Dusun Bambu Tempat Menarik Dilawati di Bandung

1378

dusun-bambu-indonesia

Assalamualaikum. Dusun Bambu merupakan tempat pelancongan di Bandung Barat yang unik dan menarik dengan pendekatan tema adat Sunda sebagai tema utama. Dusun Bambu terletak di bawah kaki Gunung Burangrang. Tempat ini terletak lebih kurang 10 kilometer dari Terminal Ledeng. Admin masukkan Dusun Bambu sebagai tempat menarik di Bandung Indonesia. 

Dusun Bambu dibuka secara rasmi untuk masyarakat pada tanggal 16 Januari 2014. Dusun Bambu dibina di atas tanah seluas lebih kurang 15 hektar. Taman Dusun Bambu hadir dengan sentuhan yang modern, green design, serta eco-friendly. Pasti anda akan terpukau dengan keindahan di sini.

Disini juga anda akan dapat melihat panorama yang sangat indah dengan suasana tenang disulami dengan bunyi air sungai yang pasti sangat sesuai untuk rehatkan minda. Udara yang nyaman dan sejuk disini membuatkan anda berasa lebih segar. Terdapat sekitar 58 jenis pokok buluh yang ditanam. Disebabkan inilah namanya dipilih kerana sepanjang area tempat ini terdapat pokok buluh.

Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan disini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk berkungjung ke Dusun Bambu. Percutian anda pasti akan menjadi lebih bermakna. Admin  kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

AWESOME! KEINDAHAN PANORAMA DUSUN BAMBU YANG SANGAT CANTIK DAN TENANG

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Kolonel Masturi KM. 11, Cisarua, Lembang, Kertawangi, Cisarua, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40551, Indonesia.
  • Nombor Telefon : +62 22 82782020
  • Waktu Operasi : 10:00 a.m – 9:00 p.m 
  • Website : www.dusunbambu.com/home
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Dusun Bambu

Aktiviti Menarik dilakukan

  1. Berbasikal di kaki gunung melihat keindahan alam di Dusun Bambu
  2. Berkhemah di kaki gunung.
  3. Taman permainan kanak-kanak di Balad Lodaya.
  4. Aktiviti menanam padi di sawah padi.
  5. Melihat keindahan bunga di Taman Bunga Arimbi
  6. Makan dan minuh teh di Cafe Burangrang.
  7. Makan di tempat yang unik iaitu di Resto Pohon Lutung Kasarung.
  8. Membeli sayur segar di Pasar Khatulistiwa

Harga Tiket

  • Dewasa : RM 3.22 (20000rp), Percuma kepada kanak-kanak bawah 3 tahun
  • Parking Kereta : RM 0.80 (5000rp)

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Dusun Bambu


Jom Lihat Review Pengunjung di Dusun Bambu

Very good place to visit with family and friends. This place offers beautiful scenery. Taking photos is a must in this place unless you want to regret your whole life. Hafidz Wahyu Nur Cholis.

Eat For Its Breezy Surroundings. Came here in the Morning, Walking Walking Little Walking Make You Thirsty then Eat and Drink. Riding Horses. Stay till afternoon. Andarini.

Family friendly as well as a fun place to hang out with friends! Many types of restaurants and games to explore. Love the place. Bella Belinda.

The place is really big! You need to take the shuttle from the car park to the area. Suitable for everyone including children and elders. Navila Roslidah.

A nice place to hang out with friends and family. This theme park provides different thrills to you and great place to snap photos. A chance to embrace the nature too. Keith Khong.

Penutup & Special Thanks

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Dusun Bambu, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Dusun Bambu.

Facebook Comments
REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleBalik Papan Kota Menarik Dilawati di Indonesia
Next articleGunung Bromo Tarikan Pelancong Ke Indonesia