Gunung Bromo Tarikan Pelancong Ke Indonesia

236

Gunung Bromo

Assalamualaikum. Gunung Bromo adalah salah satu gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. Gunung ini terletak di Jawa Timur. Sebagai gunung berapi yang masih aktif telah menjadikan tempat ini sangat popular dan sering dikungjungi pelancong tempatan mahupun pelancong luar. Gunung ini admin masukkan ke dalam tempat menarik di Indonesia.

Ketinggian gunung ini ialah 2.392 meter  atas permukaan laut. Panorama di gunung ini sangat luar biasa dan memukau sesiapa sahaja yang berkungjung ke sini. Gunung Bromo memang tidak besar jika dibandingkan dengan gunung lain di Indonesia tetapi pemandangan di sini sangat menakjubkan membuatkan tempat ini menjadi popular.

Di puncak gunung anda dapat melihat keindahan matahari terbit. Pemandangan ini pasti akan menjadi kenangan yang terindah kepada anda. Perjalanan perlu dimulakan pada waktu awal pagi iaitu sekitar jam 3.00 pagi bagi memastikan anda tidak terlepas melihat suasana dan pemandangan yang sangat cantik ketika matahari terbit.

Di sekitar gunung ini juga terdapat ladang strawberi. Anda boleh memetik buah strawberi dan makan. Pengalaman ini juga pasti berbeza di ladang strawberi yang lain kerana buah ini di tanam di gunung. Jadi rancanglah percutian anda untuk melawati Gunung Bromo. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWESOME!PEMANDANGAN YANG SANGAT CANTIK DI GUNUNG BROMO INDONESIA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Mt Bromo, Podokoyo Tosari Pasuruan, East Java Indonesia.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Gunung Bromo

Aktiviti dan Tempat Menarik di Gunung Bromo

Anda boleh melihat keindahan panorama gunung yang sangat cantik. Aktiviti paling popular disini ialah melihat matahari terbit di puncak gunung. Banyak point yang memberi pandangan yang sangat cantik untuk melihat keindahan matahari terbit.

Disini juga terdapat air terjun yang sangat cantik. Anda perlu berjalan sejauh 2 kilometer untuk sampai ke destinasi.

Selain itu, terdapat padang pasir berbisik yang sangat unik. Ianya merupakan hamparan pasir hitam yang luas dan indah.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Gunung Bromo

 

Jom Lihat Review Pengunjung di Gunung Bromo

A stunning place like a moonscape. The growing tourism industry here should provide for infrastructure improvements in coming years! Andy McMullin.

A great place to visit and hike. The views are amazing. It might be a bit crowded on weekends, so if possible come during weekdays! Yann Penduff.

Bromo is one of the most beautiful dan dramatic volcano scenery I’d ever seen.Tazran Tanmizi.

I was there on August, 5th 2017. The weather was very good even it was very cold as well but the sky was full of stars and i got the most perfect sunrise! Alhamdulillah. Last but not least, spent only IDR150k for this trip. Kanita Melarillis Cita.

Beautiful place to. Can’t forget during ride on the dessert up on the mountain with classic Landcruiser. Tan Sudono.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.yoshiwafa.com dan tempatwisataseru.com kerana memberi maklumat dan gambar menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat berguna dan membantu.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Gunung Bromo, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Gunung Bromo.

Facebook Comments
REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleDusun Bambu Tempat Menarik Dilawati di Bandung
Next articleDanau Toba Tempat Menarik di Indonesia