

Assalamualaikum. Jika anda ingin melihat lebah dan mendapatkan hasil daripada lebah, bolehlah berkungjung ke Melaka. Salah sebuah tempat menarik di Melaka ialah Galeri Lebah. Galeri Lebah ini merupakan salah sebuah tempat menarik di Melaka yang wajib dikungjungi.
Walaupun bunyinya seperti muzium besar, ia sebenarnya ialah muzium kecil milik syarikat penternakan Soon Lee yang diasaskan sejak tahun 1978. Namun yang demikian, anda pasti tidak akan menyesal datang ke sini kerana banyak perkara menarik berkaitan lebih yang dapat anda dapati.
Muzium ini kelihatan usang. Tetapi jangan terkejut kerana jumlah pengunjungnya dikatakan sekitar 50,000 sebulan. Ada sesuatu yang menarik perhatian pengunjung ke sini. Muzium ini juga mempunyai kakitangan yang mahir tentang lebah dan mempunyai lebih 200 jenis sarang lebah dan penyengat lain untuk anda lihat.
Kalau selama ini kalau disebut lebah, anda hanya ingat madu, muzium ini bakal mengubah persepsi anda. Sebab selain madu, anda akan diperkenalkan kepada pelbagai hasil lebah lain iaitu dari propolis dan royal jelly sehinggalah kepada khasiat memakan anak lebah dan sengat lebah. Anda perlu datang sendiri ke sini untuk merasai pengalaman ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
WOW! GALERI LEBAH MEMPUNYAI KEUNIKKAN SENDIRI
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â Jalan Taman Botanikal, 77200 Melaka.
- Nombor Telefon : 06-253 2377
- Waktu Operasi : 9:00 a.m – 6:00 p.mÂ
- Facebook : Galeri Lebah
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Galeri Lebah Melaka
Jom Lihat Lebah
Nama tempat ini sudah menjelaskan bahawa anda dapat melihat lebah di sini. Pelbagai spesis lebah dapat diliat dengan lebih dekat disini. Mngkin lebah sudah biasa dilihat namun mungkin anda tidak pernah melihat bagaimana sarang lebah dan spesis lebah yang lain. Jadi datanglah ke Galeri Lebah untuk melihat dan mempelajari mengenai lebah.
Dapatkan Madu Lebah
Kalau anda mencari madu asli, tidak perlu pergi jauh. Di sini ada madu dan produk berasaskan lebah lain yang dikilangkan oleh syarikat Soon Lee. Antara yang dijual adalah madu cukal epal (Apple Cider Vinegar) dan Madu Bisa Lebah
Harga Tiket
Masuk adalah percuma
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Galeri Lebah Melaka
Jom Lihat Review Pengunjung di Galeri Lebah
Good ambiance and friendly staff. Variety of honey product can be found here. I will definitely recommend this place to others. Huda LylJelzofeny.
Suka dengan banyak macam madunya. Tommyda Pangestu Jati.
Educational, get to see bees really closed up. Good array of bee products to choose too. Located very near to the Ayer Keroh Toll towards NSHW. Wilson Wong.
Great place to absorb for knowledge which all related to bees, honey or related products. Very friendly staff and will come back again! Seoing Lim Chen.
Mempunyai pakej pengeluaran madu lebah yang lengkap dari koloni (hives), bioteknologi dan pemprosesan madu dari specis A. mellifera. Linggi Honey.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.jomjalan.com.my kerana berkongsi maklumat. Galeri lebah ini perlu dilawati bagi mendekati lebah dan mendapatkan produk daripada lebah. Masuk adalah percuma menjadikan tempat ini sering dikungjungi pelancong di dalam mahupuun di luar negara.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Galeri Lebah, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Galeri Lebah.