Dataran Pahlawan Melaka Megamall Lokasi Membeli Belah Paling Vouge di Melaka

Dataran Pahlawan Melaka Megamall 1

Assalamualaikum. Anda semua dah lihat semua tempat menarik di Melaka yang admin pernah kongsikan? Jika belum, lebih baik anda baca sekarang kerana selepas ini anda akan pergi lebih banyak tempat yang akan pihak admin kongsikan.

Kali ini kita apa pergi ke tempat yang lain sedikit berbanding sebelum ini yang banyak tempat bersejarah atau muzium. Kali ini kita akan pergi ke Shopping Complex! Ya, Dataran Pahlawan Melaka Megamall merupakan satu shopping complex yang sangat besar di Melaka. Ianya benar-benar telah berjaya menarik ribuan pengunjung setiap hari kesana.

Dataran Pahlawan ini merupakan 1 tarikan baru yang dibangunkan oleh kerajaan Melaka. Di bahagian atas Dataran Pahlawan ini terdapatnya pelbagai kedai yang menjual pelbagai barangan cenderahati. Disini juga, merupakan satu pusat membeli belah yang mempunyai banyak outlet, butik dan kedai-kedai berjenama popular dari seluruh dunia.

Di seberang jalan terdapat satu lagi pusat membeli belah lama yang juga masih popular iaitu Mahkota Parade. Kalau di waktu hujung minggu pasti sesak di kedua-dua mall ini. Kalau nak tahu lebih lanjut, admin telah kongsikan lokasi ini dan lokasi menarik di Melaka yang lain di dalam Peta Tempat Menarik ini.

Dataran Pahlawan Melaka Megamall Lokasi Wajib Pergi di Melaka

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 01, Hatten Square, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka
  • Nombor Telefon :  06-283 2828
  • Waktu Operasi :  10am – 10pm
  • Facebook : Dataran Pahlawan Melaka Megamall
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Dataran Pahlawan Melaka Megamall

Harga Parking di Datarang Pahlawan Melaka Megamall

Hari Isnin hingga Jumaat

  • Kadar rata (sebelum 10 pagi) – RM 3.00 / Kemasukan
  • Jam pertama atau sebahagian daripadanya (selepas 10 pagi) – RM 1.00
  • Selepas 2 jam atau sebahagian daripadanya – RM 3.00
  • Setiap jam berikutnya atau sebahagian daripadanya – RM 1.00
  • Kadar rata (selepas 6 petang) – RM 3.00 / Kemasukan

Hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum

  • 2 jam pertama atau sebahagian daripadanya – RM 3.00
  • Setiap jam berikutnya atau sebahagian daripadanya – RM 1.00

* Jika anda kehilangan tiket, Penalti akan dikenakan kepada anda sebanyak – RM 30.00

10 Lokasi Menarik di Sekitar Berdekatan Megamall

Baiklah, di sekitar Dataran Pahlawan ini sebenarnya ada banyak tempat-tempat tarikan yang patut anda pergi. Kalau larat boleh jalan kaki, kalau rasa dah kurus boleh naik kereta atau kenderaan awam lain.

Yang pasti, di kawasan ini terdapat begitu banyak muzium yang anda semua boleh lawati. Mari kita lihat apa senarai 10 lokasi wajib pergi bila bertandang ke Dataran Pahlawan ini.

  1. Mahkota Parade
  2. Kota A Famosa
  3. Menara Taming Sari Melaka
  4. Muzium Setem Melaka
  5. Gereja dan Bukit St. Paul
  6. Muzium Layang-layang
  7. the Stadthuys Melaka
  8. Muzium Maritim
  9. Muzium Baba Dan Nyonya
  10. Jonker Walk

Sebenarnya banyak lagi tempat yang anda boleh terokai. Yang penting, hati perlu kuat, kaki perlu ringan.

Pelbagai Promosi dari Pelbagai Outlet dan Kedai

Satu perkara yang sangat admin suka tentang Dataran Pahlawan Melaka Megamall ini ialah walaupun terdapat banyak kedai, outlet, restoran dan sebagainya dibawah payugn Dataran Pahlawan, tetapi mereka masih mampu untuk war-warkan segala jenis promosi yang ada disana.

Semua ini dilakukan dengan mudah apabila adanya bahagian sales dan promosi yang menggunakan Facebook serta website sebagai medium perantara yang berkesan. Melalui website mereka di www.dataranpahlawan.com dan facebook ini pelbagai promosi semasa yang ada di sana dapat diwar-warkan kepada pengunjung.

Jadi, ini memang sangat memudahkan kita. Baiklah antara contoh promosi anda boleh lihat terus disana. Tekan sahaja link diatas kemudian cari bahagian promosi. Senang bukan!

Jom Saksikan Suasana Vouge di Dataran Pahlawan Melaka Megamall

Dataran Pahlawan Melaka Megamall 1 Dataran Pahlawan Melaka Megamall 1 Dataran Pahlawan Melaka Megamall 1 Dataran Pahlawan Melaka Megamall 1 Dataran Pahlawan Melaka Megamall 1

Jom Lihat Review Pengunjung di Dataran Pahlawan Melaka Megamall

Tempat letak kereta agak sukar untuk ditemui. Tetapi disini anda boleh dapatkan pelbagai barangan kerana disini ianya mempunyai banyak kedai berjenama, boleh menonton filem, bermain arked, bermain rollerskate dan juga berkelah di dataran yang bersih dan bagus. Azri Naqiuddin

Tempat yang menarik. Terdapat banyak kedai berjenama serta harga yang murah. Terdapat seksyen yang menjual bahan buatan tempatan dan cenderahati. Halmi Yasin

Pusat membeli-belah besar di tengah-tengah Bandar Hilir dengan banyak kedai-kedai yang bergaya. Banyak tarikan dan tapak bersejarah untuk dilawati sekitar kawasan itu juga! Jangan lepaskan peluang melawat pusat membeli-belah ini jika anda berada di Melaka! Iskandar Shahril

Tempat yang bagus untuk berbelanja. Secara umumnya jika anda ingin membeli kasut pakaian dan jenama yang lebih tinggi ini mungkin salah satu tempat terbaik di Melaka. Christopher Kwek

Kedai-kedai kecil yang bagus di ruang bawah tanah ketika cuaca yang sangat panas. Harga adalah barang disini adalah yang lebih murah. Secara amnya, anda boleh mendapatkan apa yang anda perlukan di sini. Disini juga ada kedai jam tangan ini yang saya selalu pergi ketika kesini. Kalvin Lee

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, sekali lagi berjaya sudah kita membuat perkongsian dan review ringkas mengenai tempat menarik di Melaka ini. Kali ini kita pergi ke Dataran Pahlawan Melaka Megamall yang sangat besar dan hebat ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Dataran Pahlawan Melaka Megamall.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleTaman Rekreasi Bukit Serindit Melaka Jadi Tumpuan Orang Ramai Beriadah
Next articleMuzium Kastam Tempat Menarik di Melaka
dataran-pahlawan-melaka-megamallSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!