Galeria Perdana Tempat Menarik Di Pulau Langkawi

1544

Galeria Perdana di LangkawiAssalamualaikum. Ingin melihat hadiah dan penghargaan yang pernah diperolehi Tun Dr Mahathir bin Mohamad? Datanglah ke Galeria Perdana di Langkawi yang juga merupakan tempat menarik di Langkawi. 

Galeria Perdana adalah inspirasi Perdana Menteri Ke-4, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Bte Mohd Ali. Ianya bertujuan menyimpan, mempamer dan berkongsi dengan orang ramai berkenaan pelbagai anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima dari Ketua-Ketua Negara, pemimpin-pemimpin dalam dan luar negara serta masyarakat Malaysia semasa pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri.

Ini adalah selaras dengan pemahaman bahawa setiap koleksi yang dipamerkan di Galeria Perdana adalah milik kerajaan dan rakyat Malaysia. Dengan tanda persahabatan dari serata dunia, pelawat dan pelancong akan menikmati peluang untuk menghargai keunikan dan kepelbagaian nilai warisan kesenian dan kebudayaan dari dalam dan luar negara.

Galeria Perdana juga menjadi penyampai kepada tanda penghargaan, pengiktirafan dan keikhlasan sumbangan dari penyumbang kepada Tun yang telah membawa Malaysia ke persada dunia sepanjang tempoh beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Galeria Perdana telah dirasmikan pada 3 Disember 1995 dan dibuka kepada orang ramai mulai April 1996.

Sesiapa yang berkungjung ke Langkawi dan mahu melihat sendiri hadiah dan anugerah yang diperolehi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad boleh datang ke Galeria Perdana. Anda pasti teruja dengan pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang diperolehi oleh beliau. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini kepada semua pembaca.

MENAKJUBKAN! SEMUA ANUGERAH DAN CENDERAHATI TUN DR MAHATHIR MOHAMAD TERLETAK DI GALERIA PERDANA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Galeria Perdana, Kampung Kilim, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia. 
  • Nombor Telefon : +60 4-959 1498
  • Waktu Operasi : 8:30 a.m – 5:30 p.m
  • Website : jmm.gov.my
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Galeria Perdana

Aktiviti Menarik

Anda dapat melihat pelbagai anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima dari Ketua-Ketua Negara, pemimpin-pemimpin dalam dan luar negara serta masyarakat Malaysia semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terdapat 3 Blok Utama

Blok A : Kubah dan Lukisan di atas siling dibuat oleh artis dari Uzbekistan. Kubah Blok A berwarna kemerahan. Lukisan siling dilukis dengan menggunakan tangan. Mempamerkan artifak seperti Kristal, Perak, Kayu, Tembaga, Lukisan, Seramik, Porselin, Koleksi Islam, Alat Muzik, Pewter dan Medal.

Blok B : Kubah dan Lukisan di atas siling dibuat oleh artis dari Uzbekistan. Kubah Blok B berwarna kebiruan. Lukisan siling dilukis dengan menggunakan tangan. Mempamerkan artifak seperti Perhiasan Diri, Perak, Batu, Kayu, Lukisan, Kenderaan, Laker, Medal, Plak, Sijil, Kraf, Porselin dan Tekstil.

Blok C : Kubah dan Lukisan di atas siling dibuat oleh artis dari Uzbekistan. Kubah Blok B berwarna keputihan. Lukisan siling dilukis dengan menggunakan tangan. Mempamerkan artifak seperti Model, Porselin, Senjata, Koleksi Bahan Bercetak dan Kenderaan.

Harga Tiket

Rujuk jadual di bawah:

Kemudahan Yang Ada

  • Tandas Awam
  • Tandas OKU
  • Surau
  • Kafeteria
  • Kedai Cenderamata
  • Perpustakaan
  • Auditorium
  • Parkir Bas
  • Parkir Kereta
  • Kerusi Roda

Penginapan Berhampiran

  • Best Seven Motel (Taman Seri Berlian)
  • Four Season Resort (Tanjung Rhu)
  • Tanjung Rhu Resort (Tanjung Rhu)
  • Isa Motel (Tanjung Rhu)
  • Institut Pengurusan Peladang (Kuah)
  • Garden Hotel (Kuah)
  • HiG Hotel (Kuah)

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Galeria Perdana

Jom Lihat Review Pengunjung di Galeria Perdana

Excellent exhibition and collection of art works. Impressive buildings and collection. Stunning roof designs and many photo opportunities. Beautiful gardens and location. Very quite and relaxing in off season. Rowan Faltyn.

Its such an interesting place with many interesting gifts ,art pieces, even the building is unique. Its like going thro a castle full of treasures. Lynn Anim.

Despite the dust & old maintained exhibits, we can enjoy the life of our former prime minister and it was actually worth the long distance from my hotel. It was enjoyable for adult and maybe not for kida as this place are mostly show awards, gifts for Tun Mahathir & other stuffs that related to Tun M. It’s a must go place for those who loves great architecture & arts. ninjayeol.

The entrance fee is very cheap. MYR 2 for children aged 6-12 years old, MYR 3 for senior citizens above 55 years old and MYR 5 for adults. The exhibits are labeled in Malay and English. Worth to visit! Xue Yi Ooi.

Educational place to spend the day with kids. David Choo.

 

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada laman web Galeria Perdana sendiri kerana telah memberi banyak maklumat yang sangat berguna. Terima kasih juga kepada www.jomjalan.com.my, www.langkawi-info.com, langkawikedahtourism.blogspot.my dan www.penang-traveltips.com kerana telah berkongsi gambar Galeria Perdana.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Galeria Perdana, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Galeria Perdana.

Facebook Comments