beroperasi di restoran tetapi hanya menggunakan lori untuk mengangkut barang dan makanan. Berada di tepi pantai menimbulkan suasana aman dan damai.

Jom Lihat Menu di Hafiz Rojak Langkawi

Jom Lihat Review Pengunjung di Hafiz Rojak

Great place, stall exactly at seaside. Eating with sea breeze. Mee Rebus very nice. law penglong.

Foodtruck by seaside, this is why you can enjoy the scenic view while savouring some local Mee Rebus / Rojak/ Laksa. I like the Mee Rebus in particular. Yenlin Seow.

Beautiful on the beach lunch/snack spot. Chendol for $2 ringgit. Tiffany Nguyen.

Interesting experience – a little food truck by the beach. Feels very local, and you can enjoy the natural breeze. Josi Chiang.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada onniesham.blogspot dan isaactan.net kerana telah berkongsi maklumat dan gambar yang sangat berguna. Banyak maklumat dan gambar yang melengkapkan lagi ulasan mengenai Hafiz Rojak.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Hafiz Rojak. , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Hafiz Rojak.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleBeras Terbakar Tinggalan Sejarah Di Pulau Langkawi
Next articleTasik Dayang Bunting Tempat Menarik di Pulau Langkawi
hafiz-rojak-makanan-wajib-dicuba-di-langkawiSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!