

Assalamualaikum. Gold Coast Morib merupakan resort bertaraf Antarabangsa dan juga merupakan tempat penginapan menarik di Selangor. Percutian di sini merupakan satu aktiviti yang sangat ideal untuk para ibu bapa meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Resort ini terletak di tepi pantai dan tarikan utama disini ialah taman tema air yang mempnyai kolam-kolam dan gelongsor.
Resort yang siap dibina sekitar 2011 ini mempunyai 400 buah bilik penginapan yang terdiri daripada jenis studio yang berkatil 1 atau 2, apartmen berbilik dan juga penhouse. Harga bilik disini berbeza mengikut jenis dan masa percutian. Kebiasaanya musim cuti sekolah dan hujung minggu lebih mahal.
Jika anda bercuti bersama keluarga yang kecil pilihan bilik yang bijak ialah jenis studio. Biliknya luas, ada jakuzzi dan beranda yang menghadap taman tema air. Pengunjung juga boleh memilih bilik menghadap pantai jika mahu melihat suasana matahari terbenam.
Datanglah ke resort ini untuk bercuti bersama keluarga. Sudah pasti anda akan berpuas hati dengan keindahan dan kemudahan yang disediakan. Paling menyeronokkan banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga di sini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat!
AWESOME! GOLD COAST MORIB BERTARAF ANTARABANGSA
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : PT. 294, Kawasan Kanchong Laut, Mukim Morib, 42700 Banting, Selangor, Malaysia.
- Nombor Telefon :Â +60 3-3850 8028
- Website: http://gcr.com.my/morib/
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Gold Coast Morib
Aktiviti Utama Dilakukan
Taman Tema Air
Menginap disini kalau tidak masuk ke taman tema air memang satu kerugian yang sangat besar. Taman tema ini dibuka setiap hari dari 9:00 pagi sehingga 7:00 petang. Jika anda menginap di Gold Coast, kebiasaanya disertakan dengan tiket taman tema air.
- Pakej Stdio – Percuma 2 tiket taman tema air
- Pakej Apartment 2 Bilik – Percuma 4 tiket taman tema air
- Pakej Apartment 3 Bilik –Â Percuma 5 tiket taman tema air
Harga tiket taman tema air ini adalah seperti di bawah:
- RM25 – Dewasa
- RM15 – Kanak-kanak (2 -11 tahun)
Disediakan peralatan madi seperti pelampungdan perahu kayuh mini bagi meningkatkan lagi keseronokkan anak-anak untuk bermain air.
Aktiviti Lain
- Flying Fox
- Kayak di Laut
- High rope (berjalan di atas tali dari pokok ke pokok)
- Kereta mini kecik untuk disewa khas untuk kanak-kanak
Special Request
Anda boleh meminta untuk pihak resort deko bilik anda mengikut kemahuan atau majlis yang mahu disambut seperti bulan madu, ulang tahun perkahwinan, uulang tahun kelahiran dan sebagainya.
Tempat Makan Berhampiran Yang Sedap
Makan malam di Pantai Bagan Lalang yang sangat popular dengan restoran-restoran atau medan ikan bakar yang menyediakan pelbagai jenis masakan laut yang sedap-sedap.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Gold Coast Morib
Gold Coast Morib International Resort Water Theme Park
Jom Lihat Review Pengunjung di Gold Coast Morib
The first room we get was not cleaned up yet. total mess. but their immediate action change our room was quick. and the room we get was nice. facing waterpark. nice place for family. for loner traveller, nothing much. its good for release some work-burden though. Hamizah Adam.
Love the theme park.Well my kids really enjoy it. I just love the private jacuzzi .Watching sunset from our balcony. sirgym wayne.
If you are looking place to peace ur mind, this is the place to go with your family. sara munisamy.
A nice resort for short stay or to organise any event. 15 minutes drive to Tanjung Sepat for good cheap seafood. SQ MY.
Great service and exciting activities to do with friends. Amirul Amri.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.caridestinasi.com, www.propertyguru.com.my dan www.expedia.com.my kerana telah berkongsi maklumat mengenai tempat ini. Selain itu, terdapat banyak gambar-gambar yang menarik telah diambil daripada laman-laman web ini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Gold Coast Morib, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Gold Coast Morib.