

Assalamualaikum. Freeport A’Famosa Outlet Village yang terletak di Alor Gajah Melaka dikatakan lokasi terbaru bagi peminat barangan berjenama sama seperti di JPO ataupun di Mitsui Outlet Park Sepang.Tempat ini tela menjadi tarikan utama kepada sesiapa yang suka membeli belah barang berjenama. Ianya merupakan tempat menarik di Melaka.Â
Ianya baru saja dibuka pada penghujung tahun 2015. Keseluruhan kawasan ini dibina di kawasan perkampungan di Alor Gajah dan perjalanan selepas tol akan melalui jalan kampung 2 lane sebelum boleh sampai ke sini. Kemudahan parkingnya agak luas dan selesa. Pertama kali datang ke sini pasti akan terus teruja dengan rekaaan bangunannya yang unik dan menarik.
Bangunan disini seakan-akan rekaan bangunan lama yang telah dimodenkan. Mungkin ada sedikit unsur-unsur bangunan di Belanda dengan rumah berupa kincir angin. Dengan rekaan bangunan dan sekeliling yang menarik, memang tak hairan kalau ramai yang datang ke sini sekadar mencuci mata dan mengambil gambar.
Secara keseluruhannya memang banyak jenama terkenal di sini tetapi mungkin ada beberapa jenama pilihan peribadi yang tidak ada di sini. Kebanyakkan barangan di sini sentiasa dijual dengan harga murah tak mengira masa. Barangan akan dijual lebih murah pada beberapa promosi seperti Tahun Baru dan Perayaan. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
WOW! SYURGA MEMBELI BELAH DI FREEPORT A’FAMOSA OUTLET VILLAGE
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â Jalan Kemus / Sempang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka.
- Nombor Telefon : 06-552 8961
- Waktu Operasi : 10:00 a.m – 10:00 p.mÂ
- Facebook :Â A’Famosa Outlet
- Peta Lokasi :Â www.freeportafamosa.com
Dapatkan Info Menarik di Freeport A’Famosa Outlet Village
Kedai Jenama Yang Ada
Freeport A’Famosa Outlet mempunyai hampir 70 jenama terkenal yang dibuka secara berperingkat. Berikut adalah diantara jenama yang terdapat di sini:
- Playboy
- Young Hearts
- Vero Moda
- U.S Polo Assn
- Triumph
- Sacoor
- Only
- Melinda Looi
- Levis
- G2000
- Forever 21
- Esprit
- Luv Lux
- Cotton On
- Chai Fashion Outlet
- Camel Active
- Toy World
- Poney
- Rip Curl
- Puma
- Nike Factory Store
- Li-Ning
- Brooks
- HyperGear
- Elle
- Claks
- Crocs
- Overmain
- Hush Puppies
Tempat Makan
Terdapat food court disini. Namun begitu, pihak pengurusan membuat kelainan dengan membuka ruang untuk foodtruck di depan pintu masuk Freeport A’Famosa Outlet. Beberapa pilihan makanan dijual di sini dengan harga yang lebih berpatutan. Maklumlah sekarang ni kan musim foodtruck.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Freeport A’Famosa Outlet Village
Jom Lihat Review Pengunjung di Freeport A’Famosa Outlet Village
Like it for the design. Good location to release stress, spend time with family/lover. Many famous cloth brand at here. Mochika Waiiiko.
A great place for shopping, there’s a variety of branfs here. Best time to go when sales time. Lots of parking too. Deana Doll.
Shop outlets good. Prices ok. Sales persons helpful. Spacious environment. Soon Kheng Lim.
Good shopping place where branded things are a lot cheaper & free carousel ride for the kids too. Afiqah Tasneem.
Of all the freeport i have visited , this is the most available and most variety of items i can get. Mohd Hazayri.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada mohdzarin.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Sekiranya anda ingin membeli belah barang berjenama tetapi dengan harga yang berpatutan datanglah ke sini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Freeport A’Famosa Outlet Village, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Freeport A’Famosa Outlet Village.