Gunung Ledang Tarikan Pelancong ke Tangkak Johor

Gunung Ledang di JohorAssalamualaikum. Anda pencipta alam sekitar? Suka mendaki Gunung? Jangan lepaskan peluang untuk datang ke sebuah tempat menjadi bualan orang ramai dan juga pelancong asing iaitu Gunung Ledang atau dikenali juga Mount Ophir. Ianya merupakan tempat menarik di Tangkak Johor. Dengan ketinggian 1,276 meter, Ianya merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia.

Hanya 30 km jauhnya daripada Muar dan hampir dengan jalan besar, tempat ini sering dikunjungi bukan sahaja kerana gunungnya, akan tetapi kerana kawasan perkelahan air terjunnya. Jangan terkejut kerana jumlah pengunjung sehari pada waktu cuti boleh mencecah 5,000 orang. Ini membuktikan bahawa gunung ini mempunyai keistimewaan sendiri yang perlu diterokai.

Bukan sahaja boleh mendaki gunung, orang ramai yang datang ke mari boleh segarkan badan dengan mandi-manda di air terjun berhampiran gunung ini. Apabila datang ke sini anda boleh mencari ketenangan dan kedamaian serta dapat lari daripada kesibukan kota. Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini.

Bagi yang merancang untuk  mencabar diri mendaki gunung boleh mencuba mendaki Gunung Ledang. Pengalaman mendaki gunung disini akan menjadi satu kenangan yang terindah. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

AWESOME! TEROKAI FLORA DAN FAUNA DI GUNUNG LEDANG

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Segamat, 84020 Sagil, Tangkak, Johor.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Gunung Ledang

Mendaki Gunung

Anda sebenarnya boleh mendaki gunung ini dan pulang semula ke kaki gunung tanpa perlu bermalam di sini. Ini kerana jarak perjalanan anda ialah kira-kira 5-6 jam. Pendakian walau bagaimanapun perlu bersama guide Taman Negara.

Waktu paling lewat mendaki bermula pada pukul 8 pagi. Jika anda tidak mahu naik sehingga ke atas, anda boleh mendaki sehingga ke Air Terjun Puteri yang mengambil masa kira-kira 30 minit pendakian.

Mandi-Manda di Air Terjun

Bagi mereka yang meminati mandi air terjun dan suka melihat keindaan alam semulajadi, Jangan lepaskan peluang untuk ke sini. Antara aktiviti menarik yang bole dilakukan di sekitar air terjun ialah:

  1. Perkhemahan
  2. Jungle Trekking
  3. Lokasi Kem Motivasi
  4. Mandi manda

Disekitar air terjun ini terdapat kemudahan seperti tandas, bilik persalinan dan surau.

Harga Tiket Berkaitan

Mendaki gunung

  • Warganegara : RM 16 (RM 140 Harga Guide)
  • Bukan Warganegara : RM 26 (RM 140 Harga Guide)

Mandi Air Terjun

  • Dewasa : RM 1.00
  • Kanak-kanak : RM 0.50
  • Parking Kereta: RM 2.00

Penginapan Berdekatan

Gunung Ledang Resort

Suasana damai alam semula jadi berlatarbelakangkan Gunung Ledang menjadikan Gunung Ledang Resort di Tangkak, Johor antara lokasi pilihan pencinta alam dan mereka yang mencari ketenangan.

Mempunyai lima blok bangunan di kawasan seluas lapan hektar di kaki Gunung Ledang, resort itu menawarkan 60 bilik dengan 20 daripadanya adalah jenis standard untuk dua orang dengan kadar RM150 sehari, dan selebihnya jenis deluxe untuk empat orang (RM250) termasuk sarapan.

Jom Saksikan Keindahan di Gunung Ledang

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.jomjalan.com dan www.percutianbudget.com kerana telah berkongsi maklumat. Datanglah ke sini untuk menikmati sendiri keindahan flora dan fauna dan merasai sendiri cabaran mendaki Gunung Ledang.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Gunung Ledang, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Gunung Ledang.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleDataran Segamat Tempat Menarik di Segamat Johor
Next articleTaman Tanjung Emas Tempat Menarik di Muar Johor
gunung-ledang-tarikan-pelancong-ke-tangkak-johorSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!