

Assalamualaikum. Fauzi Nasi Kerabu merupakan tempat makan menarik di Terengganu yang perlu dicuba jika datang ke Negeri ini.Nasi kerabu merupakan makanan berasal dari Pantai Timur. Biasanya ia dijadikan sebagai sarapan pagi kerana rakyat Pantai Timur gemar makan nasi pada waktu pagi. Kini, nasi kerabu semakin dikenali di seluruh dunia malah nasi kerabu paling sedap di dunia berada di Terengganu, Malaysia.
Fauzi Nasi Kerabu diiktiraf sebagai nasi kerabu paling sedap di dunia oleh The World Street Food Congress 2017 yang diadakan di Manila, Filipina pada 31 Mei hingga 4 Jun lepas. Kedai itu menduduki tempat ke 23 daripada 50 restoran street food terbaik dunia.Jadi, sesiapa sahaja yang ingin merasa nasi kerabu yang sedap boleh berkungjung ke restoran ini.
Nasi kerabu Fauzi masih lagi mengekalkan nasi kerabunya yang berwarna biru bersama-sama ulam-ulaman, kelapa goreng, kuah lemak, budu dan ayam bakar atau daging bakar. Nasi Kerabu Fauzi memang sedap dan enak yang akan membuatkan pengunjung masih teringat-ingat akan keenakan dan pasti ingin kembali ke sini lagi. Keistimewaan nasi kerabu di sini kerana kelazatan ayam bakar dan daging bakarnya. Selain daripada itu juga,keistimewaan nasi kerabu di Kedai Fauzi Nasi Kerabu adalah kepekatan kuah lemaknya.
Jangan lepaskan peluang menikmati hidangan nasi kerabu di restoran ini yang telah mendapat pengiktirafan dunia. Bukan sahaja orang Malaysia sahaja malahan seluruh dunia turut mengemari nasi kerabu. Admin kongsikan Peta Tempat Makan Menarik ini bagi memudahkan sesiapa sahaja merancang untuk ke Fauzi Nasi Kerabu.
NASI KERABU BERTARAF DUNIA DI FAUZI NASI KERABU, TERENGGANU
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Kampung Kolam, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
- Nombor Telefon : +60 12-987 9821
- Waktu Operasi :Â 6:30 a.m – 12:30 p.m
- Facebook :Â Fauzi Nasi Kerabu
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Fauzi Nasi Kerabu
Menu
- Hidangan Nasi Kerabu dengan ayam bakar dan daging bakar
Perkhidmatan
- Boleh membuat tempahan Nasi Kerabu untuk Majlis
- Menjual di pasar malam Manir (Isnin Petang)
- Menjual di pasar malam Duyong (Jumaat Petang)
Jom Lihat Menu di Fauzi Nasi Kerabu, Terengganu.
Jom Lihat Review Pengunjung di Fauzi Nasi Kerabu
I’m from Kelantan and the nasi kerabu was as good as what kelantan people expected. Sahira Aminah.
Best authentic Malay Nasi Kerabu in town. Opens only for breakfast. Matt J.
The food is craziest. Linda Off.
Nasi kerabu yang tersenarai dalam 50 restoren terbaik The World Street Food Congress 2017.Sedap! Najmie Anwari.
Good nasi kerabu and choice of malay kuih. nuzZz Reen.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, Fauzi nasi kerabu telah buktikan bahawa masakan melayu boleh bertanding dengan makanan dunia. Jadi sebagai rakyat Malaysia kita perlu sokong makanan tempatan dan perkenalkan makanan kita dipersada dunia. Terima kasih diucapkan kepada Sinar Harian Online kerana menyiarkan berita mengenai kedai makan ini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Fauzi nasi kerabu , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Fauzi nasi kerabu.