Desa Cattle Dairy Farm Tempat Menarik Dikungjungi Di Kundasang, Sabah

4167

desa cattle dairy farm kundasang sabah tempat menarik

Assalamualaikum. Desa Dairy Farm (DDF) adalah satu tempat menarik di Sabah yang semakin ramai dikunjungi oleh pengunjung dari Semenanjung Malaysia. Suhu yang dingin ditambah pula dengan suasana menghijau pasti membuatkan diri anda akan terpana dengan keindahan flora dan fauna. DDF ini terletak 100KM daripada Kota Kinabalu, Sabah. Ianya mengambil masa 2 jam 30 minit dengan menaiki kenderaan untuk sampai disana. Oleh yang demikian, pelancong perlu menyewa kenderaan untuk pergi ke sana. Namun yang demikian, pengalaman yang hebat menanti anda dengan melawati DDF.

Disini merupakan sebuah ladang ternakan tenusu yg dikatakan mempunyai suasana seperti berada di luar negara. Ramai yang mengatakan suasana di sana persis berada di New Zealand dan para pengunjung juga berpeluang melihat lembu hitam putih yang bersaiz besar yang jarang terdapat di tempat lain.

Anda juga boleh melihat sendiri proses memerah dan memproses susu selain dari berpeluang membeli susu segar terus dari ladang ini. Anak-anak juga boleh memberi makan anak lembu dan kambing sewaktu kunjungan ke kandang haiwan. Pengalaman seperti ini tidak akan diperolehi di tempat lain dan pasti akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan.

Dengan suhu sejuk dan pemandangan gunung, ladang tenusu Desa Dairy Farm ini menjadi tempat pilihan ramai pengantin untuk mengabadikan kenangan dengan pemandangan seperti ladang di Eropah. Selain itu, disini jga menjadi tempat perhatian produksi filem untuk melakukan penggambaran filem. Dengan pelbagai perkara menarik di Desa Dairy Farm ini, admin sangat tertarik untuk membuat artikel mengenai tempat ini. Oh ya, sebelum itu mari admin kongsikan juga Peta Tempat Menarik ini.

Desa Dairy Farm Menjanjikan Percutian Segar dan Nyaman Persis Di New Zealand

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

Dapatkan Info Menarik di Desa Dairy Farm

Aktiviti Sesuai

  • Anda berpeluang melihat sendiri proses memerah dan memproses susu
  • Anak-anak juga boleh memberi makan anak lembu dan kambing
  • Mengambil gambar pemandangan di sana
  • Membeli susu segar, dadih dan ais krim

Waktu Memerah/ Memproses Susu

Memerah : 3 ptg – 5 ptg setiap hari
Memproses : Setiap Selasa, Khamis, Ahad pada 10 pg – 2 ptg

Harga dan Kos Terlibat

Dewasa — RM5
Kanak-kanak — RM4
Sesi Fotografi — RM10

Jom Saksikan Keindahan Panorama Desa Dairy Farm

Jom Lihat Review Pengunjung di Desa Dairy Farm

Very nice place and beautifull view. Datang jangan tak datang. Dustan Bajak.

Seronok sangat kalau pergi sana. Tak tahu dah berapa kali ke sana tapi tak pernah jemu. Tak kisahlah apa orang nak cakap pun. Memang ini tempat wajib kami kalau bercuti di Kundasang. Terus ke Desa Dairy Farm. Sejuk. Yusnida Abdullah.

Tempat yang menarik. Dengan pemandangan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Merasakan diri seolah-olah berada di luar negara. Tak payah pergi jauh, Desa Dairy Farm adalah tempat harus di kunjungi. Emal Daniel.

So relax awesome beautiful view. Udara yang sangat segar dan sejuk. I feel like macam di luar negara. Have a fresh milk, dan tak pernah nampak lembu seperti di New Zealand. Siapa yang belum pernah datang tu datang la. Rugi tak datang. So datang la melawat DESA DAIRY FARM KUNDASANG SABAH. Mailynda Mai.

View yang cantik sangat. Syukur dapat menikmati keindahan Gunung Kinabalu dari dekat. Waktu pagi lembu-lembu dah keluar. Teruja gila. Makan aiskrim, minum susu dan semuanya fresh. Na Azid.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, sekiranya mahu bercuti datanglah ke Desa Dairy Farm kerana pasti anda tidak akan menyesal. Tidak perlu ke luar negara kerana di Malaysia sendiri mempnyai tempat yang menarik. Terima kasih kepada blog Jom Jalan Kota Kinabalu kerana telah memberi banyak maklumat mengenai Desa Dairy Farm. Banyak maklumat mengenai tempat ini diperolehi daripada blog ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Desa Dairy Farm, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Desa Dairy Farm.

Facebook Comments