

Assalamualaikum. Banyak tempat-tempat menarik di Negeri Sembilan. Salah satu daerah di Negeri Sembilan ialah Tampin. Di Tampin terdapat banyak tempat yang anda boleh lawati. Salah satunya ialah Gunung Tampin. Ianya merupakan tempat menarik di Tampin, Negeri Sembilan.Â
Ianya merupakan pengakhiran kepada Banjaran Titiwangsa (dari segi geografi). Beberapa kolam telah didirikan diatas gunung ini bagi membolehkan para pengunjung menikmati kejernihan air yang masih terpelihara ini. Walaubagaimana pun, kolam-kolam ini akan dinaiktaraf tidak lama lagi bagi memberikan keselesaan dan kepuasan serta imej yang lebih baik dengan konsep yang lebih moden.
Laluan sedia ada ke puncak gunung dengan jarak kira-kira 5 km ini juga sering dijadikan trek berjogging dan beriadah oleh orang ramai pada sebelah petang dan cuti hujung minggu. Jadi anda boleh datang ke sini untuk beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan.
Jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini bagi menikmati keindahan flora dan fauna yang pasti akan memukau pandangan anda. Bagi yang suka kepada aktiviti lasak disini merupakan tempat yang terbaik. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
WOW! KEINDAHAN FLORA DAN FAUNA DI GUNUNG TAMPIN MEMUKAU
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat, Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban, Persiaran S2A2 Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
- Nombor Telefon :Â 06-6014000Â
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Gunung Tampin
Aktiviti Menarik
- Joging
- Berkelah
- Mendaki Trans-Naning (Gunung Tampin-Gunung Datuk)
- Mendaki Gunung Tampin Utara
- Mendaki Gunung Tampin Selatan
- Mendaki Gunung Tampin –Gua Batu Maloi
Kemudahan
- Kolam mandi
- Tapak perkhemahan
- Wakaf
- Tempat letak kenderaan
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Gunung Tampin
Menarik Di Tampin Edisi Gunung Tampin
Video Menarik Di Tampin kali ini menceritakan tentang Gunung Tampin serta apa yang terdapat disekitar kawasan itu.
Jom Lihat Review Pengunjung di Gunung Tampin
Good walk. No restroom facilities beyond half way. Public swimming hole is usually occupied. Runners, walkers, bikers trek to the top every morning. It’s free. And 9/10th of the way up there is a hidden path to the right that leads to a long and beautiful and leach infested trail. Have seen about 40 species of birds on this trail and three species of primates. Eugene W Prewitt.
Walked up to the cell tower. So tiring but better than a treadmill. Larry Sendow.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada forestry.ns.gov.my dan asoipunyacerita.blogspot.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Admin sangan sarankan anda datang beriadah ke gunung ini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Gunung Tampin, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Gunung Tampin.