Genting Highland Tempat Menarik Di Pahang

20184

genting-highland-di-pahang

Assalamualaikum. Genting Highland terletak di Pahang dan merupakan percutian tanah tinggi yang paling popular di Malaysia. Anda dapat melihat panorama di puncak gunung dengan suhu yang sejuk. Pelbagai aktiviti yang disediakan di sini yang pasti melengkapkan percutian anda di Genting Highland. Admin masukkan Genting Highland sebagai salah sebuah  tempat menarik di Pahang dan wajib dikungjungi.

Pelancong yang ingin ke Genting Highland boleh memandu kereta sendiri atau menaiki kenderaan awam yang disediakan seperti bas dan teksi. Pelancong juga boleh menaiki Genting Skyway iaitu perkhidmatan kereta kabel yang disediakan iaitu daripada stesen utama Gahtong Jaya ke Highland Hotel di pusat peranginan.

Genting Highland boleh dianggap seperti Las Vegas. Bezanya Las Vagas di kawasan gurun manakala genting highland di kawasan tanah tinggi. Anda juga boleh memilih untuk bermalam disini kerana banyak hotel terkemuka terdapat di Genting Highland. Jika mahu melihat suasana malam di sini bolehlah menyewa hotel yang disediakan mengikut kemampuan.

Datanglah ke Genting Highland kerana percutian anda pasti akan lebih bermakna dan menyeronokkan. Aktiviti bekeluarga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.Semoga bermanfaat!

GENTING HIGHLAND PERCUTIAN TANAH TINGGI YANG POPULAR DI MALAYSIA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 3-2718 1118
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Genting Highland

Skyway Cable Car

Setiap Gondola Kereta kabel ini boleh memuatkan seramai 8 orang penumpang. Perjalanan mengambil 11 minit untuk sampai ke destinasi.

  • Waktu Operasi: 07:30 – 24:00 (isnin– Khamis), 07:30 – 23:00 (Jumaat – Ahad)
  • Tel: +603 2718 1118

Indoor Theme Park

Terdapat 6 tema iaitu:

  1. Champs Elysees
  2. London
  3. Venice
  4. Times Square and Universal Walk
  5. Swiss Alps
  6. Genting Walk
  • Waktu Operasi: 09:00 – 24:00 Isnin – Jumaat; 08:00 – 01:00 Sabtu;                             08:00 – 24:00 Ahad
  • Lokasi: Level 2, First World Plaza
  • Tel: +603 2718 1118

Out Door Theme Park

Masih dalam penambahbaikkan dan akan dibuka pada tarikh yang akan ditetapkan. Admin difahamkan taman tema ini diberi nafas baru dan lagi gempak daripada yang lama. Jadi sama-sama kita nantikan dan pasti akan menjadi tarikan utama ke Genting Highlands. Admin akan update bila taman tema ini akan dibuka semula.

Flying Fox

  • Lokasi: Awana Genting Highlands Golf & Country Resort, 8th Mile, Genting Highlands
  • Tel: +603 6101 3015
  • Harga Tiket : Adults –RM20 Kids – RM15

Snow World

  • Waktu Operasi: 10:30 – 23:00 Isnin – Jumaat 09:30 – 24:00 Sabtu 09:30 – 23:00 Ahad
  • Lokasi: Level 2A, First World Plaza
  • Harga Tiket: Adult – RM19 Kids – RM16

Golf

Bermain golf di Genting Highlands Golf and Country Resort.

  • Waktu Operasi: 08:00 – 18:15
  • Lokasi: KM13, Genting Highlands Golf & Country Resort, Genting Highlands
  • Tel: +603 6101 3015

Hotel Di Genting Highlands

Terdapat beberapa hotel di sini seperti :

  • Genting Hotel
  • Highland Hotel
  • Resorts Hotel
  • Theme Park Hotel
  • First World Hotel – Terbesar di dunia
  • Awana Genting

Tempat Membeli Belah Utama

  1. Asian Cultural Village
  • Lokasi: Level 3, First World Hotel Plaza (opposite First World Café)

2. Country’s Tid-Bits & Candies Cottage

  • Waktu Operasi: 09:00 – 17:00
  • Lokasi: Lot 3.25, 3rd Floor, Genting Skyway Complex
  • Tel: +603 6100 1546

3. Genting Highlands Premium Outlets

  • Waktu Operasi: Daily 10:00 – 22:00
  • Alamat: KM13, Genting Highlands Resort, Genting Highlands, Pahang

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Genting Highlands

Jom Lihat Review Pengunjung di Genting Highlands

Awsome place to visit in Malaysia,cable car opened for public to reach high altitude,consists of malls,resorts and park. Lekha Ray.

Its really natural touch. if are you never go there not understand, so lets go. Sadi Md Sheikh.

extremely exciting.and nice place i ever have seen this. this is an amazing place and then nice and nice. drakhterul islam.

Nice and good place to relax from busy city. Albert Kon.

Awesome place in Malaysia. Gaurav Kedia.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.kuala-lumpur.ws, www.percutianbajet.com, www.touristattractionsmalaysia diatas perkongsian maklumat dan gambar menarik Genting Highlands. Maklumat yang diperolehi sangat berguna dan membantu admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Genting Highlands , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai keGenting Highlands.

Facebook Comments