Gua Tempurung Tempat Menarik di Perak

Gua Tempurung Tempat Menarik di Gopeng Perak

Assalamualaikum. Perak adalah negeri yang amat terkenal dengan tempat menarik yang belum diterokai. Banyak tempat-tempat tersebut dipelihara dan dipulihara oleh kerajaan negeri. Kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga dengan perkara tersebut. perak mempunya pulau yang cantik, pantai yang megah, tanah tinggi yang nyaman dan tidak terkecuali gua yang hebat. Admin ingin bercerita tetang gua tempurung, salah satu tempat menarik di Perak.

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak, Malaysia. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Ia merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi. Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.

Tambahan, memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan. Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.

Gua Tempurung, boleh dikunjungi menggunakan Lebuh raya Utara Selatan ataupun jalan Persekutuan. Jika anda menggunakan PLUS, masuk ke susur keluar Plaza Tol Gopeng, belok ke kiri dan teruskan memandu sejauh 2 km sehingga menemui laluan ke Gua Tempurung di sebelah kiri. Laluan khas ini dibina bagi membolehkan kenderaan yang lebih besar besar seperti bas sampai ke gua tersebut. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

COOL! GUA TEMPURUNG MEMPUNYAI 5 KUBAH DENGAN SETIAP SATU KUBAH, MEMPUNYAI SUHU YANG BERBEZA 

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak.
  • Nombor Telefon : 012-529 2426
  • Waktu Operasi : GuaTempurung.com
  • Facebook : Gua Tempurung Extreme (konsultan)
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Gua Tempurung

Dry Tour 1: Golden Flowstone

Lawatan ini akan bawa anda kira-kira 20 minit untuk sampai ke platform 3 yang dikenali sebagai Golden Flowstone. Anda akan melihat batu kapur yang bewarna emas di platform ini. Jumlah tempoh lawatan ini akan mengambil masa kira-kira 40 minit.

Bayaran masuk:

Dewasa – RM8.00
Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun – RM4.00
Warga Emas 60 tahun ke atas – RM4.00

Waktu Pelancongan: 9:00 pagi hingga 4:00 petang setiap hari.

Dry Tour 2: Top of The World

Pakej pelancongan ini memerlukan sekurang-kurangnya 5 orang dewasa yang membawa anda 50 minit untuk sampai ke platform 5 yang dikenali sebagai Top of The World. Ia diberi nama tersebut kerana lokasi ini adalah yang tertinggi di seluruh gua. Jumlah tempoh lawatan ini adalah 1 jam dan 45 minit.

Bayaran masuk:

Dewasa – RM12.00
Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun – RM6.00
Warga Emas 60 tahun ke atas – RM6.00

Masa Lawatan: 9:00 pagi hingga 3:00 petang setiap hari.

Wet Tour 3: Top Of The World and Short River Adventure

Pakej pelancongan ini memerlukan sekurang-kurangnya 8 orang dewasa jarak perjalanan sekitar 2.4km. Anda akan melalui Golden Flowstone dan Top Of The World. Seterusnya, akan dibawa ke pintu masuk dengan menggunakan sungai bawah tanah. Sudah pastinya anda akan basah apabila anda berjalan di sepanjang sungai yang sejuk dan jernih. Jumlah masa yang diperlukan untuk keseluruhan lawatan adalah 2 jam dan 30 minit.

Bayaran masuk:

Dewasa – RM15.00
Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun – RM7.50
Warga Emas 60 tahun ke atas – RM7.50

Masa Lawatan: 9:00 pagi hingga 12:00 petang setiap hari.

Wet Tour 4: Grand Tour

Lawatan ini adalah lawatan yang paling mencabar dengan tempoh masa 3 jam dan 30 minit. Anda akan menempuhi jarak 3.8 km dari permulaan pintu masuk hingga ke sungai bawah tanah. Lawatan anda akan merangkumi semua tiga lawatan yang di atas serta pergi ke arah timur gua dan kembali melalui sungai bawah tanah.

Bayaran masuk:

Dewasa – RM30.00
Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun – RM15.00
Warga Emas 60 tahun ke atas – RM15.00

Masa Lawatan: 9:00 pagi hingga 11:00 pagi setiap hari.

Jom Saksikan Keindahan Panorama Gua Tempurung

Gua Tempurung

Gua Tempurung

Gua Tempurung

Gua Tempurung

Gua Tempurung

Jom Lihat Review Pengunjung di Gua Tempurung

The oldest and biggest cave in Asia, thats what they said. When you enter into it you will feel they did not exaggerate it. I never imagined a cave can be this big. The roof is 120 meter high. The trail we followed was 4 km long. The cave is full of stalagmite and stalactite. And the pillars are huge. We found sand stone, lime stone, marble stone and so many others. Please do not miss it if you get a chance to visit. But be fully prepared. You will need headlamp, show which you can wear in water, get a full pant. Helmet will be provided there itself. You can find headlamp and rubber show available in rent. Dyutiman 

Nice place. A bit scare but nice and beautiful place. Can choose many type of adventure. Good place to relax from busier city and have peaceful moment with mother nature. Hafiz Islam

My first caving experience that involved getting wet. The view in there are amazing. The stalactites and stalagmites are beautiful. We went for the wet tour. We had to slide down the cave, go through small hole one by one and crawled under the stalactites on the water. The experience were amazing. Recommend to wear long or 3/4 pants as you need to do some sliding and crawling on rocky surface. All in all, you have to try it! Honey Hong

If you’re in Malaysia, you gotta visit this cave and do the level 4 tour (wet 3.5 hour tour) IT IS WORTH IT. That cave is so huge, very fun tour. You will get wet and muddy. So no phones or wallets (unless in waterproof cover) but you don’t need them there. You would be climbing, and sliding down, getting in the water, getting completely wet. But it is so worth it. Showers available afterwards. A definite must for Malaysia. Dmitriy

We did dry tour #2 to explore to platform 5 in the cave. Quite an easy walk for us with a 9 year old. It is quite humid inside the cave, so expect some sweat but the walk is not tough. There are lots of cave temples in Ipoh, so Gua Tempurung provides a different experience of exploring natural cave. Well done on lighting inside the cave. Siti Farhanna

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada malaysiavacationguide.com dan nashata.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata Gua Tempurung merupakan satu tempat pelancongan yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati. 

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Gua Tempurung, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Gua Tempurung.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Lokasi
Harga
Previous articlePantai Cherating Tempat Menarik Di Kuantan Pahang
Next articleZoo Taiping Tempat Menarik di Perak
gua-tempurung-tempat-menarik-di-perakSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!