

Kawasan ini bukan sahaja merupakan taman awam dengan kemudahan skrin gergasi tetapi juga salah satu kawasan utama bagi karnival-karnival jualan atau acara utama negeri. Sentiasa terdapat pelbagai acara akan dijalankan di dataran ini. Dataran ini akan dipenuhi dengan orang awam apabila terdapat acara yang dijalankan. Pasti suasana akan menjadi lebih meriah.
Antara tempat yang berhampiran dengan dataran ini ialah Bukit Puteri, Istana Maziah, Kampung Cina, Masjid Putih dan juga Pasar Payang. Tempat ini sangat strategik dan mudah untuk dikungjungi. Persekitaran di Dataran Shahbandar adalah gah seperti namanya yang sinonim dengan nama salah seorang pembesar istana pada zaman dahulu.
Landskap yang dibina di dataran ini dibina dengan indah sekali menyebabkan sesiapa yang berada di sini akan terpesona. Tambahan pula berhampiran dataran ini terdapat jeti untuk ke pulau-pulau di Terengganu yang dibina di tepi muara Sungai Terengganu dan berhampiran dengan Pasar Payang. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
WOW! DATARAN SHAHBANDAR TEMPAT BERSANTAI PALING POPULAR DI TERENGGANU
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
- Facebook : Dataran Shahbandar
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Dataran Shahbandar
Aktiviti Sesuai
Jika anda ingin bersantai, sangat sesuai datang ke dataran ini. Anda dapat melihat keindahan alam disini. Terdapat banyak pondok-pondok yang disediakan untuk orang awam berehat. Anda boleh rehat sambil makan di sini. Sekiranya ada uptown anda akan dapat membeli belah di sini. Pelbagai barang dan kelengkapan di jual.
Disini juga terdapat skrin besar. Apabila terdapat perlawanan bola, ramai kaki bola akan melepak disini untuk menonton pahlawanan bola.
Terdapat sebuah tandas yang sangat cantik. Tandas ini merupakan tandas eksklusif. Bayaran dikenakan RM 1.00.
Jom Saksikan Keindahan Panorama Di Dataran Shahbandar
Jom Lihat Review Pengunjung di Dataran Shahbandar
Tempat memang best. Bila time bulan puasa best berbuka dekat sana meriah ramai orang. Cikk Lala.
Tempat yang menarik macam bazar uptown dan bezanya dia bersebelahan dengan sungai dan ia juga menjadi kan tempat tersebut nyaman dan menyegarkan. Mohd Armyzie Ali.
Ok sangat dataran shah bandar ni. Berhampiran dengan pasar payang,pasar tersohor di sini. Sunah Aremkhan.
Tempat yang menarik macam bazar uptown dan bezanya ianya bersebelahan dengan sungai dan ia juga menjadi kan tempat tersebut nyaman dan menyegarkan. Muhammad Fawwaz
Ia tempat yang sangat mnarik. dan segala boleh dapat di situ. Anda boleh pergi ke shopping complex brdekatan Dataran shah bandar, Hok kee seng. I love dataran shah bandar. Phattana Umal.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada berbaloiditerengganukita.blogspot.my dan ffterengganu.blogspot.my kerana berkongsi maklumat dan gambar menarik. Maklumat yang diberikan sangat berguna dan membantu.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Dataran Shahbandar , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Dataran Shahbandar.