"Port Rahsia" Instafamous dan Pelancong Seluruh Negeri

Terengganu Selangor Sarawak Sabah Putrajaya Pulau Pinang Perlis Perak Negeri Sembilan Melaka Kuala Lumpur Kelantan Kedah Pahang Johor

Dataran Lang Mercu Tanda Pulau Langkawi

2560

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

dataran-lang-di-langkawiAssalamualaikum. Daripada jauh sebelum sampai ke jeti Langkawi, kelihatan lambaian replika seekor burung helang gergasi. Replika helang ini merupakan mercu tanda bagi Langkawi. Replika ini terletak di Dataran Lang. Dataran Lang merupakan  tempat menarik di Langkawi yang menjadi pilihan pengunjung untuk bergambar sebagai tanda anda telah menjejaki Pulau Langkawi.

Ukiran replika burung helang yang berukuran 12.6 x 21.6 meter berdekatan dengan jeti pulau lagenda ini merupakan sebuah lagi mercu tanda yang terdapat di dalam daerah Langkawi. Ianya merupakan cetusan ilham YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Pembinaan replika ini telah menelan belanja sebanyak RM12.5 juta dan merupakan sebuah lagi dataran yang menarik di Pulau Langkawi sebagai tempat pelancongan.

Pemandangan di dataran ini sangat menakjubkan dengan berlatar belakang gunung. Dari dataran ini, anda boleh melihat feri yang berulang-alik di teluk. Di siti juga terdapat sebuah tasik yang indah dan juga terdapat jejambat yang berbumbung. Kedudukan Dataran Helang yang strategik iaitu berdekatan dengan pantai yang cantik menjadikan ianya sangat sesuai untuk bersantai. Jika anda mahu makan malam di sini, ianya merupakan satu suasana yang menarik dengan pemandangan yang indah.

Sekiranya datang ke Langkawi jangan lupa untuk singgah di dataran Lang. Jika tidak percutian anda di Langkawi seperti tidak lengkap. Sangat sesuai tempat ini dijadikan salah sebuah tempat untuk beriadah bersama keluarga sambil merakam memori di Langkawi dengan mengambil gambar atau video. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini kepada semua pembaca sebagai panduan.

Pemandangan Hebat di Dataran Lang, Pulau Langkawi

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kuah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Waktu Operasi : Dibuka 24 jam
  • Facebook : Dataran Lang
  • Peta Lokasi : 

Daptkan Info Menarik di Dataran Lang

Aktiviti Sesuai

Abadikan kenangan anda di Langkawi dengan mengambil gambar dan video di dataran Lang. Bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan pada waktu malam dengan di temani suasana yang aman dan pemandangan yang sangat cantik. Nikmati hidangan makan malam di restoran berhampiran sambil melihat pemandangan Dataran Lang.

Macam mana, menarik bukan?

Harga dan Kos Terlibat

Tiada bayaran tiket dikenakan untuk datang ke Dataran Lang. Anda bebas untuk berada disana kerana dibuka 24 jam.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Dataran Lang Langkawi

Info Apa Yang Anda Perlukan?

Jom Lihat Review Pengunjung di Dataran Lang Langkawi

I was here with my brothers family. It is one of the most attractive place in Langkawi. Specifically this has been named as there is a statue of an Eagle. You will enjoy this place in the evening when the sun will set. Hasib Zaman হাছীব জামান.

Best for Sight seeing. You can spend plenty of hours over there. Scenery is awesome from there. Pankaj Sharma.

I liked the jetty and sea area near Eagle square. Plan to visit this place after 5 PM local time. Extremely hot. Ajgor Khan.

If you are photo enthusiastic you will stay in this place for sure. People who goes to Langkawi will and should visit this place. It’s the symbol of Langkawi. We can see lots of jetty opposite to this place. Sathyanarayanan P.

Very beautyful & awesome place. I like this place. Recommended to all should visit when travel langkawi. Md Monir Hossain.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada kembaramurni.com dan memori-kedah.com kerana telah membantu admin dalam membuat review mengenai Dataran Lang. Banyak maklumat dan gambar diperolehi di laman web ini. Diharapkan apa yang diceritakan dapat membantu pembaca untuk merancang destinasi perlu dilawati di Pulau Langkawi.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Dataran Lang Langkawi, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Dataran Lang Langkawi.

Facebook Comments