

Assalamualaikum. Sebut sahaja durian pasti ramai yang kenal akan raja buah ini. Durian menjadi kegilaan orang ramai terutamanya orang Malaysia. Rasanya yang enak membuatkan ramai yang akan ketagih untuk mendapatkan durian. Namun, bukan setiap masa kita dapat menikmati raja buah ini kerana ianya bermusim. Sekarang musim durian sudah hampir habis namun admin ingin kongsikan satu tempat menjual durian kepada ‘hantu durian’ yang terletak di Tangkak Johor.
Bagi pengemar durian sudah pasti akan mencari durian dimana sahaja asalkan dapat merasakannya. Terdapat pelbagai jenis durian dan setiap jenis memberi rasa yang berlainan. Harga durian juga berbeza-beza mengikut jenis. Terdapat durian yang berharga ratusan ringgit untuk satu biji. Dengar seperti tidak masuk akal tetapi itulah realitinya.
Admin tidak mahu bercerita mengenai durian yang beratus ringgit tetapi durian yang berharga hanya RM10 untuk 6 biji. Wow!!! Pasti anda tidak percaya bukan? Inilah realiti dan bukan fantasi. Harga durian seperti ini hanya terdapat di Tangkak Johor. Bagi pengemar durian anda boleh makan durian sepuas-puasnya dan tapau sekiranya masih tidak cukup.
Jadi tunggu apa lagi? ‘Hantu Durian’ jangan lepaskan peluang ini. Bagi yang berada berhampiran dengan Tangkak Johor, jom ramai-ramai kita serbu membeli durian sementara stok masih ada. Walaupun lokasi hanya di tepi jalan tetapi yang penting harga durian sangat murah. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
PECAH KEPALA!!! HARGA DURIAN DI TANGKAK JOHOR TIDAK MASUK AKAL
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Batu 5 1/2, Kampung Rawang, Sg Mati, 84400 Tangkak Johor.
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Gerai Durian Tangkak Johor
Apa Yang Dijual?
Selain daripada durianm terdapat juga buah-buahan tempatan seperti cempedak dan manggis. Jadi sambil beli durian anda boleh juga merasa buah-buahan yang lain.
Harga Tidak Masuk Akal!!!
Harga durian disini RM 10.00 untuk 6 biji. Kalau tempat lain nak dapat 6 biji harga RM50 pun rasanya susah, ini kita bayar RM10 tapi dapat 6 biji! Jadi apa tunggu lagi, marilah kita serang cepat sebelum terlambat.
Jom Saksikan Raja Buah di Tangkak Johor


Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada facebook tempat menarik kerana berkongsi info mengenai jualan buah durian yang murah ini. Bagi penggemar raja buah ini, inilah peluang keemasan untuk makan sepuas-puasnya. Jangan lepaskan peluan ini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Gerai Durian, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Gerai Durian.