Gunung Rinjani Tarikan Pelancong di Indonesia

156

Gunung Rinjani di Indonesia

Assalamualaikum. Indonesia memang kaya dengan keindahan alamnya. Gunung, laut, sawah, merupakan antara tarikan pelancong untuk datang ke Indonesia. Salah satu pesona alam Indonesia adalah Gunung Rinjani. Admin masukkan gunung ini ke dalam  tempat menarik di Indonesia. 

Gunung Rinjani adalah gunung yang berlokasi di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat. Gunung yang merupakan gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia telah menjadi tarikan pelancong untuk datang ke tempat ini. Keindahan gunung ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Setiap masa panorama di sini sangat cantik terutamanya pada waktu malam di mana anda akan dapat melihat taburan bintang di langit.

Bagi yang meminati untuk mendaki gunung, ini adalah tempat yang sesuai kerana gunung ini menjadi tumpuan para pendaki. Selain daripada mendaki anda akan menikmati keindahan semulajadi gunung ini. Anda perlu mendaki untuk melihat keindahan sebenar panorama di Gunung Rinjani.Sala satu tarikan disini adalah tasik Segara Anak. Anda perl mendaki gunung ini selama 8 jam untuk sampai ke tasik yang sangat indah ini.

Anda perlu mencuba untuk mendaki gunung ini sekiranya anda seorang peminat mendaki gunung. Kepenatan mendaki gunung ini akan hilang dengan keindahan panorama disini. Admin pasti anda tidak akan menyesal dan berpuas hati. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWESOME! PANORAMA GUNUNG RINJANI SANGAT CANTIK DAN MENARIK

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Gunung Rinjani Sembalun Lawang Sembalun East Lombok Regency, West Nusa Tenggara Indonesia.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Gunung Rinjani

Aktiviti Sesuai

Anda dapat mendaki gunung ini sambil menikmati keindahan panorama yang sangat cantik. Di gunung ini terdapat sebuah tasik iaitu tasik Segara Anak. Disini anda dapat melakukan beberapa aktiviti seperti berkemah, berendam di air belerang yang hangat, dan juga memancing ikan.

Anda juga dapat menikmati keindahan matahari terbit dan terbenam. Di malam hari anda dapat melihat bintang-bintang di langit yang memberikan pemandangan yang sangat indah.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Gunung Rinjani

Jom Lihat Review Pengunjung di Gunung Rinjani

One of the most challenging treks you will do. Training is definitely required if you want to enjoy the few days up there. Recommended to take the 4D3N trip. Do not be misled by the short time, coz it is the intensity and steepness of the trek that will tax you. But the view up at the summit is well worth it. Christopher Lee.

One of the most picturesque mountain scenery in Indonesia. Tough and long hike, but my five days trekking was fully rewarded by the hot spring in the lake, thousand of beautiful memories stored safely on my compact flash, spending one peaceful night at the edge of the lake and summit the Rinjani peak. Martin Hardiono.

Beautiful mountain, every day of the hike was a different view and atmosphere. Adi Trekker, gave some top notch services. Glad to have done this 2 night 3 days Hike. Joel Tan.

Very hard and exhausting climb, especially the second day when reaching the summit. The trail to the top is very narrow and slippery, be prepared. You will be rewarded with amazing view and an unforgettable experience. Carlo Donzelli.

I loved this mountain. Beautiful views! I just happened to book with a bad company-Indonesia Tropic Holidays. Make sure you check for a good company, I hear Green Rinjani is good. Emily Riesenweber.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.wisatadilombok.com dan id.wikipedia.org kerana telah memberi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat berguna dan ternyata Gunung Rinjani sangat cantik dan menarik.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Gunung Rinjani, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Gunung Rinjani.

Facebook Comments