"Port Rahsia" Instafamous dan Pelancong Seluruh Negeri

Terengganu Selangor Sarawak Sabah Putrajaya Pulau Pinang Perlis Perak Negeri Sembilan Melaka Kuala Lumpur Kelantan Kedah Pahang Johor

Gunung Raya Langkawi Menjanjikan Pemandangan Indah

1375

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

GUnung Raya LangkawiAssalamualaikum. Jika anda suka meredah hutan dan melihat flora dan fauna di Langkawi, admin cadangkan anda datang ke Gunung Raya. Gunung Raya juga salah satu tempat menarik di Langkawi. Gunung Raya merupakan gunung tertinggi di Langkawi dengan ketinggian 881 meter dari aras laut. Gunung ini dilindungi dengan hutan hujan yang tebal dan penuh dengan flora & fauna yang menakjubkan.

Trek pendakian gunung Raya bermula di Hutan Lipur Lubuk Semilang dan merupakan tempat tumpuan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga pada hujung minggu. Terdapat kemudahan bilik air, surau dan resort yang telah dibina di hutan lipur ini. Terdapat aliran air terjun di kawasan tersebut. Trek pendakian gunung ini ialah melalui anak tangga yang telah dibina oleh pejabat hutan Daerah Langkawi dan akan melalui dikawasan tengah gunung.

Pendaki akan dapat menikmati panorama alam semulajadi yang masih terpelihara dengan baik. Bermula dari tangga pertama, pendaki akan mendaki sebanyak 4,287 anak tangga untuk sampai ke puncak Gunung Raya dengan jangkaan masa selama 2 jam 15 minit, sejauh 3.1 km. Jika anda tidak mampu untuk trekking anda juga boleh membawa kenderaan sampai ke puncak Gunung Raya.

Di puncak gunung ini terdapat resort, menara tinjau dan jika cuaca yang elok kita akan dapat melihat keseluruhan pulau Langkawi dari sini. Luaskan pandangan anda di Gunung Raya ini. Pasti anda akan teruja dengan keindahan flora dan fauna. Disini admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

LIHATLAH KEINDAHAN FLORA DAN FAUNA DENGAN MENDAKI GUNUNG RAYA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat :Gunung Raya, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Gunung Raya Langkawi

Aktiviti Sesuai

Disini anda boleh mendaki gunung menggunakan anak tangga yang telah disediakan. Dalam perjalanan anda ke puncak, anda boleh melihat hidupan liar kerana Gunung Raya adalah habitat semulajadi yang mempunyai banyak spesis haiwan liar. Antara yang paling susah dilihat ialah Helang Laut Perut Putih yang selalu kelihatan berterbangan tinggi mengelilingi puncak gunung itu

Macam mana, menarik bukan?

Harga dan Kos Terlibat

Anda akan dikenakan bayaran tiket masuk RM10.00

Sekiranya ada tidak mampu untuk trekking anda boleh mebawa kenderaan sendiri untuk mendaki gunung. Bayaran yang dikenakan sebanyak 50 sen sahaja. Selain itu, banyak kereta sewa dan teksi yang sedia menawarkan perkhidmatan mereka untuk membawa anda ke puncak. Harga teksi biasanya RM60 untuk perjalanan satu hala dari Pantai Cenang atau Pekan Kuah.

Penginapan Yang Ada

Diatas puncak Gunung Raya ada sebuah resort iaitu D’Coconut Hill Resort.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Gunung Raya Langkawi

Info Apa Yang Anda Perlukan?

Jom Lihat Review Pengunjung di Gunung Raya

Very nice place for famly outing. Bonding time with my daughter. it not hot place.. it good weater here. I like it. babyainn992.

Definitely some great views to be had up here. Make sure the weather is good before heading up. Lots to see. haqq-aldeen.

Another spot for tourists to view Langkawi Island from the tower that located at the top of Gunung Raya. This is an awesome experience for me with around 20 to 25 minutes drive from Ulu Melaka. AnisAishah.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada kembara-alam-aadk.blogspot.my, www.maisinggah.com dan wearefromlatvia.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat berguna dan membantu.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Gunung Raya Langkawi, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Gunung Raya Langkawi.

Facebook Comments