

Ianya telah dibina pada tahun 1996 sebagai tempat utama berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan peringkat daerah Segamat dan peringkat negeri Johor. Sebelum diubahsuai dan diberi nama sebagai Dataran Segamat, tempat ini dahulunya dikenali sebagai Padang Besar Segamat.
Menara Jam, Replika Durian dan Menara Bendera juga di letakkan bersebelahan sebagai tarikan dan mercu tanda utama bandar Segamat yang memberi makna Segamat adalah daerah Tanah Raja Buah-buahan.
Anda boleh membawa seisi keluarga untuk beriadah. Di sini sangat sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan merupakan aktiviti utama di sini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
WOW! DATARAN SEGAMAT TEMPAT SANTAI BERSAMA KELUARGA
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Jalan Omar, Kampung Gubah, 85000 Segamat, Johor.
- Waktu Operasi : Sentiasa di buka
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Dataran Segamat
Sejarah Dataran Segamat
Pada tahun 1996 Padang Besar Segamat telah dijadikan sebagai tempat utama berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Johor. Selepas diubahsuai panggilan Padang Besar Segamat tidak lagi digunakan oleh orang-orang Segamat. Padang Besar Segamat telah digantikan dengan nama Dataran Segamat. Ianya mula menjadi mercu tanda pertama di daerah Segamat.
Pengubahsuaian telah dilakukan dan menara jam pada tahun 1996 mula siap dibina. Pada awal tahun 90-an itu juga dua buah bangunan Kelab Melayu telah dirobohkan. Sebuah bangunan terletak di hadapan bangunan Jakel Trading dan sebuah lagi adalah di tapak menara bendera yang sekarang ini.
Aktiviti Menarik
Kini ianya menjadi destinasi pilihan keluarga untuk membawa anak-anak beriadah memandangkan pelbagai aktiviti menarik terdapat di sini termasuk senaman zumba, bermain kasut roda, belon buih gergasi juga pelbagai jualan oleh peniaga Bazar Karat Segamat yang diadakan pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Ahad.
Jom Saksikan Keindahan Panorama Di Dataran Segamat
Jom Lihat Review Pengunjung di Dataran Segamat
Good place for event, have many parking and comfortable place with family. ikhsan zali.
Nice place. Rafiq Khair.
Good place to visit. Mohd Yusof Abu Bakar.
Good place for jogging. Perodua Segamat Harapan Terang Motor.
Many things can found here. Farah Alin.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada segamat.com.my kerana berkongsi maklumat berguna. Dataran Segamat sangat sesuai untuk keluarga bersantai dan beriadah. Anda dapat tenangkan fikiran datang ke sini bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Dataran Segamat , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Dataran Segamat.