Dee Wana Resort Penginapan Menarik Di Kelantan

Dee-Wana-Resort-pasir-puteh-kelantanAssalamualaikum. Setiap pengunjung yang datang ke Kelantan pasti akan mencari tempat penginapan yang menarik dan selesa. Terdapat banyak tempat penginapan di Kelantan yang menarik dengan harga yang berpatutan. Dee Wana Resort merupakan salah sebuah tempat penginapan menarik di Kelantan yang menjadi bualan orang ramai terletak di daerah Pasir Putih. Pada kali ini admin ingin bongkarkan keindahan resort ini yang mungkin akan menarik perhatian anda untuk bermalam di sini.

Resort ini berada di tepi pantai menambahkan lagi kedamaian percutian anda. Angin pantai serta lautan membiru memberi satu pemandangan yang indah. Bagi yang bercadang untuk bercuti bersama keluarga di Kelantan, resort ini merupakan pilihan yang tepat untuk dijadikan tempat penginapan keluarga. Percutian anda sekeluarga pasti akan lebih bermakna dan anda dapat rehatkan minda dan fizikal dengan lebih aman.

Resort ini juga menyediakan kolam renang yang agak luas untuk tetamu mereka. Aktiviti renang boleh dijadikan sebagai satu riadah pada waktu petang. Anda juga dapat melihat matahari yang terbenam di kawasan pantai yang sangat cantik dan boleh bergambar disekitar resort ini.

Sekiranya bercadang mahu datang ke Kelantan pilihlah resort ini untuk dijadikan tempat penginapan. Admin jamin pasti anda tidak akan menyesal dan akan berhasrat untuk datang buat kali kedua. Sekiranya anda tidak percaya, datang sendiri dan nilai sendiri kebenaran yang telah dinyatakan. Disebabkan resort ini sangat menarik admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini kepada pembaca.

Dee Wana Resort Membuatkan Percutian Anda Menjadi Lebih Bermakna

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Lot 1593, Jln Pesisir Pantai, Kg Dlm Rhu, Pachakan 16700 Cherang Ruku, Kelantan, Kg Dlm Rhu, Pachakan, 16700 Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 10-221 9006
  • Waktu Operasi : Sentiasa di Buka
  • Facebook : Dee Wana Resort/Facebook
  • Laman Web: www.deewanaresort.com
  • Email : [email protected]
  • Peta Lokasi : 

Apa yang Menarik di Dee Wana Resort

Bilik Yang Disediakan dan Harga Yang Ditawarkan

1. Superior Twin

Beds: Single bed
Occupancy: 2
Size: 350sqf
View: Beach
Rates From: MYR160

2. Superior Deluxe

Beds: Queen bed, Single bed
Occupancy: 3
Size: 400
View: Beach
Rates From: MYR180

3. Superior Quad

Beds: Queen bed, Single bed
Occupancy: 4
Size: 1000
View: Resort Village
Rates From: MYR220

4. Deluxe Suite

Beds: Queen bed, Single bed
Number of Bedrooms: 2
Occupancy: 6
Size: 1200
View: Resort Village
Rates From: MYR350

5. Executive Suite

Beds: Queen bed, Single bed
Number of Bedrooms: 3
Occupancy: 8
Size: 1600
View: Pool
Rates From: MYR450

6. Dorm

Beds: Single bed
Occupancy: 12
Size: 2000
View: Beach
Rates From: MYR350

Aktiviti Yang Menarik

  1. Anda boleh bersiar-siar di persisir pantai sambil menghirup udara segar
  2. Mandi Kolam Renang
  3. Berjalan sekitar bandar pasir putih
  4. BBQ Parti
  5. Berkhemah
  6. Banana Boat
  7. Menunggang Kuda
  8. Aktiviti Tepi Pantai
  9. Seminar

Kemudahan

  1. Kolam Renang
  2. Restoran Tepi Pantai

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Dee Wana Resort


Jom Lihat Review Pengunjung di Dee Wana Resort

Bilik bersih,suasana tenang,restoran di tepi pantai.Memang sesuai buat family day di sini.Boleh berbbq. Resort 3 bilik sesuai utk family besar. Norsyahida Mahdi.

Selesa dgn kemudahan yang lengkap, sesuai utk program family day atau santai2 keluarga.
Saya bagi 4 bintang! Mohd Nazri.

Great place for vacation, bilik bersih, bilik air pun ok. Nur Noor Hayati.

Tempat, bilik, kolam mmg cantik dan bersesuaian dengan harga bilik. Nice, next year pergi lagi rasanya. Mohd Zuhairi Ab Rahman.

Tempat mmg best, yg paling best restoran tepi pantai, sambil makan sambil tengok pantai. kolam yg cantik, bilik kemas dan bersih, yang penting layanan mesra dan harga pon brpatutan, terbaik! Asma Azziz.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, Dee Wana Resort merupakan resort yang terbaik untuk dikungjungi. Terima kasih kepada percutianbudget.com kerana memberi maklumat dan gambar berkaitan resort ini. Laman web resort ini juga memberi maklumat yang berguna kepada admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Dee Wana Resort, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Dee Wana Resort.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleKedai Nasi Kak Wok Tempat Makan Menarik Di Kelantan
Next articleRJ Ayam Bakar Tempat Makan Menarik Di Kuching, Sarawak
dee-wana-resort-penginapan-menarik-di-kelantanSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!