GM Klang Syurga Membeli Belah di Selangor

16587

gm-klang-selangor

Assalamualaikum. Apabila anda sampai di Klang, tempat yang wajiib anda singgah ialah GM Klang. Di sini sangat sesuai bagi kaki membeli belah. Pelbagai jenis barang yang terdapat di sini dan harga juga berpatutan. Ianya telah menjadi tempat menarik di Klang, Selangor dan menjadi bualan orang ramai.

GM Klang ini menjual barang-barang borong. Jika anda beli banyak dan secara borong akan dapat harga murah. Tempat ini sangat sesuai untuk keluarga yang ramai anak untuk membeli baju seperti baju melayu, baju kurung, tudung, jubah memang murah di sini. Macam-macam barang terdapat di sini seperti pakaian, telefon, barang elektronik, cadar, langsir, makanan, permainan, barang kemas silver dan macam-macam lagi.

Admin rasa anda tidak perlu pergi membeli-belah ke banyak tempat kerana di GM Klang semuanya ada. Anda pasti penat untuk berjalan di semua kedai yang ada di sini. Lebih menyenangkan setiap tingkat sudah dikhaskan dengan barang-barang tertentu. Jadi, anda boleh terus pergi ke tingkat barang yang anda kehendaki.

Bagi kaki membeli belah jangan lupa untuk singgah ke GM Klang. Admin yakin anda akan berpuas hati dengan barang dan harga di sini. Bawalah satu keluarga untuk membeli belah disini. Tempat ini juga menjadi tempat para peniaga mengambil barang secara borong. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

WOW! DAPATKAN BARANG DI GM KLANG YANG MENAWARKAN HARGA YANG SANGAT MURAH

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanic Capital, 41200 Klang, Selangor.
  • Nombor Telefon : 03-3325 1788
  • Waktu Operasi : 10:00 a.m – 7:00 p.m
  • Website :GM Klang Selangor
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di GM Klang

Aktiviti Sesuai

Aktiviti utama disini sudah pasti untuk membeli belah. Ramai yang datang disini untuk mencari barang-barang keperluan. Semua barang terdapat disini. Bagi anda yang mahu membeli barang secara borong tempat ini sangat sesuai.

Blok Yang Ada

Blok A mempunyai 5 Tingkat kedai borong yang menampung lebih daripada 1,000 pemborong. Setiap peringkat dibahagikan mengikut kategori produk.

Block B, yang dibuka pada bulan November 2016, ditetapkan sebagai pusat fesyen untuk Bandar Raya Borong GM Klang. Dengan menggabungkan semua produk fesyen di bawah satu bumbung, Block B menyediakan platform yang sempurna untuk pemborong yang mengkhususkan diri dalam fesyen untuk mempamerkan produk inovatif dan bergaya mereka.

Blok C adalah tempat untuk mereka yang mencari keperluan rumah, perkakasan atau peralatan perkahwinan. Blok C mengkhususkan produk seperti bekalan perkahwinan, hiasan rumah, langsir, permaidani, perkahwinan dan perkakasan.

Kemudahan yang ada

  • Restoran
  • Mesin ATM
  • Tandas
  • Kemudahan Pos Barang
  • Money Changers
  • Tempat Parking

 

Jom Saksikan Keindahan Panorama di GM Klang

Jom Lihat Review Pengunjung di GM Klang

 

Plenty of muslimah adults n kids clothings. Variety of replica wear. Can bargain on some shops. Should visit. Soul Kain.

Great place to find all sorts of things at a really great price! Different from other malls. Y Lim.

Good place to shop if you are planning to buy in bulk. Wide range of gift and household items available. There is a toy store selling die cast scale model China Brand. Most of the goods sold here comes from China. For the ladies, they can shop fashion jewelleries, beads, tudung, wedding door gift here. Usually busy during weekends and school holidays. Easy parking at their multi story car park and wide choice of food available at the food court. ATM machine are available. sulik suleiman mdsalleh.

Many things to see n cheap to buy Light, flowers, curtains, blankets, carpets .near the canteen of KC shop cheaper than others place. Misal Lee.

Wholesale outlet selling everything. From clothing, to toys, tools, food, party deco, you name it. Mei Yee Lee.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, sekiranya anda mencari tempat yang sesuai untuk membeli belah, disini tempat yang paling sesuai. Kaki membeli belah wajib datang ke sini. Admin pasti anda berpuas hati dengan bahan dan harga yang ditawarkan.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di GM Klang, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke GM Klang.

Facebook Comments